Pergi ke kandungan

Selasa bersama Profesor Morrie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selasa bersama Profesor Morrie
Selasa Bersama Profesor Morrie (terjemahan PTS Litera Sdn Bhd)
Umum
PengarangMitch Albom
Tajuk asal
Tuesdays with Morrie
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
GenreFiksyen falsafah
Memoir
Penerbitan
PenterjemahPTS Litera Utama Sdn. Bhd.
PenerbitRandom House
Tarikh penerbitan
1997
Jenis media
Cetak Kulit keras & Kulit lembut
Halaman192
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 0-385-48451-8
OCLC36130729
378.1/2/092 B 21
LCCLD571.B418 S383 1997

Selasa bersama Profesor Morrie (Inggeris: Tuesdays with Morrie) ialah sebuah novel bukan fiksyen karangan penulis Amerika, Mitch Albom. Kisah ini kemudiannya diadaptasi ke telewayang dengan tajuk yang sama, arahan Mick Jackson pada 5 Disember 1999. Buku ini mendapat tempat buku terlaris bukan fiksyen New York untuk tahun 2000.

Bagi seorang manusia, mungkin datuk, guru ataupun rakat sejawat adalah seseorang yang lebih tua, sabar dan bijak, yang memahami mereka sebagai orang muda yang masih tercari-cari mengenai hidup, membantu mereka melihat dunia sebagai tempat yang lebih indah serta memberitahu mereka cara yang terbaik untuk mengharunginya.

Bagi Mitch Albom, orang itu adalah Morrie Schwartz, sang guru tua yang pernah menjadi profesornya hampir dua puluh tahun yang lampau.

Namun, kesempatan kedua bagi bertemu sang guru ini berlaku pada bulan-bulan terakhir hidup profesor tua itu. Keakraban yang segera hidup kembali di antara sang guru dan murid itu sekaligus menjadi sebuah 'kuliah' bagi menghasilkan sebuah 'tesis terakhir' tentang cara menjalani hidup.

Selasa Bersama Morrie ialah sebuah catatan peristiwa orang-orang yang menakjubkan. Mitch Albom berkongsi 'kuliah' berharga daripada Morrie Schwartz bersama semua.

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]