Pergi ke kandungan

Satar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Sata)
Satar
Satar dimasak di atas panggangan.
JenisHidangan ikan Sunting ini di Wikidata
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauKemaman, Terengganu[1]
Dicipta olehMelayu
Bahan utamaKelapa, ikan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Satar adalah makanan ringan tradisional dari negeri Terengganu, Malaysia yang diperbuat daripada ikan. Ia merupakan masakan istimewa Terengganu. Ia adalah campuran kelapa parut dan daging ikan yang ditumbuk bersama lada, bawang dan halia lalu dibalut dalam daun pisang dan dibentukkan segi tiga piramid. Setiap satu akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api.

Teksturnya seperti otak-otak iaitu salah satu kek ikan Malaysia.

Jangan terkeliru satar dengan sate, iaitu satu hidangan yang popular di Malaysia juga.

Bahan-bahan

[sunting | sunting sumber]
  1. 400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
  2. 100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
  3. 8 biji buah keras
  4. 2 cm halia, dicincang halus
  5. 3 biji bawang merah, dihiris
  6. 1 ulas bawang putih, dicincang
  7. 150 g kelapa parut putih
  8. garam
  9. 1/2 camca gula
  10. 1 camt belacan
  11. 2-3 biji lada merah, dicincang
  12. 1-2 camt serbuk lada
  13. 1 helai daun salam, dimayang
  14. 1 helai daun kunyit, dimayang
  15. Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
  16. Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

Cara penyediaan

[sunting | sunting sumber]

Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan. Bentukkan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan. Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh. Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).

Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak.



Lihat juga

[sunting | sunting sumber]


  • Hannah Abisheganaden (October 5, 2005). "Treasures of Terengganu". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada December 18, 2005. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan) .
  1. ^ "Sata". JKKN. 2016. Dicapai pada 8 December 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]