Sefuroksim
Data klinikal | |
---|---|
Nama dagang | Zinacef, Ceftin, dan lain-lain |
AHFS/Drugs.com | Monograph |
MedlinePlus | a601206 |
Data lesen |
|
Kategori kehamilan |
|
Kaedah pemberian | Intraotot, Intravena, melalui mulut |
Kelas ubat | Antibiotik (sefalosporin generasi ke-2) |
Status perundangan | |
Status perundangan |
|
Data farmakokinetik | |
Bioketersediaan | 37% apabila perut kosong, sehingga 52% apabila diambil selepas makan |
Penyingkiran separuh hayat | 80 minit |
Perkumuhan | Melalui air kencing, 66–100% tidak berubah |
Pengecam | |
| |
CompTox Dashboard (EPA) | |
ECHA InfoCard | 100.054.127 |
Data kimia dan fizikal | |
Formula | C16H16N4O8S |
Jisim molar | 424.38 g·mol−1 |
Model 3D (JSmol) | |
| |
| |
(verify) |
Sefuroksim, antaranya dijual di bawah jenama Zinacef, merupakan sebuah antibiotik yang digunakan untuk merawat dan mencegah beberapa jenis jangkitan bakteria,[1] yang termasuk radang peparu, meningitis, otitis media, sepsis, jangkitan saluran kencing dan penyakit Lyme.[2] Ia digunakan melalui mulut atau suntikan ke dalam vena atau otot.[2]
Kesan sampingan umum termasuklah loya, cirit-birit, tindak balas alahan, dan sakit di tapak suntikan.[2] Kesan sampingan yang serius mungkin termasuk jangkitan Clostridium difficile, anafilaksis dan sindrom Stevens-Johnson.[2] Penggunaan semasa mengandung dan penyusuan bayi dipercayai selamat.[3] Ubat ini merupakan sefalosporin generasi kedua dan berfungsi dengan mengganggu keupayaan bakteria untuk membuat dinding sel yang mengakibatkan kematiannya.[2]
Sefuroksim telah dipatenkan pada tahun 1971, dan diluluskan untuk kegunaan perubatan pada tahun 1977.[4] Ia berada dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[5] Ia boleh didapati sebagai ubat generik.[1] Seminggu rawatan dengan ubatan tersebut yang diambil melalui gastrousus menelan kos NHS kira-kira £18 pada 2019 di United Kingdom.[1] Di Amerika Syarikat, kos borong bagi jumlah dos seminggu ini ialah kira-kira memakan kos sekitar AS$8.50.[6] Pada 2017, ia merupakan ubat ke-342 yang paling kerap dipreskrib di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 800 ribu preskriban setahun.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c British national formulary : BNF 76 (ed. 76). Pharmaceutical Press. 2018. m/s. 518. ISBN 9780857113382.
- ^ a b c d e "Cefuroxime Sodium Monograph for Professionals". Drugs.com. American Society of Health-System Pharmacists. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 March 2019. Dicapai pada 22 March 2019.
- ^ "Cefuroxime Use During Pregnancy". Drugs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 March 2019. Dicapai pada 3 March 2019.
- ^ Fischer, Jnos; Ganellin, C. Robin (2006). Analogue-based Drug Discovery. John Wiley & Sons. m/s. 493. ISBN 9783527607495. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 March 2019. Dicapai pada 2 March 2019.
- ^ World Health Organization (2019). World Health Organization model list of essential medicines: 21st list 2019. Geneva: World Health Organization. hdl:10665/325771. WHO/MVP/EMP/IAU/2019.06. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.
- ^ "NADAC as of 2019-02-27". Centers for Medicare and Medicaid Services. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 March 2019. Dicapai pada 3 March 2019.
- ^ "Cefuroxime - Drug Usage Statistics". ClinCalc. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 June 2020. Dicapai pada 11 April 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- "Cefuroxime". Drug Information Portal. U.S. National Library of Medicine.
- Template:drugs.com link with non-standard subpage
- Drugs with non-standard legal status
- ECHA InfoCard ID from Wikidata
- Chemical articles without CAS registry number
- Articles without EBI source
- Chemical pages without ChemSpiderID
- Chemical pages without DrugBank identifier
- Articles without KEGG source
- Articles without UNII source
- Dadah yang tidak mempunyai kod ATC
- Drugboxes which contain changes to watched fields
- Antibiotik sefalosporin
- Perencat asetaldehid dehidrogenase
- Karbamat
- Ubat enantiomer tulen
- Sebatian 2-furil
- Ketoksim
- Ubat penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia