Sasqia Dahuri
Sasqia Dahuri | |
---|---|
سثكي داحوري | |
Kelahiran | Nurlisasqia binti Ahmad Dahuri 7 Mei 1985 |
Pendidikan | Pengurusan Pemasaran |
Pusat pendidikan | Universiti Multimedia (MMU) |
Pekerjaan | Pelakon, model, penerbit |
Tahun aktif | 2008–kini |
Ketinggian | 1.77 m (5 ka 9 11⁄16 in) |
Pasangan | Muhammad Asyraff Khan Baharudin Khan (k. 2018) |
Nurlisasqia Ahmad Dahuri (Jawi: نرليسثكي احمة داحوري; lahir 7 Mei 1985) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1] Beliau mula aktif menceburi bidang lakonan sejak 2008 dan terkenal dengan watak-watak antagonis.[2][3]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Sasqia dilahirkan pada 7 Mei 1985 di Pasir Mas, Kelantan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga orang beradik dan mempunyai ketinggian 177cm serta berdarah kacukan Thai-Melayu. Sasqia berkelulusan dalam bidang Pengurusan Pemasaran di Universiti Multimedia Malaysia (MMU). Selain itu, beliau juga banyak terbabit dalam bidang peragaan di awal penglibatannya dalam dunia glamor.[4]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kemunculan pertama Sasqia dalam bidang lakonan ialah menerusi dua filem lakonannya pada 2011—Senario Ops Pocot arahan Ismail Bob Hasim, kemudian diikuti oleh filem Kongsi arahan Farid Kamil. Bagaimanapun, beliau terpaksa berundur seketika daripada dunia seni sambil menyatakan belum cukup bersedia berdepan dengan kehidupan sebagai artis pada waktu itu.
Drama pertama lakonan Sasqia ialah Manis yang disiarkan di Astro Ria. Beliau kemudiannya ditawarkan watak antagonis bernama Gina dalam drama Ayuni Safira pada 2014. Drama pertama selepas kemunculan semula beliau mendapat maklum balas yang baik daripada penonton. Begitu juga keadaannya apabila beliau diberi peluang sekali lagi membawakan watak antagonis dalam drama Cik Bunga Encik Sombong.[5]
Peluang sebegitu tidak dilepaskan kerana misinya mahu membuka mata khalayak tentang kemampuan lakonannya. Beliau sekali lagi muncul dengan watak antagonis bernama Tina dalam drama Dhia Sofea.[6] Sasqia menjayakan peranan sebagai Felisha, bekas kekasih kepada Iskandar dalam siri telenovela Astro Ria, Lara Aishah yang dibintangi oleh Fasha Sandha dan Nazim Othman.[7]
Sasqia juga muncul dalam filem fantasi pendek arahan Feisal dan Iskander Azizuddin, Through The Forest yang dikeluarkan pada 25 Disember 2016, beliau memegang watak sebagai Fia. Pada tahun 2017, beliau membintangi drama kepolisan Gerak Khas menerusi episod dua bahagian, "Love Scam" di TV2, beliau memegang watak sebagai Sofia, seorang pengusaha butik fesyen.
Sasqia bersama pelakon Zul Ariffin dan Elizabeth Tan membintangi filem seram thriler, Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan pada 21 Februari 2019. Beliau memegang watak sebagai Dilaila kedua dan Inspektor Farah.[8]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Sasqia mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Syarnissa (lahir 1989) yang menghidap penyakit saraf mata dan seorang adik lelaki yang dilahirkan pada 1993. Dalam temuramah bersama Harian Metro pada 24 Ogos 2017, beliau berkata pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarganya bagi merawat penyakit adiknya, namun Syarnissa terus hilang penglihatan secara perlahan-lahan.[9]
Sasqia bertunang dengan usahawan hartanah, Muhammad Asyraff Khan Baharudin Khan yang berasal dari Singapura pada 22 Januari 2018.[10] Pasangan Sasqia dan Asyraff diijabkabulkan pada 16 Disember 2018.[8]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2011 | Senario The Movie Ops Pocot | Ann | Filem pertama |
Kongsi | Sara | ||
2016 | Through The Forest | Fia | Filem pendek |
2019 | Misteri Dilaila | Dilaila II/Inspektor Farah | |
2024 | Tafakur | Ella | Juga sebagai penerbit eksekutif |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Manis | Seri | Astro Ria | Drama pertama |
2015 | Dendam Semalam | Lily | TV3 | |
Ayuni Safira | Geena | TV9 | ||
Cik Bunga Encik Sombong | Erny Humairah | Astro Prima | ||
Mencintaimu | Aimi | TV3 | ||
Dhia Sofea | Tina | |||
Alif Imani | Intan | TV9 | ||
Aku Pilih Kamu | Isabel | TV3 | ||
2016 | Pujaan Hati Umi | Safiya | TV9 | |
Satu Cinta | Airin | TV1 | ||
Lara Aishah | Felisha | Astro Prima | ||
Abang Bomba I Love You | Suzana | Astro Ria | ||
The Spooky Adventures of Ilham & Gaffran | Gadis | |||
2017 | Gerak Khas (Musim 17) | Sofiya | TV2 | Episod: "Love Scam" |
Fatin | Episod: "Desperado" | |||
Misteri Wan Peah | Cik Siti | TV3 | ||
Kias Ramadan | Amy | Episod: "Merisik Kasih" | ||
Cinta Hati Batu | Farisha | |||
Khabar Dari Casablanca | Filzah | TV2 | ||
Ops Cinta Din Sardin | Suraya | TV9 | ||
Jurnal Suraya | Niesha | TV3 | ||
2018 | Gerak Khas (Musim 18) | Sally | TV2 | Pelakon undangan |
Cinta Koko Coklat | Zara | ntv7 | ||
Misteri Jenazah | Afifah | Astro Prima | Episod: "Tangisan Jenazah" | |
2019 | Kerana Dia Manusia Biasa | Nora / Yasmin | TV3 | |
Ripin Mugha Batu | Marini | TV2 | ||
2021 | Cinta Untuk Raf | Dr. Orked Huwaina | TV1 |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Sepahtu Reunion | Bos MLM | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod "Skim Cepat Kaya" |
2016 | Dalang Prank | Artis Jemputan | ||
2020 | Rezeki Dari Rumah | TV Okey |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2014 | Gugurl Propa | Sheila | HyppTV |
2016 | Sepahtu Cinta Plastik | Aleysa | Astro Ria |
Perempuan Disarung Ungu | Siti | ||
Pulangkan Syawalku | Mariana | TV1 | |
Kau Aku Kita Raya | Ika | TV3 | |
2017 | Pergilah Cinta | Rania | |
2018 | Andai Ku Cinta Lagi | Melena | TV2 |
Lalang | Rohana | TV1 | |
2019 | Kecoh Malam Raya | Safia | |
Sempurnakah Aku? | Astro Ria | ||
Orang Gaji Puaka | Sara | Astro Citra | |
2020 | Tuan Petri Saadong | Cik Siti Wan Kembang | |
Karya Yang Hilang | Mariah | TV1 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Profil Sasqia Dahuri Babab.net. Dicapai pada 3 April 2017.
- ^ Syafaat, Amirah Amali (6 September 2015). "Sasqia Dahuri ada strategi kukuhkan nama". Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 September 2015.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (21 September 2015). "Bintang Sasqia mula bersinar". Harian Metro. Dicapai pada 22 September 2015.
- ^ Syafil Wyazwan Jefri (1 Disember 2016). Bangga bakat dihargai Harian Metro. Dicapai pada 8 April 2017.
- ^ Norhidayyu Zainal (16 Mei 2017). Sasqia Dahuri: Saya puas jadi jahat Sinar Harian. Diperoleh pada 26 April 2018.
- ^ Alif Fadli Mohd. Sori (2 Mei 2017). "Sasqia Dahuri suka watak 'jahat'". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 April 2018.
- ^ Siti Athirah Dzulkifly (29 Mei 2016). "Antara status & prinsip". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 April 2018.
- ^ a b Zaidi Mohamad (16 Disember 2018). Sikap ambil berat Sasqia tawan hati Asyraf Berita Harian. Dicapai pada 19 Disember 2018.
- ^ Nor Akmar Samudin (24 Ogos 2017). Sasqia tidak terlalu memilih Harian Metro. Dicapai pada 24 Ogos 2017.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (22 Januari 2018). Sasqia bertunang selepas 5 bulan berkenalan mStar Online. Dicapai pada 8 April 2018.