Salad
Salad سالد | |
---|---|
Jenis | Hidangan |
Tempat asal | Antarabangsa |
Bahan utama | Berasaskan sayuran, buah, daging, telur, atau bijirin yang digaul dengan sos. |
Bahan yang biasa digunakan | Sayur |
Cara penyediaan | Mixing |
Keragaman/variasi | Banyak |
sunting · sunting di Wikidata |
Salad (Jawi: سالد ) ialah sejenis hidangan yang dihidang dalam jumlah yang kecil, yang sering digaul bersama sos.[1][2]) Salad boleh disediakan dengan menggunakan pelbagai jenis makanan termasuklah sayuran, buah, daging yang telah dimasak, telur dan bijirin. Salad taman lazimnya menggunakan sayur daun sebagai bahan asas; lazimnya penggunaan perkataan salad itu sendiri merujuk khusus kepada salad taman itu. Jenis yang lain termasuklah salad kacang, salad tuna, fattoush, salad Greek, and salad somen.
Sos yang digunakan untuk memperisakan salad sering dipanggil sos salad atau kuah salad; iaitu termasuklah yang terkenal seperti ranch, Thousand Island, dan vinaigrette.
Kebanyakan salad dihidang sejuk, walaupun sesetengahnya, seperti salad kentang Jerman, dihidang suam. Sesetengah menganggap kepanasan hidangan itu menjadikannya satu faktor ia tidak termasuk dalam kategori salad, sebagai contoh kaserol, inti sandwich atau lebih tepat lagi, nama bahan yang menjadi ramuannya.
Salad boleh dihidang pada bila-bila masa semasa suatu seperti:
- Salad pembuka selera, salad ringan untuk merangsang selera sebagai hidangan pertama .
- Salad sampingan, untuk mengiringi hidangan utama sebagai hidangan sampingan.
- Salad hidangan utama, lazimnya mengandungi isi yang lebih banyak dan berat, seperti dada ayam dan kepingan daging lembu.
- Salad manisan, versi manis yang sering mengandungi buah, jeli dan/atau krim putar.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Perkataan "salad" datang dari bahasa Perancis salade yang bermaksud sama, juga dari bahasa Latin salata (masin), dari sal (garam). Dalam bahasa Inggeris, perkataan ini mula muncul sebagai "salad" atau "sallet" pada kurun ke-14. Penggunaan dalam bahasa Melayu mula muncul apabila penjajah terutama kaum elit British mula memperkenalkan jenis hidangan ini di Tanah Melayu yang kemudiannya ditiru oleh orang kebanyakan dan diwarisi sehingga kini.
Garam sering dikaitkan dengan salad kerana sayur diperisakan dengan air garam atau kuah cuka dan minyak yang masin ketika zaman Rom kuno.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salad". Merriam-Webster. Dicapai pada 16 August 2014.
- ^ "salad". Oxford Dictionaries. Oxford University Press. Dicapai pada 16 August 2014.
- ^ Douglas Harper. "salad". Online Etymology Dictionary.