Schnauzer gergasi
Nama lain | Schnauzer Munich[1] Anjing Munich[1] Schnauzer beruang Rusia[2] | ||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Jerman | ||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Schnauzer gergasi[a] atau schnauzer besar[b] ialah satu baka anjing yang dikembangkan pada abad ke-17 di Jerman. Ia merupakan yang terbesar antara tiga baka schnauzer—selebih dua merupakan schnauzer piawai dan schnauzer kerdil. Banyak baka digunakan dalam perkembangannya, termasuk anjing besar Denmark hitam, anjing lembu Flandre, dan pincer Jerman. Pada asalnya dibiakbakakan untuk membantu di ladang dengan menggiring haiwan ternakan ke pasar dan menjaga harta milik peladang, baka ini akhirnya berpindah ke kota untuk bekerja dengan menjaga kilang bir, kedai penyembelih, kandang, dan kilang. Ia tidak terkenal di luar Bavaria sehingga menjadi popular sebagai anjing ketenteraan pada Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.
Ia mempunyai lapis bulu kasar padat yang melindunginya daripada cuaca dan daripada haiwan perosak. Schnauzer gergasi terdapat dalam tiga keragaman warna: lada dan garam, hitam pejal dengan lapis bulu bawah hitam, dan hitam dan perak.[7] Di tempat yang mengizinkannya, ia ditunjukkan dengan telinga dan ekor terpotong. Seperti schnauzer lain, ia mempunyai janggut dan bulu kening tersendiri. Kini, schnauzer gergasi menyertai banyak sukan anjing, termasuk schutzhund. Satu lagi sukan yang dalamnya ia cemerlang ialah suka yang berkaitan dengan kerja hidung. Oleh sebab sifat waspadanya, anjing ini juga digunakan dalam kerja polis.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Schnauzer gergasi pertama muncul dari Schwaben di negeri Bavaria di Jerman dan Württemberg pada abad ke-17.[8] Schnauzer gergasi asli ini dianggap sebagai versi berbulu kasar bagi baka-baka pincer Jerman dan bulunya disangkakan membantunya untuk menahan musim sejuk Jerman yang mencabar dan gigitan daripada haiwan perosak. Asal usul baka ini tidak jelas, tetapi sumber berspekulasi bahawa ia berasal melalui sesetengah gabungan anjing besar Denmark hitam, anjing gembala Jerman, anjing Rottweil,[1] anjing Dobermann,[1] bokser,[1] anjing lembu Flandre,[1] anjing gembala Thüringen,[2] dan schnauzer piawai.[2]
Schnauzer gergasi pada asalnya dibiakbakakan sebagai anjing ladang serba guna untuk penjagaan harta benda dan penggiringan haiwan ke pasar.[9] Menjelang permulaan abad ke-20, schnauzer gergasi digunakan sebagai anjing pengawal di kilang, di kilang bir, pejagalan, dan kurungan ternakan di seluruh Bavaria.[1][8] Ia tidak terkenal di luar Bavaria sehingga ia digunakan sebagai anjing ketenteraan dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.[1][8] Schnauzer gergasi pertama diimport ke Amerika pada tahun 1930-an, tetapi ia kekal jarang sehingga tahun 1960-an,[10] apabila baka ini menjadi popular. Pada tahun 1962, terdapat 23 ekor schnauzer gergasi baharu yang berdaftar dengan American Kennel Club; pada tahun 1974, bilangan ini ialah 386; pada tahun 1984, bilangannya melebihi 800 dan pada tahun 1987 terdapat sekitar 1000 ekor haiwan.[11][sumber terbitan sendiri?] Pada tahun 2012, terdapat 94 ekor anjing baharu yang didaftarkan, turun daripada 95 ekor pada tahun 2011.[12]
Pada zaman moden, schnauzer gergasi digunakan sebagai anjing polis; dilatih untuk kepatuhan, ketangkasan anjing, penggembalaan, pencarian dan penyelamatan, dan schutzhund; dan ditunjukkan dalam pertunjukan pengakuran.[8][10] Ia juga digunakan untuk carting.[9] Di Eropah, baka ini dianggap lebih sebagai anjing pekerja daripada anjing pertunjukan.[11][sumber terbitan sendiri?] Tumpuan dalam banyak kelab schnauzer Eropah tidak begitu banyak pada pertunjukan pengakuran, tetapi lebih pada keupayaan kerja baka ini.[11][sumber terbitan sendiri?] Di beberapa negara, termasuk Jerman, anjing mesti mencapai gelaran Juara Schutzhund sebelum dapat menjadi layak untuk menjadi juara pengakuran.[11][sumber terbitan sendiri?]
Perihal
[sunting | sunting sumber]Penampilan
[sunting | sunting sumber]Walaupun schnauzer gergasi dipanggil 'gergasi', ini tidak sebanding dengan baka anjing besar lain seperti anjing besar Denmark atau anjing Rottweil, tetapi sebaliknya sebanding dengan schnauzer piawai dan schnauzer katik.[1] Piawaian baka AKC mensyaratkan jantan untuk berdiri setinggi 65–70 sentimeter (25.5–27.5 in) pada paras kelasa dan betina untuk berdiri setinggi 60–65 sentimeter (23.5–25.5 in).[5] Schnauzer gergasi berbentuk segi empat sama[6] dan patut menyerupai versi lebih besar bagi schnauzer piawai.[8] Ekornya panjang dan telinganya merupakan telinga butang kecil yang terangkat tinggi-tinggi di atas kepala.[9] Di tempat dengan keizinan undang-undang untuk amalan ini, ekornya dan telinganya mungkin dipotong.[6]
Kepala adalah 1⁄2 panjang belakang anjing, apabila belakang diukur dari kelasa ke pangkal ekor.[8] Pipinya rata, namun cukup berotot.[8] Lapis bulunya padat, mirip dawai, dan kalis cuaca.[6][5] Bulu di muka schnauzer gergasi membentuk "janggut" dan kening tersendiri.[8] Langkahnya panjang dan segar.[2]
Perangai
[sunting | sunting sumber]Schnauzer gergasi biasanya merupakan baka pendiam.[2] Oleh sebab pembiakbakaannya, schnauzer gergasi sememangnya mencurigai orang asing dan dapat menjadi sangat teritorial.[1][2] Sebaik diperkenalkan, ia biasanya menerima orang atau situasi baharu.[1] Ia mempunyai potensi untuk menjadi agresif,[1] tetapi schnauzer gergasi biasanya menahan diri[2] – ia "ramah dalam rehat, dan merupakan watak berpendirian apabila terangsang".[8]
Schnauzer gergasi telah diperihalkan sebagai anjing yang boleh dipercayai dengan kanak-kanak.[2] Ia sangat cerdas dan dapat menjadi bosan dengan mudah.[1] Ia juga sangat bertenaga dan bersemangat tinggi,[8] yang, apabila ditambahkan dengan kebosanan, dapat membawa kepada tingkah laku yang tidak diingini dan bersifat pemusnah.[1] Ia mudah dilatih dan amat setia kepada pemiliknya.[8] Ia diketahui menjadi sangat terikat dengan pemiliknya. Sesetengah pembiak baka percaya bahawa schnauzer gergasi berwarna lada dan garam adalah lebih jinak daripada anjing berbulu hitam.[13]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.1 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[14]
Schnauzer gergasi memerlukan penjagaan bulu nalar.[5][sumber terbitan sendiri?] Janggutnya dapat mengumpulkan air liur dan remah makanan, yang menjadikan pembersihan kerap penting.[15] Jika ditunjukkan, lapis bulu nya perlu dilucutkan setiap dua hingga empat minggu.[9] Jika ia hanya haiwan pendamping, lapis bulunya dapat digunting.[9] Sesetengah schnauzer gergasi mempunyai alahan terhadap syampu.[16]
Displasia pinggul dan siku adalah umum.[6][9] Schnauzer gergasi juga terdedah kepada masalah mata seperti keratokonjunktivitis sika, glaukoma, katarak, displasia retina multifokal, dan atrofi retina progresif menyeluruh.[16] Ia juga terdedah kepada penyakit kulit, seperti alopesia lambung musiman, vitiligo, dan sista folikel.[16] Kanser kulit adalah umum pada anjing berwarna gelap, dengan keragaman paling kerap berlaku yang merupakan melanoma pada anggota tubuh dan jari, dan karsinoma sel skuamus jari.[16] Tumor kulit bukan kanser adalah umum juga.[16]
Sesetengah schnauzer gergasi menghidap diabetes insipidus pusat, hipotiroidisme resesif autosom, malpenyerapan terpilih bagi kobalamin, narkolepsi, katapleksi, dan pelbagai kecelaruan sawan.[9][16] Sesetengah anjing peka terhadap sulfonamida dan emas.[16] Penyakit tulang dan masalah sendi juga menjadi isu.[17] Punca paling lazim bagi kematian pada schnauzer gergasi dalam tinjauan The Kennel Club merupakan limfoma dan kanser hati, diikuti oleh serangan jantung dan kegagalan jantung.[18]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Schnauzer. |
- ^ a b c d e f g h i j k l m n Stahlkuppe, Joe (31 Mac 2002). Giant Schnauzers: A Complete Pet Owner's Manual [Schnauzer Gergasi: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh Michele Earle-Bridges. Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 5–11. ISBN 9780764118845. OCLC 47289437.
- ^ a b c d e f g h Rice, Dan (1 Mac 2001). "Giant Schnauzer" [Schnauzer Gergasi]. Big Dog Breeds [Baka Anjing Besar] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 166–167. ISBN 9780764116490. OCLC 44860848.
- ^ "FCI - Standard Nr. 181 RIESENSCHNAUZER" [Piawaian FCI No. 181 Schnauzer Gergasi] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 10 Jun 2021. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ "FCI-Standard N° 181 RIESENSCHNAUZER (Giant Schnauzer)" [Piawaian FCI No. 181 Schnauzer Gergasi] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Seidler, Chris. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 10 Jun 2021. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ a b c d e "Giant Schnauzer" [Schnauzer Gergasi]. AKC Meet The Breeds (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ a b c d e Kern, Kerry V.; Vriends, Matthew M. (1988). The New Terrier Handbook [Buku Panduan Terier Baharu] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 115. ISBN 9780812039511. OCLC 17508196.
- ^ "Riesenschnauzer (181): new colour variety as from 01/07/2021" [Schnauzer Gergasi (181): keragaman warna baharu mulai 1 Julai 2011] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 11 Jun 2021. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ a b c d e f g h i j k l American Kennel Club (31 Januari 2006). "Giant Schnauzer" [Schnauzer Gergasi]. The Complete Dog Book [Buku Anjing Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-20). New York, New York, Amerika Syarikat: Random House Publishing. m/s. 334. ISBN 9780345476265. OCLC 416234912.
- ^ a b c d e f g Palika, Liz (27 Ogos 2007). The Howell Book of Dogs: The Definitive Reference to 300 Breeds and Varieties [Buku Howell tentang Anjing: Rujukan Muktamad kepada 300 Baka dan Keragaman] (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 250–251. ISBN 9780470009215. OCLC 85485148.
- ^ a b "The Westminster Kennel Club | Breed Information: Giant Schnauzer" [Westminster Kennel Club | Maklumat Baka: Schnauzer Gergasi] (dalam bahasa Inggeris). Westminster Kennel Club. 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2013. Dicapai pada 16 Januari 2024.
- ^ a b c d Brown, Catherine (1988). "Origin and History of the Giant Schnauzer" [Asal Usul dan Sejarah Schnauzer Gergasi]. Giant Schnauzer Club of America. Dicapai pada 16 Januari 2024.
- ^ "AKC Dog Registration Statistics" [Statistik Pendaftaran Anjing AKC] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2015. Dicapai pada 16 Januari 2024.
- ^ Fields-Babineau, Miriam (2001). The Purebred Puppy [Anak Anjing Baka Tulen] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 137. ISBN 9780793830947. OCLC 1102103817.
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Bailey, Gwen (20 April 2009). "Giant Schnauzer" [Schnauzer Gergasi]. Training Your Superdog [Melatih Anjing Super Anda] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 40. ISBN 9780756649784. OCLC 246886111.
- ^ a b c d e f g Gough, Alex; Thomas, Alison (16 April 2004). "3-Dogs" [3-Anjing]. Breed Predispositions to Disease in Dogs & Cats [Predisposisi Baka terhadap Penyakit pada Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Oxford, United Kingdom: Wiley-Blackwell. m/s. 133–137. doi:10.1002/9780470690802.ch3. ISBN 9781405107488. OCLC 53231203.
- ^ Stall, Sam (April 2005). "Schnauzer (Giant)" [Schnauzer (Gergasi)]. The Good, the Bad, and the Furry: Choosing the Dog That's Right for You [Yang Baik, yang Buruk, dan yang Berbulu: Memilih Anjing yang Betul untuk Anda] (dalam bahasa Inggeris). Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Quirk Books. m/s. 169–170. ISBN 9781863740213. OCLC 61103847.
- ^ "Summary results of the Purebred Dog Health Survey for Giant Schnauzers" [Keputusan ringkasan Tinjauan Kesihatan Anjing Baka Tulen untuk schnauzer gergasi] (PDF). Laporan daripada Jawatankuasa Sains The Kennel Club/ British Small Animal Veterinary Association (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. 18 Ogos 2006. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 21 Oktober 2012. Dicapai pada 16 Januari 2024.