Sakura
Sakura | |
---|---|
Kembangan bunga sakura pada pokok sakura bonsai yang berumur 15 tahun | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | |
Spesies | |
Sakura (桜/櫻/サクラ ) ialah nama bahasa Jepun yang dipakai kepada pokok-pokok hiasan ceri spesies Prunus serrulata serta kelopak-kelopak bunganya. Buah (dikenali sebagai sakuranbo (桜ん坊 )) muncul daripada sebuah spesies pokok yang berbeza. Selain itu, sakura juga merupakan nama yang seringkali digunakan masyarakat Jepun.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sakura merupakan tumbuhan yang asli di Banjaran Himalaya, Bengal Utara (kini Bangladesh) dan di Asia timur seperti China, Jepun dan Korea Selatan. Jepun mempunyai jenis sakura yang berbeza=beza; lebih daripada 305 jenis boleh ditemui di sana.[perlu rujukan] Kebanyakan daripada mereka telah dikacukkan secara tiruan atau dicantumkan oleh orang Jepun hortikultur berabad yang lalu.[perlu rujukan]
Pesta Melihat Bunga
[sunting | sunting sumber]Dalam Tempoh Heian (794-1911), orang-orang Jepun telah mengikuti banyak amalan dari China, antaranya fenomena sosial pesta melihat bunga (hanami: 花見), di mana keluarga Maharaja, penyajak-penyajak, penyanyi-penyanyi, dan bangsawan-bangsawan yang lain akan berkumpul dan berpesta di bawah bunga sakura[1]. Pesta pertama yang pernah direkodkan berlangsung di Taman Shinsen-en Kyoto pada tahun 812. Di China, pokok ume "plum" (sebenarnya merupakan spesies pokok aprikot) yang seringkali menjadi simbol kebanggaan, namun bagaimanapun menjelang ketibaab pertengahan abad kesembilan, bunga sakura telah menggantikan pokok plum tersebut sebagai spesies yang diminati di Jepun.[perlu rujukan]
Setiap tahun, Agensi Kajicuaca Jepun dan orang awam mengesan sesuatu yang digelar sakura zensen sambil ia bergerak ke arah kepulauan utara dengan kedatangan musim panas menerusi ramalan waktu malam mengikuti segmen-segmen cuaca daripada program berita. Kemekaran bunga-bunga ini bermula di Okinawa pada Januari dan lazimnya mendekati Kyoto dan Tokyo pada akhir bulan Mac atau permulaan bulan April. Kemudian ia bergerak ke altitud yang lebih tinggi, hingga ke Hokkaidō beberapa minggu kemudian. Masyarakat Jepun mengambil sepenuh perhatian mereka pada ramalan-ramalan cuaca ini dan berkumpul dalam kelompok besar di taman-taman, makam-makam dan kuil-kuil, bersama-sama keluarga dan rakan-rakan untuk mengadakan pesta melihat bunga. Pesta-pesta Hanami menjayakan kecantikan bunga sakura dan bagi mereka yang lain pula, pesta tersebut merupakan satu peluang untuk beristirahat dan menikmati pemandangan. Budaya pesta hanami ini dapat dikesan kembali berbad-abad yang lalu di Jepun: sejarah abad kelapan iaitu Nihon Shoki]] (日本書紀) merekodkan pesta-pesta hanami pernah diadakan seawal abad ketiga CE.
Kebanyakan sekolah Jepun dan bangunan awam mempunyai pokok-pokok sakura ditanam disekitar kawasan mereka. Disebabkan tahun fiskal dan sekolah bermula pada bulan April, di kebanyakan kawasan di Honshū, hari pertama sekolah atau kerja berlaku serentak dengan musim sakura.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Pokok sakura "Mengangis" di Maruyama Park, Kyoto
-
Gambar dekat bunga sakura
-
Bunga sakura seperti yang dilihat di Washington, D.C.
-
Bunga sakura di pokok mereka
-
Washington, D.C.
-
Cherry blossoms dengan lebih dekat lagi.
-
Gambar dekat Bunga Sakura Yoshino di Tidal Basin di Washington, DC
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Prunus
- Kigo: perbincangan peranan sakura dalam Puisi Jepun
- Mono no aware
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "The Beauty and History of Sakura, Japan's National Flower". tsunagu Japan (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-25. Dicapai pada 2024-09-05.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Vancouver Sakura Diary, Gambar pelbagai jenis bunga sakura.
- Pesta Musim Bunga Yeuoido di Seoul
- Sakura di Kyoto Diarkibkan 2010-01-20 di Wayback Machine
- Subaru Cherry Blossom Festival of Greater Philadelphia, Maklumat tentang pokok sakura dan Pesta Bunga Sakura Philadelphia.
- Galeri Sakura Daripada Tokyo & Kyoto
- Galeri Gambar Bunga Sakura Diarkibkan 2007-08-16 di Wayback Machine Sakura dari Kyoto, Tokyo, Miyajima dan kawasan-kawasan di sekitar Jepun
- Galeri Gambar Bunga Sakura di Washington DC
- Kawasan Bunga Sakura di Japan