Pergi ke kandungan

Schnauzer kerdil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Schnauzer kerdil
Gaya klasik schnauzer kerdil. Anjing ini memiliki telinga semula jadi dan ekor utuh.
Nama lainSchnauzer katik
Schnauzer kecil
Negara asalJerman
Trait
Berat Jantan 11–20 lb (5.0–9.1 kg)[1]
Betina 11–20 lb (5.0–9.1 kg)[1]
Tinggi Jantan 12–14 in (30–36 cm)[1][2]
Betina 11–13 in (28–33 cm)[1][2]
Bulu Kasar dan mirip dawai apabila dicabut dengan tangan, lembut, dan keriting apabila dikerat
Warna Hitam, lada dan garam, hitam dan perak
Saiz perinduk 3 hingga 8 ekor anak anjing
Anjing (Canis lupus familiaris)

Schnauzer kerdil,[a] schnauzer katik,[b] atau schnauzer kecil[c] ialah satu baka anjing kecil daripada jenis schnauzer yang berasal dari Jerman pada pertengahan hingga lewat abad ke-19. Schnauzer kerdil mungkin telah dikembangkan daripada spesimen-spesimen terkecil schnauzer sederhana,[3][4] atau silangan antara schnauzer sederhana dengan baka lebih kecil seperti pincer monyet, pincer kerdil, dan pudel,[5][6][7][8] kerana para peladang membiakbakakan anjing kecil yang merupakan anjing pemburu tikus cekap. Ia diperihalkan sebagai anjing "galak"[1] namun suka menyendiri, dengan kecenderungan penjagaan baik tanpa pembawaan sesetengah anjing pengawal untuk menggigit. Schnauzer kerdil diiktiraf dengan empat warna di peringkat antarabangsa: hitam legam, hitam dan perak, lada dan garam, dan putih.[9]

Ia merupakan baka schnauzer paling popular[7] dan kekal sebagai salah satu baka anjing paling popular di seluruh dunia, terutamanya kerana perangainya dan saiz agak kecilnya. Setakat tahun 2022, ia merupakan baka ke-17 paling popular di Amerika Syarikat.[10]

Catatan terawal bersangkutan dengan pengembangan schnauzer sederhana di Jerman berasal dari lewat abad ke-19. Ia pada asalnya dibiakbakakan untuk menjadi anjing ladang bersaiz sederhana di Jerman, sama-sama sesuai untuk pemburuan tikus, penggembalaan, dan penjagaan harta benda.[1] Semakin masa berlalu, peladang membiakbakakan schnauzer piawai menjadi bersaiz lebih kecil dan lebih padat untuk pemburuan tikus dengan menggabungkannya, menurut teori ahli kinologi, dengan satu atau lebih baka kecil seperti pincer monyet dan pudel kerdil,[5][1][11][12] pincer kerdil,[7][8] atau anjing Pomerania,[13] atau secara kebetulan daripada spesimen-spesimen terkecil schnauzer sederhana.[3][4] Schnauzer kerdil tercatat pertama muncul pada tahun 1888,[5] betina hitam bernama Findel,[13] dan Pinscher-Schnauzer Klub (yang dibentuk pada tahun 1895) dalam jilid pertama buku pembaka kelab itu menyebut pincer kerdil berbulu dawai.[13] Pameran pertama diadakan pada tahun 1899.[11][14]

American Kennel Club menerima pendaftaran baka baharu itu pada tahun 1926, dua tahun selepas schnauzer katik diperkenalkan ke Amerika Syarikat.[6][14] American Miniature Schnauzer Club ditubuhkan pada tahun 1933, daripada kelab induk lebih tua Wire-Haired Pinscher Club of America yang juga menyertakan schnauzer piawai[7] dan pada mulanya kedua-duanya bertanding dalam Kumpulan Pekerja sehingga tahun 1927.[13] Pengelasan kelab kenel antarabangsa berbeza-beza; oleh Verband für das Deutsche Hundewesen and Persekutuan Kinologi Antarabangsa, ia diletakkan dalam "Kumpulan 2, Seksyen 1: Pincer dan Schnauzer", dengan "No. 183" dalam "Seksyen 1.2" yang dikhususkan untuk baka schnauzer kerdil,[15] The Kennel Club, Australian National Kennel Council, dan New Zealand Kennel Club menyertakannya dalam Kumpulan Utiliti, manakala oleh American Kennel Club, United Kennel Club, dan Canadian Kennel Club, schnauzer katik dikelaskan dalam Kumpulan Terier.[14][16]

Permulaan schnauzer katik moden di Amerika Syarikat dianggap mempunyai permulaan pada tahun 1924 apabila empat ekor anjing diimport dari Jerman. Ada hujah bahawa hampir semua schnauzer katik yang dibiakbakakan di Amerika sebahagiannya diturunkan daripada anjing-anjing itu, dan pada antara tahun 1926 dengan tahun 1936, lagi 108 ekor anjing diimport. Salah seekor juara paling terkenal ialah Ch. Dorem Display[17] yang lahir pada tahun 1945 dan hidup sehingga usia hampir empat belas tahun.[7] Banyak juara schnauzer katik di Amerika didakwa dapat mengesan keturunan kembali kepada Dorem Display.[7][17]

Schnauzer katik ialah baka ke-11 paling popular di Amerika Syarikat pada tahun 2008, kemudian jatuh ke tempat ke-17 paling popular pada tahun 2016.[18]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]
Schnauzer kerdil dewasa hitam legam dengan telinga dan ekor utuh
Schnazer kerdil dewasa lada dan garam dengan telinga dan ekor utuh

Schnauzer kerdil mempunyai tubuh sangat berbentuk segi empat sama yang berukuran setinggi 11–14 inci (28–36 cm) dan seberat 10–15 paun (4.5–6.8 kg) untuk betina dan seberat 11–18 paun (5.0–8.2 kg) untuk jantan.[1] Ia mempunyai lapis bulu ganda dengan bulu luaran mirip dawai dan lapis bulu bawah lembut. Dalam gaya pangkasan pertunjukan, lapis bulu dikekalkan pendek pada tubuh, tetapi bulu pada telinga, tungkai, perut, dan muka dikekalkan.[19] Warna bulu yang diiktiraf merupakan hitam, lada dan garam, hitam dan perak, dan putih metah;[20] pewarnaan lada dan garam melibatkan kehadiran belang cahaya warna hitam, kelabu, dan perak pada helaian bulunya yang memudar menjadi kelabu atau perak pada kening, misai, bawah tubuh, dan tungkai.[21]

Schnauzer bercirikan kepala segi empat tepat dengan janggut lebat, misai, dan kening; gigi yang bertemu dalam "gigitan gunting"; mata bujur dan berwarna gelap; dan telinga semula jadi berbentuk v, terlipat ke hadapan (apabila terpotong, telinga menghala lurus ke atas dan tiba di hujung tajam). Ekornya secara semula jadi nipis dan pendek dan mungkin terpotong (jika diizinkan). Ia juga mempunyai tungkai hadapan sangat lurus dan tegar dan kaki yang pendek dan bulat (yang dipanggil "kaki kucing") dengan tapak tebal dan hitam.[6][22]

Pemotongan ekor dan telinga telah menjadi amalan kontroversi, terutamanya untuk anjing bukan pekerja dan kini haram atau terbatas di sebilangan negara di seluruh dunia, termasuk United Kingdom dan Australia.[23]

Penjagaan bulu

[sunting | sunting sumber]

Schnauzer mempunyai potongan dandanan spesifik yang piawai sesama baka schnauzer. Schnauzer memerlukan pendandanan nalar, sama ada dengan pelucutan atau pemangkasan. Pelucutan menanggalkan lapis bulu longgar dan mati; pelucutan dapat dilakukan dengan tangan, yang dipanggil pelucutan jari, atau pencabutan, atau dengan pisau pelucutan; bagaimana sekalipun, ini merupakan proses banyak kerja. Apabila dibela sebagai anjing peliharaan, schnauzer kerdil kerap didandan dengan berbeza (biasanya melalui pemangkasan) daripada anjing pertunjukan (kerap menggunakan pelucutan). Dandanan nalar bagi schnauzer kerdil disyorkan hampir-hampir setiap enam minggu.[24] Pemangkasan, dengan menggunakan gunting mekanikal (atau pencukur), menghasilkan potongan lembut, bak sutera, dan rapat dengan kulit. Sama ada dilucutkan atau dipangkas, lapis bulunya rapat dengan tubuh, dan menurun ke dasar mirip rumbai pada bahagian bawahnya yang dapat dibiarkan tumbuh, tetapi mesti disikat dengan kerap. Semua schnauzer, sama ada kerdil, sederhana, atau gergasi, kerap memiliki janggut, yang terlhasil dengan membiarkan bulu di sekeliling hidung tumbuh memanjang. Jika dibiarkan tidak terpangkasa atau terlucut, bulu tubuhnya tumbuh sampai dua hingga empat inci dan kerap kusut menjadi kusutan dan keriting.[19]

Kontroversi lapis bulu putih Amerika Utara

[sunting | sunting sumber]
Seekor schnauzer kerdil putih dengan telinga dan ekor terpotong

Putih ialah salah satu daripada empat keragaman warna bagi schnauzer kerdil yang buat masa ini diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Walau bagaimanapun, warna ini tidak diterima untuk pertunjukan pengakuran oleh American Kennel Club dan Canadian Kennel Club. Kontroversi bersangkut pada asal usul variasi putih yang dipertikaikan, iaitu sama ada warna ini terkandung di dalam gen pada baka diiktiraf yang pada asalnya, atau sama ada warna ini merupakan hasil daripada pengubahsuaian berikutnya. Memandangkan selebih dua jenis schnauzer tidak pernah terdapat dalam variasi putih dan piawaian Jerman asli tidak pernah menyertakan putih sebagai warna yang boleh diterima, American Miniature Schnauzer Club memilih untuk tidak mengiktiraf putih.[25]

A Miniature Schnauzer with docked ears and cropped tail

Piawaian baka American Kennel Club memerihalkan perangai "berwaspada dan bersemangat, namun patuh kepada perintah ... ramah, cerdas, dan bersedia untuk menggembirakan... tidak pernah terlebih agresif atau takut".[6] Biasanya mudah dilatih, ia cenderung untuk menjadi anjing pengawal cemerlang dengan naluri kewilayahan baik, tetapi lebih cenderung untuk menyalak berbanding dengan menggigit. Ia kerap menjauhi orang asing sehingga tuan rumah mengalu-alukan tetamu, kemudian ia biasanya sangat mesra dengan tetamu berkenaan.[26] Walaupun schnauzer katik termasuk dalam Kumpulan Terier di Amerika Utara (oleh sebab latar belakang dalam penangkapan tikus), ia tidak mempunyai keleluhuran bersama dengan terier dari Great Britain,[6][13] dan, berbanding dengan terier itu, mempunyai keperibadian berbeza, iaitu keperibadian lebih santai, patuh, ramah, dan kurang agresif terhadap anjing lain.[7]

Schnauzer katik dapat bertanding dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, kemahiran persembahan, flyball, dan penjejakan. Schnauzer mempunyai dorongan pemangsa tinggi yang bermaksud bahawa ia mungkin mengejar haiwan kecil lain dan, oleh itu, tidak patut terlepas tanpa cawak apabila bukan di dalam kawasan berpagar.[6] Stanley Coren menilai schnauzer katik sebagai yang ke-12 daripada 140 baka dalam buku beliau The Intelligence of Dogs (2006). Coren mengelompokkan baka ini sesama "anjing pekerja cemerlang". Tambahan pula, pakar yang dihubungi oleh Coren meletakkan schnauzer katik sebagai baka kelima antara 15 baka teratas dalam keupayaan salakan anjing pengawal.[27]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 13.3 tahun untuk baka ini, angka yang lebih tinggi daripada purata 12 tahun untuk baka silang.[28] Sebuah kajian di Jepun untuk data perkuburan haiwan peliharaan mendapati jangka hayat sebanyak 13.4 tahun, yang kurang darupada purata keseluruhan 13.7 tahun dan purata 15.3 tahun untuk baka silang yang lebih ringan daripada 10 kg.[29]

Sebuah kajian Jepun mendapati predisposisi ketara terhadap mukosele pundi hempedu untuk schnauzer katik dengan nisbah kemungkinan 5.23.[30]

Sebuah kajian Amerika Utara mendapati bahawa baka ini cenderung terhadap pirau portosistemik kongenital, dengan 1% daripada jumlah schnauzer katik yang menghidap keadaan ini berbanding dengan 0.05% untuk anjing baka kacuk.[31]

Schnauzer katik juga terdedah kepada penyakit von Willebrand (vWD). vWD pada anjing ialah kecelaruan perdarahan terwaris yang berlaku oleh sebab kekurangan kualitatif atau kuantitatif bagi faktor von Willebrand (vWF), iaitu protein multimerik yang diperlukan untuk lekatan platelet.[32]

Baka ini cenderung terhadap dermatitis atopi.[33]

Sindrom komedo schnauzer ialah sejenis kecacatan pengkeratinan folikel yang terdapat secara eksklusif pada schnauzer kerdil yang serupa dengan nevus komedonikus pada manusia.[34] Keadaan ini bercirikan bebintik hitam kecil yang membentuk pada spina dorsal (belakang) anjing berkenaan.[35] Keadaan ini dipercayai disebabkan oleh kecacatan perkembangan terwaris pada folikel bulu, yang menyebabkan pengkeratinan abnormal dan akhirnya pembentukan komedo, pempalaman folikel, dan folikulitis bakteria sekunder yang membawa kepada alopesia dan kerakan.[34]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: شناءوزر کرديل; Jerman: Zwergschnauzer
  2. ^ Jawi: شناءوزر کاتيق; bahasa Inggeris: miniature schnauzer
  3. ^ Jawi: شناءوزر کچيل
  1. ^ a b c d e f g h i "Miniature Schnauzer" [Schnauzer Kerdil]. Hillspet.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024. Miniature Schnauzers are hardy, merry little dogs that were first bred in Germany in the late 19th century. They are descendants of Affenpinschers and Standard Schnauzers.
  2. ^ a b c "Schnauzer (Miniature)" [Schnauzer (Katik)] (dalam bahasa Inggeris). New Zealand Kennel Club. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  3. ^ a b "Early History" [Sejarah Awal] (dalam bahasa Inggeris). The Miniature Schnauzer Club (Great Britain). Dicapai pada 8 Januari 2024. Questions as to the roots and origins of the Miniature Schnauzer produce varied responses. Some breed authorities have maintained that the breed is a result of using only the smallest specimens of the Standard Schnauzer. Others have felt Miniatures to be the result of crossing the Standard Schnauzer with the Affenpinscher and other small breeds. This latter is considered to be the more probable origin...
  4. ^ a b "History of the Miniature Schnauzer" [Sejarah Schnauzer Katik] (dalam bahasa Inggeris). The American Miniature Schnauzer Club. Dicapai pada 8 Januari 2024. The Miniature is said to have come from mating with the Affenpinscher. They may have been developed entirely by chance, often the main reason for a new breed...
  5. ^ a b c "Miniature Schnauzer: Description" [Schnauzer Katik: Perihal]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Januari 2024. It is thought that the miniaturisation was brought about by the infusion of Affenpinscher blood.
  6. ^ a b c d e f "Miniature Schnauzer" [Schnauzer Katik] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2015. Dicapai pada 8 Januari 2024. ...the Miniature Schnauzer resides in the AKC Terrier Group with other diminutive rat-catcher breeds. But the Mini is unique among AKC terriers in that he has no British blood in his veins... Alone among terriers, the Miniature Schnauzer is wholly a product of Continental stock: Standard Schnauzer, Affenpinscher, and Poodle. This explains that though the Mini was born to the traditional work of small terriers, his personality is quite different. Not for him is the dour independence of the Scottish Terrier or the fiery temperament of the Irish Terrier. Rather, he is an overtly friendly dog, spirited but obedient and willing to please.
  7. ^ a b c d e f g Dog Fancy Magazine (24 Ogos 2010). Miniature Schnauzer: Smart Owner's Guide [Schnauzer Katik: Panduan Pemilik Pintar] (dalam bahasa Inggeris). Freehold, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. m/s. 23–30. ISBN 9781593787745. OCLC 962215374. Size reduction, in the Miniature's case, may have been achieved by introducing Affenpinscher and poodle blood... To create the Miniature Schnauzer, it is theorized the Standard Schnauzer may have been crossed with the Affenpinscher or Miniature Pinscher.
  8. ^ a b Ludington, Mary (16 Oktober 2007). The Nature of Dogs [Sifat Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Simon & Schuster. m/s. 73. ISBN 9781416542872. OCLC 124031829. This miniature relation of the Standard Schnauzer first appeared around the beginning of the nineteenth century and is thought to be the product of crosses between small Standard Schnauzer and/or Miniature Pinschers with Affenpinschers and Poodles.
  9. ^ "Breed Standards : Miniature Schnauzer | United Kennel Club (UKC)" [Piawaian Baka: Schnauzer' Katik | United Kennel Club (UKC)]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Januari 2024.
  10. ^ Haid, Melanie (15 Mac 2023). "The Most Popular Dog Breeds Of 2022" [Baka Anjing Paling Popular pada 2022] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  11. ^ a b "Miniature Schnauzer History" [Sejarah Schnauzer Katik] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2008. Dicapai pada 16 Januari 2024. The Miniature Schnauzer is derived from the Standard Schnauzer and is said to have come from mixing of Affenpinschers and Poodles with small Standards
  12. ^ Frye, Frederic L. (1 Mac 2002). Schnauzers: A Complete Pet Owner's Manual [Schnauzer: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 5–6. ISBN 9780764119620. OCLC 47717847. Most experts believe that the Miniature Schnauzer is the result of crossbreeding Poodles and Affenpinchers with smaller Standard Schnauzers. If this is correct, the addition of these other two breeds with their positive traits of vigor and intelligence certainly improved the result.
  13. ^ a b c d e Levy, Chris (2001). "History of the Miniature Schnauzer" [Sejarah Schnauzer Katik] (dalam bahasa Inggeris). Abiqua Miniature Schnauzers. Dicapai pada 16 Januari 2024. He was never a Terrier in the English sense of a small breed used to bolt vermin from the earth, and has little or no true Terrier blood... During the years, other crosses were invariably made, but there are no definite records as to the outcrosses. Affenpinschers, Miniature Pinschers, and Toy Spitz (Pomeranians) are mentioned.
  14. ^ a b c Rugh, Karla S. (1 Oktober 2009). Miniature Schnauzers: A Complete Pet Owner's Manual [Schnauzer Katik: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan ke-2). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 5–9. ISBN 9780764142451. OCLC 464258848.
  15. ^ "FCI breeds nomenclature: Group 2 : Pinscher and Schnauzer - Molossoid and Swiss Mountain and Cattledogs" [Tatanama baka FCI: Kumpulan 2: Pincer dan Schnauzer - Molossoid dan Anjing Gunung dan Anjing Lembu Switzerland] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  16. ^ "Miniature Schnauzer" [Schnauzer Katik] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  17. ^ a b "Dorem Display". SchnauzerWeb.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2013. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  18. ^ Upmalis, Jordan (21 Mac 2017). "Most Popular Dog Breeds in America" [Baka Anjing Paling Popular di Amerika] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  19. ^ a b "Pet grooming tips for the Miniature Schnauzer" [Tip pendandanan haiwan peliharaan untuk schnauzer katik] (dalam bahasa Inggeris). The American Miniature Schnauzer Club. 17 Ogos 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2013.
  20. ^ "Miniature Schnauzer: Acceptable Colours for Registrations" [Schnauzer Katik: Warna yang Dapat Diterima untuk Pendaftaran]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.
  21. ^ "Miniature Schnauzer: Official UKC Breed Standard" [Schnauzer Katik: Piawaian Baka Rasmi UKC] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. 1 Mei 2017. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 Ogos 2020. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  22. ^ "Dogs That Do Not Shed" [Anjing yang Tidak Menggugurkan Bulu]. GoPetsAmerica.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.
  23. ^ Pagan, Camille; Flowers, Amy. "Ear Cropping and Tail Docking" [Pemotongan Telinga dan Ekor]. WebMD (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.
  24. ^ Rugh, Karla S. (10 April 1997). Miniature Schnauzers: A Complete Pet Owner's Manual [Schnauzer Katik: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 70–74. ISBN 9780812097399. OCLC 35688141.
  25. ^ "Why not a White Miniature Schnauzer?" [Mengapa tidak Schnauzer Katik Putih] (dalam bahasa Inggeris). The American Miniature Schnauzer Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2013.
  26. ^ Kiedrowski, Dan (1997). The New Miniature Schnauzer [Schnauzer Katik Baharu] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 12. ISBN 9780876052419. OCLC 36170497.
  27. ^ Coren, Stanley (5 Januari 2006). The Intelligence of Dogs: A Guide to the Thoughts, Emotions, and Inner Lives of Our Canine Companions [Kecerdasan Anjing: Panduan untuk Fikiran, Emosi, dan Kehidupan Dalaman Teman Anjing Kita] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Atria Publishing Group. m/s. 142–143, 149, 182, 192. ISBN 9780743280877. OCLC 61461866.
  28. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  29. ^ Inoue, Mai; Kwan, Nigel C. L.; Sugiura, Katsuaki (24 Mei 2018). "Estimating the life expectancy of companion dogs in Japan using pet cemetery data" [Menganggarkan jangka hayat anjing teman di Jepun dengan menggunakan data perkuburan haiwan peliharaan]. Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 80 (7): 1153–1158. doi:10.1292/jvms.17-0384. ISSN 1347-7439. PMC 6068313. PMID 29798968. S2CID 44157193.
  30. ^ Kutsunai, M.; Kanemoto, H.; Fukushima, K.; Fujino, Y.; Ohno, K.; Tsujimoto, H. (26 Oktober 2013). "The association between gall bladder mucoceles and hyperlipidaemia in dogs: A retrospective case control study" [Perkaitan antara mukosele pundi hempedu dengan hiperlipidemia pada anjing: Kajian kes kawalan retrospektif]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 199 (1): 76–79. doi:10.1016/j.tvjl.2013.10.019. ISSN 1532-2971. PMID 24268484. S2CID 43331898.
  31. ^ Tobias, Karen M.; Rohrbach, Barton W. (1 Disember 2003). "Association of breed with the diagnosis of congenital portosystemic shunts in dogs: 2,400 cases (1980–2002)" [Perkaitan baka dengan diagnosis pirau portosistemik kongenital pada anjing: 2,400 kes (1980–2002)]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 223 (11): 1636–1639. doi:10.2460/javma.2003.223.1636. ISSN 1943-569X. PMID 14664452. S2CID 22148199.
  32. ^ "von Willebrand's Disease" [Penyakit von Willebrand]. Disease Information (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club Canine Health Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2013. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  33. ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion: Small Animal Dermatology [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell: Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 94. ISBN 9780813815961. OCLC 645598149.
  34. ^ a b Hannigan, M. M. (April 1997). "A refractory case of schnauzer comedo syndrome" [Kes refraktori bagi sindrom komedo schnauzer]. Canadian Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Canadian Veterinary Medical Association. 38 (4): 238–239. ISSN 0008-5286. PMC 1576584. PMID 9105724. S2CID 7246828.
  35. ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion: Small Animal Dermatology [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell: Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 472. ISBN 9780813815961. OCLC 645598149.