Sani Abacha
General Sani Abacha | |
---|---|
Fail:Sabacha.jpg | |
Presiden Nigeria ke-10 | |
Dalam jawatan 17 November 1993 – 8 Jun 1998 | |
Didahului oleh | Ernest Shonekan |
Digantikan oleh | Abdulsalami Abubakar |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kano, Nigeria | 20 September 1943
Mati | 8 Jun 1998 Abuja, Nigeria | (umur 54)
Kewarganegaraan | Nigeria |
Parti politik | tiada (tentera) |
Pasangan | Maryam Abacha |
Sani Abacha (20 September 1943 di Kano - 8 Jun 1998 di Abuja) adalah seorang ketua tentera Nigeria dan ahli politik Nigeria. Dia adalah Presiden Nigeria de facto (1993-1998).
Politik
[sunting | sunting sumber]Abacha adalah seorang muslim dari Kanuri. Beliau telah mengikuti latihan di Militer Nigeria College di Kaduna. Beliau mengambil bahagian dalam countercoup pada Julai 1966 atau rampasan kuasa pada Januari 1966. Beliau juga terlibat dalam 3 kudeta selepas itu. Beliau menjatuhkan Jeneral Mohammadu Buhari daripada kuasa pada tahun 1983.
Beliau turut menggulingkan Jeneral Ibrahim Babangida , Presiden dan Panglima Tertinggi Angkatan Bersenjata Republik Persekutuan Nigeria pada tahun 1985. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 1990.
Abacha mengambil alih kuasa daripada kerajaan sementara Ketua Ernest Shonekan, yang menggantikan Jeneral Ibrahim Babangida selepas pembatalan pilihan raya 12 Jun 1993 (dimenangi oleh Moshood Kashimawo Olawale Abiola) .
Melanggar hak asasi manusia
[sunting | sunting sumber]Kerajaan Abacha dituduh melanggar hak asasi manusia berhubunhg kes menggantung Ogoni aktivis Ken Saro-Wiwa oleh Suruhanjaya Oputa. Abiola dan Olusegun Obasanjo telkah dipenjarakan atas tuduhan pengkhianatan. Kemudian Wole Soyinka dituduh merancang rancangan jahat. Abacha menggunakan 3,000 pengawal bersenjata yang setia kepada dirinya sendiri.
Beliau menyokong Masyarakat Ekonomi Negara Afrika Barat . Beliau juga menghantar tentera Nigeria ke Liberia dan Sierra Leone untuk mengembalikan demokrasi tetapi negaranya sendiri tidak mengamalkan demokrasi.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Abacha meninggal dunia pada 1998 kerana serangan jantung. Jenazah dikebumikan secara Islam, tanpa autopsi dan menimbulkan spekulasi bahawa dia telah diracun.
Pengganti beliau, Mejar Jeneral Abdulsalami Abubakar, mengangkat sumpah sebagai ketua negara negara Nigeria.