Sarimah Ibrahim
Daripada keturunan leluhur Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang. |
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 |
Che Puan Sarimah binti Ibrahim (lahir 19 Februari 1978)[1] merupakan seorang pengacara, penyampai radio, penyanyi serta pelakon berdarah kacukan Melayu, Cina, Irish dan Itali.[2]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Che Puan Sarimah Ibrahim telah dilahirkan di Dublin, Ireland. Bapanya yang berasal dari Johor berdarah campuran Melayu dan Cina manakala ibunya yang berasal dari Ireland berdarah campuran Irish dan Itali.
Beliau fasih bertutur dalam tiga bahasa termasuk Inggeris, Bahasa Malaysia dan juga Perancis. Beliau merupakan anak sulung dari empat adik beradik.[3]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah mendapat pendidikan awal di Emirates International School, Dubai dan juga Wesley College, Dublin dimana beliau menerima kelayakan O-Levels.[4] Pencapaian akademik tertinggi beliau adalah memperoleh Advanced Diploma in Psychology dari College of Applied Arts di Singapura dan Bachelor's Degree of Psychology dari HELP University di Malaysia.[5]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau bermula sebagai Model Iklan- Sprite, Hexos, Telekom, Clairol Herbal Essences, Ribena dan Dynamo.
Antara lakonan beliau dalam filem Puteri Impian 2, Janji Diana, Gerak Khas 3 dan MX3.
Beliau telah mengendalikan lebih dari 400 show corporate antara clientele: Maybank, HSBC, Chanel, Sime Darby, Panasonic, Petronas dll.
Bermula sebagai Pengacara The Disney Channel Pada 1997 dan sebagai bintang NTV7 pada tahun yang sama. Beliau pernah menjadi Pengacara AIM, AJL dan Memenangi Anugerah Pengacara Terbaik Anugerah Seri Angkasa, AIM Artis Baru Terbaik 2002.
Pada tahun 2009, beliau telah dipilih untuk menjadi pengacara bagi program Fail Sulit AF, Konsert Akademi Fantasia, The Biggest Loser Asia Musim 1 di Hallmark Channel, juga Program Realiti IKON Malaysia dan IKON ASEAN yang telah disiarkan di Astro Hallmark Channel Asia.[6] Beliau juga merupakan juruhebah radio bagi stesen radio Era FM, Red FM, dan juga Mix FM.[7]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Che Puan Sarimah Ibrahim pernah berkahwin dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah (nama asal Andrew John Browning) pada 13 Mei 2006. Namun, perkahwinan mereka hanya berkekalan selama tiga tahun apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Mei 2009.[8][9]
Pada 2 April 2015, beliau telah berkahwin dengan Yang Mulia Tunku Nadzimuddin bin Tunku Mudzaffar yang juga merupakan cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Ja’afar dan Tunku Ampuan Najihah. Ayahanda mentuanya ialah Yang Mulia Tunku Kecil Besar Tunku Mudzaffar bin Almarhum Tunku Mustapha manakala bonda mentuanya ialah Yang Amat Mulia Tunku Dara Tunku Naquiah binti Almarhum Tuanku Ja'afar.
Pasangan ini sebelumnya telah bertunang pada 27 September 2014. Mereka kemudiannya telah mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup yang telah diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan hanya dihadiri oleh kaum kerabat dan keluarga terdekat sahaja.[10]
Setelah perkahwinannya bersama Tunku Nadzimuddin atau lebih dikenali sebagai Tunku Jamie, beliau telah dikurniakan gelaran Che Puan iaitu gelaran yang dikurniakan kepada isteri kerabat diraja yang berasal daripada golongan orang kebanyakan (rakyat biasa) dengan panggilan hormat Yang Berbahagia.[11][12]
Che Puan Sarimah Ibrahim dan Tunku Jamie telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Yang Mulia Tunku Sofia Najihah. Cahaya mata pertama mereka telah dilahirkan pada 19 Julai 2019.[13]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]- Sarimah (2001)
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1998 | Puteri Impian 2 | Lisa | Filem pertama |
2000 | Mimpi Moon | Lin | |
2003 | Janji Diana | Sabrina | |
MX3 | Marisa | Pelakon undangan | |
2005 | GK3 The Movie | Inspektor Farah | |
2014 | Apokalips X | Zara | Penampilan khas |
TBA | Gerak Khas Begins | Inspektor Farah |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | Jack Yusof | Dirinya sendiri | Astro Ria | Drama pertama | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Riot!: Rebel With A Cause | Lydia | Astro Premier | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2024 | Lelaki Itu | Syarifah Qaidah | TV3 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2025 | "Cinta Wanita Johor Bahru" | Datin Damia | TV3 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
{
Sitkom[sunting | sunting sumber]
Televisyen[sunting | sunting sumber]
Panggilan dan gelaran[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber] |
- Kelahiran 1979
- Orang hidup
- Pengacara televisyen Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia
- Penyanyi wanita Malaysia
- Penyampai radio Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Orang Malaysia berketurunan Cina
- Muslim Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Ireland
- Orang Malaysia berketurunan Itali
- Artis Positive Tone
- Kerabat diraja Asia