Sate
Sate | |
---|---|
Nama alternatif | Satai, Satti |
Jenis | Skewer |
Jenis sajian | Entrée atau hidangan utama |
Tempat asal | kabupaten Blora, Jawa, Indonesia[1][2][3] |
Kawasan/rantau | Asia Tenggara, Suriname, Sri Lanka, and Belanda |
Masakan berkaitan | Indonesia[1] Malaysia[4][5][6][7] Singapura[8] |
Suhu penghidangan | Panas |
Bahan utama | Daging yang condong dan panggang dengan pelbagai sos, terutamanya sos peanut |
Bahan yang biasa digunakan | Jejari ayam, garam, air minuman, sos kicap, limau, kayu, bawang putih, Bumbu kacang, bawang merah, offal, daging ayam, ikan, makanan laut, Daging kambing, daging lembu, kacang tanah, kicap |
Cara penyediaan | Fire-grill, Membakar |
Keragaman/variasi | Pelbagai variasi di seluruh Asia Tenggara |
sunting · sunting di Wikidata |
Sate[9] (Jawi: ساتي ) ataupun satai[10] ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi berasal dari bahasa Jawa bahagian Blora. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa atau buluh, dan dibakar menggunakan api arang kayu.
Sate dipercaya berasal dari Masakan Jawa bahagian Blora Cepu[11][12][13][14][3] yang kemudian telah menyebar hampir keseluruh di Indonesia, di mana ia telah menjadi hidangan kebangsaan.[15][1][16][17] Sate juga popular di kebanyakan negara Asia Tenggara termasuk Filipina, Thailand, Malaysia, Singapura dan Vietnam.[18]
Dalam petikan dari buku Encyclopaedia of Chinese and Oriental Cookery, sate adalah masakan Jawa.
"Walaupun kedua-dua Thailand dan Malaysia mendakwanya sebagai milik mereka, asal Asia Tenggaranya adalah di Jawa, Indonesia. Di sana sate dibangunkan daripada kebab India yang dibawa oleh peniaga Islam. Malah India tidak boleh menuntut asal usulnya, kerana di sana ia adalah warisan pengaruh Timur Tengah.[19]
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan orang Melayu di Malaysia tidak makan daging semata-mata. Oleh itu, biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate dihidang dengan bawang merah dan timun, selain ketupat nasi atau nasi himpit.[perlu rujukan]
Di Malaysia, sate sering dikaitkan dengan sate Kajang. Di Bayan Baru, Pulau Pinang ada dijual sate Kajang. Begitu juga dengan di Ipoh, Muar dan Johor Bahru yang pada masa itu dibawa oleh penghijrah Jawa dari Madura terutama Ponorogo sampai ke kawasan Nusantara lain.[perlu rujukan]
Sate bukan menu makanan Nusantara semata-mata. Sate turut terkenal di negara-negara Asia Tenggara lain. Di benua Amerika Selatan iaitu di negara Suriname ada juga sate, tetapi saiznya lebih besar.[perlu rujukan]
Jenis-jenis sate
[sunting | sunting sumber]Selain sate lembu dan ayam yang terkenal, terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual, antaranya:[20]
- Sate Ponorogo
- Sate Madura
- Sate arnab
- Sate perut
- Sate pedal
- Sate kerang
- Sate ikan
- Sate ubur-ubur
- Sate rusa
- Sate lilit
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kita[nyatakan menurut siapa?] sedia maklum ramai orang Indonesia, terutamanya Orang Jawa dibawa oleh penjajah Belanda ke Suriname untuk menjadi buruh paksa di sana. Mungkin mereka inilah yang membawa budaya sate di benua Amerika Selatan.[perlu rujukan]
Di Malaysia, sate dipercayai diperkenalkan oleh Haji Tasmin bin Sakiban di pusat bandar Kajang sekitar tahun 1900. Beliau menjual dari rumah ke rumah dan di sepanjang jalan, beliau akan berhenti jika dipanggil. Jadi, perniagaan beliau ialah jenis perniagaan bergerak ataupun peniaga kandar. Perniagaan ini merujuk kepada dua bekas yang dikandar oleh peniaga. Gambaran mengenai peniaga sate yang mengandar barang jualannya boleh dilihat dalam filem Pontianak Gua Musang.[perlu rujukan]
Anak saudara Haji Tasmin telah mengkomersialkan sate Kajang ini. Jika dahulu sate dimakan di tepi-tepi jalan dan gerai-gerai kecil, kini sate dijual di bangunan yang lebih mewah dan standard. Cara hidangan, lokasi, menu air, menu sate turut berubah sesuai dengan perubahan zaman.[perlu rujukan]
Penerbangan Garuda Indonesia, Singapore Airlines dan Malaysia Airlines menjadikan sate sebagai menu pembuka selera untuk penumpang kelas Pertama dan kelas Bisnes masing-masing.[perlu rujukan]
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Nasi himpit untuk dimakan bersama dengan sate ayam.
-
Kuah kacang untuk mencelup sate ayam.
-
Sate ayam yang dipanggang dengan pemanggang.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Sara Schonhardt (25 February 2016). "40 Indonesian foods we can't live without". CNN.
- ^ "Street Food Around the World-183"
- ^ a b O'Neill, Molly (2000-07-02). "Food; The Stick Shift". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-04-13.
- ^ Michael Specter (December 2, 1984). "IN MALAYSIA, SPICY SATAY". New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 December 2018. Dicapai pada 27 August 2020.
- ^ Shalini Ravindran (June 28, 2018). "Five places for great satay". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 October 2020. Dicapai pada 27 August 2020.
- ^ Erickson, Joan (1982). Southeast Asia Sunset travel guides. Lane Publishing Company. m/s. 78. ISBN 978-037-606-764-7.
- ^ Eliot, Joshua (1994). Indonesia, Malaysia & Singapore Handbook. New York: Trade & Travel Publications. m/s. 352.
- ^ Rachel Bartholomeusz (June 28, 2018). "So much more to satay than peanut sauce". SBS. Dicapai pada 12 February 2021.
- ^ Rujukan silang:
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "satai". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 391 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Bruce Kraig; Colleen Taylor Sen (2013). Street Food Around the World: An Encyclopedia of Food and Culture. ABC-CLIO. m/s. 183. ISBN 9781598849554.
- ^ "Consumers love succulent Satay, Peanut ingredients for global success" (PDF). USA Peanuts. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2 May 2014. Dicapai pada 2 May 2014.
- ^ Felicity Cloake (30 January 2014). "How to cook the perfect chicken satay". The Guardian. Dicapai pada 7 July 2014.
- ^ "Satay Washington DC". satay.com. Dicapai pada 6 July 2014.
- ^ Media, Kompas Cyber. "Kemenpar Tetapkan 5 Makanan Nasional Indonesia, Ini Daftarnya". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 18 April 2018.
- ^ Owen, Sri (1999). Indonesian Regional Food and Cookery. ISBN 9780711212732. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-09. Dicapai pada 7 July 2010.
- ^ Sara Schonhardt and Melanie Wood (15 August 2011). "40 of Indonesia's best dishes". CNN. Dicapai pada 6 July 2014.
- ^ "So much more to satay than peanut sauce". Food. Dicapai pada 21 August 2018.
- ^ Alan, Davidson (2006). The Oxford Companion to Food (ed. 2nd). Oxford: OUP. ISBN 9780191018251. OCLC 862049879.
- ^ https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=39522&mobile=2