Pergi ke kandungan

Sampai Bila (lagu Misha Omar)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Sampai Bila (lagu 2018))
"Sampai Bila"
Single oleh Misha Omar
daripada album OST Jangan Benci Cintaku
Dilancarkan4 Mei 2018 (Digital), 13 Jun 2018 (VEVO)
FormatDigital
GenrePop
Panjang4:04
SyarikatSony Music Entertainment Malaysia
PenulisSharon Paul,Ahmad Fedtri Yahya, Shah Shamsiri
PenerbitSharon Paul
Kronologi single Misha Omar
""Terima Ku Seadanya"
(2016)"
"Sampai Bila" ""Tanpa Rela"
(2020)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu Sampai Bila (Inggeris: "For How Long?" (literal); "Until When" (translated)) adalah lagu single nyanyian penyanyi pop handalan Misha Omar yang diterbitkan secara digital . Lagu ini diterbitkan oleh Sony Music Malaysia dengan kerjasama promosi oleh Suhan Movies and Trading sebagai lagu runut bunyi drama bersiri Jangan Benci Cintaku. Ia menampilkan kerjasama pertama Misha bersama Sharon Paul, Ahmad Fedhtri dan Shah Shamsiri. Lagu ini bukan sebahagian daripada projek rakaman album studio kelolaan M. Nasir yang masih belum diterbitkan.

Lagu ini dirakam di studio Nova Music di bawah penerbitan Sharon Paul. Pada bulan Februari 2018, Misha memuatnaik pradengar lagu ini di laman Instagram namun rakaman vokal yang diterbitkan tidak sama dengan lagu yang dimuatnaik tersebut. Ketika itu Misha memperkenalkan cabaran menyanyi chorus Sampai Bila yang belum diberi tajuk dan mendapat lebih kurang 500 penyertaan. Menurut Sharon, lagu ini telah diberikan kepada Misha melalui Sony Music sekitar pertengahan 2017 namun Sony terpaksa menunggu Misha betul-betul bersedia sehingga awal 2018 kerana komitmen kepada keluarga kerana anaknya, Muhammad Idris Ezwa sering sakit, selain kualiti vokal Misha sedikit merosot [1]. Lagu ini padanya diberi nama sebagai "Secebis Hati" oleh Fedtri dan kemudian ketika rakaman demo ditukar kepada "Pengganti Cinta". Pada April 2018 judul lagu ini ditetapkan sebagai "Sampai Bila" bagi memudahkan pengenalan kepada pendengar kerana korus yang kuat.

Muzik Video

[sunting | sunting sumber]

Video Muzik lagu ini hanya dilancarkan pada 1 November 2018 setelah gabungan video lirik (oleh Sony Music) dan video OST "Jangan Benci Cintaku" mencecah 10 juta tontonan di laman Youtube. Video muzik ini diarahkan oleh pengarah terkenal Chuan Looi dengan sentuhan penggayaaan oleh Colin Sim dan solekan oleh Sheng Shaw sebagaimana kulit album dan single sebelum ini - "Terima Ku Seadanya". Misha menyifatkan ia sebagai video muzik yang sangat menepati citarasanya. Untuk video ini, Misha mengundang sekitar 20 orang peminat untuk menjadi pelakon tambahan di studio dan lokasi luar iaitu sebuah rumah api di perairan pelabuhan Klang. Video muzik ini mendapat pujian ramai termasuk pengkritik kerana unsur sinematik yang kuat selain gaya minimalis yang agak segar untuk produksi video muzik di Malaysia.

Penerimaan

[sunting | sunting sumber]

Lagu ini menerima reaksi positif daripada pendengar dan berjaya menduduki tangga pertama pada minggu ke 32 di Carta RIM pada 9 Ogos 2018 [2]. Ia berjaya menduduki carta Top 10 selama 32 minggu sehingga awal 2019.

Persembahan

[sunting | sunting sumber]

Lagu ini juga kali pertama dipersembahkan dengan iringan Orkestra Filharmonik Malaysia pada 9 November 2024, di Dewan Filharmonik Petronas , Kuala Lumpur di bawah pimpinan konduktor Ahmad Muriz Che Rose, dan gubahan semula oleh Luqman Aziz sempena Konsert Resonance for a Reason [3].

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/11/493306/misha-menangis-kenang-ujian-rakam-sampai-bila
  2. ^ "Top 10 Most Streamed Domestic Singles In Malaysia" (PDF). Recording Industry Association of Malaysia (dalam bahasa English). Recording Industry Association of Malaysia. Dicapai pada 20 August 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/11/1323238/gesekan-biola-si-cilik-iringi-sifu#google_vignette