Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL 2

Lokasi
Chukai, Kemaman, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Transformasi SID
Moto"Berilmu , Berakhlak , Mulia"
Ditubuhkan01/12/1991
Nombor sekolah 609-8595879
Kod sekolahTEA2027[1]
Pengerusi PIBGPn. Zalina Binti Jumaah
PengetuaCg Napatah b.Ariffin
Slogan"Together We Excel"
GPK Pentadbiran dan AkademikCg Zailila binti Mat Zain
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCg Mohd Salleh Bin Dollah @ Abdullah
Penolong Kanan KokurikulumCg Rita Zaharah Binti Sulong
Faks 609-8597331
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail II (secara ringkasnya SMK Sultan Ismail II) terletak diatas kawasan lebih kurang 7 ekar ditepi jalan raya utama Kemaman, Terengganu dan berjarak lebih kurang 2 kilometer daripada bandar Chukai, Kemaman Sekolah ini berjiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 1 dan juga Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail.

Sejarah Penubuhan

[sunting | sunting sumber]
  • Pada asalnya, sekolah ini dibina sebagai sekolah tambahan kepada S.M.K Sultan Ismail.
  • Namun, disebabkan ia telah melebihi muatan sebenar sekolah itu untuk menampung jumlah pelajar berlebihan saban tahun menyebabkan perlunya bangunan sekolah yang baru. Maka, terbentuklah sebuah sekolah iaitu S.M.K SULTAN ISMAIL Ⅱ.
  • Sempena pembukaan tahun bersekolahan tersebut , seramai 525 orang pelajar merupakan kumpulan pertama pelajar sekolah ini bersama dengan 27 orang guru.
  • Pada ketika itu, hanya terdapat 2 buah kelas Peralihan, 7 buah kelas Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 . Sesi persekolahan hanyalah dijalankan pada sesi pagi sahaja.
  • Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail II memiliki 784 orang pelajar lelaki dan 768 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1552 orang dan 87 orang guru.
  • Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail II mempunyai seramai 1527 orang pelajar bersama warga guru seramai 83 orang, 9 orang kakitangan bukan guru dan 12 orang Pekerja Swasta termasuk 3 orang Pengawal Keselamatan Swasta.

Kronologi

[sunting | sunting sumber]
  • PK1 yang Memangku Tugas PENGETUA :Tn. Hj. Sau Hamid Sagarlar AMN, PJK, dari Dis 1991 - Mac 1992
  • Pengetua : En. Mokhtar @ Mukhtar Bin Mohd, PJK, dari Mac 1992 - Mac 1997
  • Pengetua : Puan Arija Binti Abdullah, dari Mac 1997 - Feb 1998
  • Pengetua : Tn. Hj. Zakaria @ Mohammad Bin Idris, dari Feb 1998 - Jul 1998
  • Pengetua : En. Ishak Bin Jaafar, PJK, dari Jul 1998 - Nov 2005
  • Pengetua : Tn. Hj. Mustafa Bin Abdul Ghani, dari Feb 2006 - Apr 2011
  • Pengetua : Pn. Hjh. Roeaidah Binti Mat Yusuff, dari Apr 2006 -
  • Pengetua : Pn. Nor Aizan Binti Endut, dari Dis 2014 - 2018
  • Pengetua : En. Napatah bin Ariffin, dari 2019 - sekarang

Lagu Sekolah

[sunting | sunting sumber]

"SI2 GEMILANG DAN UNGGUL"

Sejahtera sekolah kebanggan kami
Mendidik, membimbing sepangjang hari
Keringat mencurah tanpa henti
Sentiasa tabah menabur bakti
Itulah semangat warga sejati
Setiap masa beruasaha tanpa jemu
Memacu sekolah sampai ke mercu
Kegemilangan sahsiah dan ilmu
Semoga sekolahku terus maju
Itulah aspirasi kami selalu
SI2...Gemilang dan Unggul x 2

Lirik : Hj. Mustafa Bin Abdul Ghani Lagu : Mohalim (IKLIM)

Alamat Sekolah

[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2,
Jalan Penghiburan, Kemaman,
Terengganu Darul Iman,
Malaysia.[2]

Telefon = 609-8595879 Faks = 609-8597331


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

[1]