Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra
Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra | |
---|---|
Lokasi | |
Masjid Tanah, 78300, Masjid Tanah, Melaka Bandar Bersejarah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 06-3841200 |
Kod sekolah | MEA0074[1] |
Pengerusi PIBG | Belum diisi |
Pengetua | Pn Zaliza Binti Md Zali |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn.Hasni Binti Ismail |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn Salmah Binti Md Ali |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn Hjh Fatimah Binti Tarmudi |
Faks | 06-3844085 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra atau nama ringkasnya SMK Ade Putra, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Masjid Tanah.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra memiliki 376 orang pelajar lelaki dan 366 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 742 orang.2009
Pada 2023, SMK Ade Putra mempunyai seramai 17 guru lelaki dan 39 orang guru perempuan serta 5 orang staf sokongan lelaki dan 8 orang staf sokongan perempun.
Kini setakat bulan Mei 2023, SMK Ade Putra mempunyai seramai 306 pelajar lelaki dan 284 pelajar perempuan. Terdapat 5 buah kelas tingkatan 1, 2 dan 3 serta 2 kelas Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) dalam bidang penyediaan makanan. Selain itu, terdapat juga kelas Integrasi Kelas Khas Pembelajaran (Masalah Pembelajaran).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Bangunan lama pada tahun 1 Januari 1982 |
---|
Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra telah ditubuhkan pada 1 Januari 1982 sempena nama Ade Putra, iaitu nama mahaguru silat pahlawan Hang Tuah. Sebelum sekolah ini siap sepenuhnya, pelajar telah menumpang di sebelah petang di Sekolah Menengah Rendah Masjid Tanah (sekarang dikenali sengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi) selama sebulan.
Pada 1 Febuari 1982, pelajar mulai belajar di sekolah ini. Sekolah ini terletak di Kampung Air Hitam Darat, kira-kira 4.8 km dari Masjid Tanah di jalan menghala Tanjung Bidara. Luas kawasan sekolah ini ialah 6 hektar. Keluasan kawasan sekolah ialah 6.07 hektar dan 1.62 hektar ialah luas kawasan padang. Pelajar sekolah ini datang dari beberapa buah kampung yang berhampiran iaitu Kampung Air Hitam Darat, Kampung Air Hitam Pantai, Kampung Padang Kemunting, Kampung Pengkalan Balak, Sungai Tuang, Paya Mengkuang dan Tanjung Bidara.
Identiti SMK Ade Putra
[sunting | sunting sumber]VISI
'Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera'
MISI
'Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara'
MOTO
'HIDUP BERJASA'
SMK Ade Putra : Sekolahku Sejahtera, Sepakat Melakar Kecemerlangan
#adeputra:langkahgemilangandabermuladisini
Tafsiran logo
[sunting | sunting sumber]KERIS - Taming Sari (Semangat Waja).
BULATAN BESAR - Melambangkan universal, mengelilingi dunia.
BUKU - Menekankan budaya ilmu dan keutuhan pendidikan serta ilmu pengetahuan.
BULATAN BERGERIGI - Melambangkan teknologi dan teknikal.
1 1/82 - Tarikh ditubuhkan.
5 BULATAN KECIL - Rukun Islam.
HIDUP BERJASA - Cogan kata SMK Ade Putra.
Barisan Pentadbir 2023
[sunting | sunting sumber]PUAN RAFIDAH BINTI ABD RAHIM
(PENGETUA) |
PUAN HASNI BINTI ISMAIL
(GPK1) |
PUAN SALMAH BINTI MD ALI
(GPK HEM ) |
PUAN HJ FATIMAH BINTI TARMUDI
(GPK KOKU ) |
TUAN HAJI NOOR AZLAN BIN MUSLIN
(GPK P.KHAS) |
---|---|---|---|---|
Pengetua
[sunting | sunting sumber]Dari | Hingga | Pengetua | |
---|---|---|---|
1) | 1982 | 1986 | Tn. Hj. Hashim Mohd. Pjk |
2) | 1986 | 1992 | Tn. Hj. Abd. Kahar Tamby Chik |
3) | 1992 | 1995 | Tn. Hj. Mohd. Yunus Md. Noh |
4) | 1995 | 1996 | Tn. Hj. Badrun Md. Nor |
5) | 1996 | 1997 | Pn. Hjh. Maimun Abdul |
6) | 1997 | 2000 | Tn. Hj. Sahari Jantan |
7) | 2000 | 2001 | Tn. Hj. Rashid Budin |
8) | 2001 | 2004 | Pn. Hjh. Julia Mahmud |
9) | 2004 | 2006 | Tn. Hj. Kasim Mohamad |
10) | 2006 | 2007 | Tn. Hj. Lazis Jaffar |
11) | 2007 | 2008 | Tn. Hj. Zolkaply Yunus |
12) | 2009 | 2010 | Th. Hj. Ismail Sulaiman |
13) | 2010 | 2012 | Tn. Hj. Md. Noor Bin Awang |
14) | 2012 | 2014 | Tn. Hj. Hamdan Bin Hashim |
15) | 2014 | 2015 | Pn. Hjh. Zaleha Binti Ahmad |
16) | 2015 | 2020 | Tn Hj Md Yazed Bin Yatim |
17) | 2020 | 2022 | Pn Mazlina Binti Mohammed |
18) | 2022 | Kini | Pn Rafidah Binti Abd Rahim |
Lagu sekolah
[sunting | sunting sumber]Gedung ilmuku yang kucintai
Sekolah Menengah Ade Putra
Tetap abadi
Belajar terus belajar
Itulah ikrar kami
Maju dalam pelajaran
Dan juga sukan
Hidup berjasa
Itulah cogannya
Rukun Negara pegangan kami semua
Itu janjiku.Persekitaran
[sunting | sunting sumber]Sekolah ini terletak lebih kurang 5 km dari pekan Masjid Tanah. Kebanyakan pelajar sekolah ini berasal dari Kampong Air Hitam Darat, Kg Telok Gong, Tg Bidara,Londang, Kg Padang Kamunting, Kg Pengkalan Balak, Sg Tuang dan Kg Sg Kertah. Sekolah ini terletak bersebelahan dengan Kolej Matrikulasi Melaka. Persekitaran sekolah ini dikelilingi oleh kawasan perumahan seperti Taman Bidara Jaya, Taman Bidara Permai, Taman Pengkalan Balak dan lain-lain. Sekolah lain yang berada berhampiran dengan sekolah ini ialah SMK Sultan Alauddin, SMK Ghafar Baba, SMK Hang Kasturi, SK Pengkalan Balak dan SK Sg Tuang.
Panorama D'Putra
[sunting | sunting sumber]Arca D'Putra | Bangunan Baru | Bengkel SRT | Bengkel KHB |
---|---|---|---|
|
|
|
|
Dataran Tun Fatimah | Laluan Ilmu | Surau Ar-Rahmaniah | Laluan Masuk |
---|---|---|---|
|
|
|
|
Galeri Warisan
[sunting | sunting sumber]Sudut Warisan | Sudut Warisan | Sudut Warisan |
---|---|---|
Galeri ini terletak di pusat sumber sekolah. Lokasi ini memudahkan para pelajar untuk mengunjunginya setiap kali mereka masuk ke pusat sumber.
Antara warisan tradisional yang terdapat dalam sudut galeri warisan SMK Ade Putra ialah:
ALATAN TRADISIONAL | VIDEO | GAMBAR |
---|---|---|
TENUNAN KAIN PUA[sunting | sunting sumber]
|
Video | |
BATU KISAR[sunting | sunting sumber]
|
Video | |
LESUNG BATU[sunting | sunting sumber]
|
Video | |
TEMPAYAN[sunting | sunting sumber]
|
Video | |
BATU GILING[sunting | sunting sumber]
|
Video | |
CONGKAK[sunting | sunting sumber]
|
Video |
Program sepanjang 2017
[sunting | sunting sumber]- Pendaftaran Murid Ting 1 - Ting 5 Untuk Sesi Persekolahan 2017
- Merentas Desa Peringkat Sekolah SMK Ade Putra 2017
- Majlis Penyampaian Watikah Pengawas 2017
- Program Fokus Spm 2017
- Majlis Pelancaran Program Nilam Dan Tahun Membaca 2017
- Kejohanan Balapan Dan Padang Kali Ke-23 SMK Ade Putra 2017
- Lawatan Penanda Arasan Ke SMK Dato Ali Haji Ahmad,Pontian
- Program Rekreasi Dan Motivasi Pendidikan Khas SMKAP
- Perkhemahan Bersapadu Unit Beruniform 2017
- Hari Guru SMKAP 2017
- Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah
- Program Sumbagan Hari Raya
- Majlis Iftar Ramadan Peringkat Sekolah
- Sambutan Aidilfitri Peringkat SMK Ade Putra
- Karnival Kokurikulum 2-3 Ogos 2017
- Sambutan Bulan Kemerdekaan 2 Ogos-16 September 2017
- Solat Hajat dan Bacaan Yasin PT3 dan SPM 28 September 2017
Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017
[sunting | sunting sumber]Pada bulan Ogos dan bulan September setiap tahun, masyarakat Malaysia sama ada di bandar atau di desa, sekolah, badan-badan kerajaan atau swasta akan menganjurkan program sambutan bulan kemerdekaan agar usaha melahirkan modal insan berkualiti di samping memiliki jati diri yang jitu dapat dilahirkan. Pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat akan menjadikan sebuah bangsa Malaysia yang berani, tegas, berkeyakinan tinggi dan dihormati. Generasi muda yang akan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang seharusnya memiliki semangat sedia berkorban demi kedaulatan agama, bangsa dan negara. dihormati. Generasi muda yang akan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang seharusnya memiliki semangat sedia berkorban demi kedaulatan agama, bangsa dan negara. Tema sambutan pada tahun 2017 "SEKOLAHKU, NEGARAKU, SEHATI SEJIWA" Objektif program ini,adalah diharapkan murid berupaya menghargai diri sendiri dan bertindak untuk meningkatkan semangat bersatu, dan saling menghormati serta berusaha menentukan masa depan negara agar lebih gemilang, stabil dan aman damai
Barisan Guru | Majlis Pelancaran | Nyanyian Lagu Patriotik | Merdeka Mountaineering Challenge 2- Angsi 2017 |
---|---|---|---|
|
|
|
|
Ceramah Keselamatan Jalan Raya | Larian Jalur Gemilang | Eksplorasi Merdeka Tg Tuan 2017 | Merdeka Mountaineering Challenge 2- Angsi 2017 |
---|---|---|---|
|
|
|
|
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra
- 78300, Masjid Tanah
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 06-3841200
- Faks = 06-3844085
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra
- Blog Panitia Pendidikan Islam
- Persatuan Bulan Sabit Merah
- Cikgu Badarudin
Laporan akhbar