Pergi ke kandungan

Santo Valentine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Valentinus
Valentine / Valentim
Gambaran Santo Valentinus menerima tasbih daripada Maria, lukisan cat oleh David Teniers III
Uskup dan Martir
Meninggaldipercayai sekitar tahun 269[1] but see text
Dihormati olehGereja Roman Katolik
Gereja Ortodoks Timur
Golongan Anglikan
Gereja Lutheran
Hari perayaan14 Februari (Gereja Roman Katolik)
30 Julai (Gereja Ortodoks Timur)
Atributburung; mawar; uskup dengan kanak-kanak yang lumpuh atau menghidap sawan di tapak kakinya; uskup yang didampingi ayam jantan; uskup yang enggan menyembah berhala; uskup yang dipenggal kepalanya; paderi berpedang; paderi yang memegang matahari; paderi yang mencelikkan gadis yang buta girl[1]
Naunganpasangan tunang, mencegah rebah, penternak lebah, perkahwinan bahagia, cinta, wabak, epilepsi[1]

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Santo Valentinus (bahasa Inggeris: St. Valentine) ialah nama bagi seramai 14 orang santo[2]) yang dimartirkan di Rom purba. Nama "Valentine" yang berasal daripada valens (tersanjung, kuat, berkuasa) diminati ramai pada zaman Baharian Akhir.[3] Bagi Santo Valentine yang diperingati pada 14 Februari, tiada apa yang diketahui selain namanya, tarikh lahirnya pada 16 April, dan bahawa beliau dikebumikan di Via Flaminia yang terletak di utara kota Rom pada 14 Februari. Yang lagi tidak pasti ialah sama ada 14 Februari ini memperingati hanya seorang santo atau ramai santo sekaligus. Oleh sebab itu, hari peringatan liturgi ini tiada lagi dalam Takwim Rom Am sejak takwim tersebut dipinda pada tahun 1969.[4] Namun demikian, "Martir Valentinus sang Presbyter dan mereka yang bersamanya di Rom" kekal dalam senarai santo-santo yang diusulkan untuk dihormati oleh semua penganut Katolik.[5]

Dalam mazhab Gereja Ortodoks Timur, Santo Valentine sang Presbyter diraikan pada 6 Julai,[6] sementara Hieromartir Saint Valentine (Uskup Interamna, Terni di Itali) disambut pada 30 Julai.[7] Meskipun begitu, secara lazimnya, para penganut Gereja Ortodoks Yunani yang bernama Valentinos (lelaki) atau Valentina (wanita) meraikan nama mereka pada 14 Februari; menurut Typikon dari Gereja Besar Kristus (Τυπικὸν τῆς Μεγάλης τοῦ Χριστοῦ ᾽Εκκλησίας), Santo Valentine tidak diberi penghormatan pada 6 Julai[8] mahupun 30 Julai.[9] Lagipun, dalam mazhab Ortodoks Yunani tiada "Santo Valentine".

  1. ^ a b c Jones, Terry. "Valentine of Rome". Patron Saints Tom. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-01. Dicapai pada 2007-02-14.
  2. ^ http://www.catholic.org
  3. ^ IOL, article dated February 09, 2001
  4. ^ Calendarium Romanum (Libreria Editrice Vatican, 1969), p. 117
  5. ^ Martyrologium Romanum (Libreria Editrice Vaticana 2001 ISBN 88-209-7210-7), February 14
  6. ^ Martyr Valentinus the Presbyter and those with him at Rome- Orthodox Church in America website
  7. ^ Hieromartyr Valentine the Bishop of Interamna, Terni in Italy - Orthodox Church in America website
  8. ^ Typikon of July 6 [1]-(in Greek) website
  9. ^ Typikon of July 30 [2] -(dalam bahasa Yunani) website

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]