Pergi ke kandungan

Sejarah Amerika Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta kawasan politik Amerika Tengah moden.

Dalam kajian berkenaan sejarah Amerika Tengah, istilah Amerika Tengah pada hari ini biasanya merangkumi Guatemala, Belize, El Salvador, Honduras, Nicaragua, Costa Rica, dan Panama yang sesuai dengan sempadan politik moden. Namun, dalam beberapa takrifan serta dalam beberapa tempoh, Amerika Tengah bermula di Mexico, di tanah genting Tehuantepec, dan bekas negara Yucatán juga ditakrif sebagai sebahagian daripada Amerika Tengah. Di hujung yang lain, sebelum kemerdekaannya pada tahun 1903, Panama secara politik dan budaya merupakan sebagian dari negara Colombia dari Amerika Selatan, atau pendahulunya. Kadangkala, Belize yang berbahasa Inggeris dan memiliki sejarah yang sangat berbeza, telah dianggap terpisah daripada lingkungan Amerika Tengah.

Zaman prapenjajahan

[sunting | sunting sumber]

Pada era pra-Columbia, kawasan utara Amerika Tengah dihuni oleh penduduk asli Mesoamerika, dengan golongan terkenal di antaranya ialah bangsa Maya yang telah membangun banyak kota di seluruh wilayah, dan orang-orang Aztec yang telah menciptakan sebuah kerajaan yang luas. Budaya pra-Columbia di timur El Salvador, tiur Honduras, Nicaragua Caribbean, sebahagian besar Costa Rica dan Panama adalah penutur bahasa-bahasa Chibchan pada ketika datangnya penjelajah Eropah dan dianggap oleh beberapa pihak sebagai budaya dan kumpulan yang berbeza di kawasan Isthmo-Colombia.[1]

  1. ^ Hoopes, John W. and Oscar Fonseca Z. (2003). Goldwork and Chibchan Identity:Endogenous Change and Diffuse Unity in the Isthmo-Colombian Area (PDF). Washington, DC: Dumbarton Oaks. ISBN 978-0-82631-000-2. Diarkibkan daripada yang asal (Online text reproduction) pada 2009-02-25.