Pergi ke kandungan

Rush Hour

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rush Hour
PengarahBrett Ratner
PenulisRoss LaManna
Dihasilkan olehRoger Birnbaum
Jonathan Glickman
Arthur M. Sarkissian
DibintangiChris Tucker
Jackie Chan
Tom Wilkinson
Chris Penn
Elizabeth Pena
SinematografiAdam Greenberg
Disunting olehMark Helfrich
Muzik olehLalo Schifrin
Diedarkan olehNew Line Cinema
Tarikh tayangan
18 September 1998
Masa tayangan
98 minit
NegaraUnited States
BahasaInggeris
Kantonis
Mandarin
Bajet$33 million
Pecah panggung$244.4 million

Rush Hour adalah filem seni bela diri/komedi arahan Brett Ratner serta dibintangi Jackie Chan dan Chris Tucker. Ditayangkan pada tahun 1998, filem tersebut sangat berjaya, dengan kutipan kasar ketujuh tertinggi pada tahun 1998 iaitu sejumlah AS$140 juta di Amerika Syarikat.

Slogan:
The Fastest Hands In The East Meet The Biggest Mouth In The West.
Pals Forever. If they can get past today.
They come from different cultures. But on a case this big, they speak the same language.

Templat:Spoiler Sebaik sahaja Konsul Han (pelakon: Tzi Ma) tiba di Amerika Syarikat sebagai Konsul China, anaknya, Soo Yung, diculik. Oleh kerana dia tidak begitu mempercayai FBI, dia memanggil rakan baiknya, Detektif Inspektor Lee (pelakon: Jackie Chan) untuk menyiasat.

FBI tidak mahu orang luar seperti Lee mengganggu siasatan mereka, maka mereka mengambil Detektif James Carter (pelakon: Chris Tucker) dari Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), seorang pegawai polis yang bermulut becok tetapi bercita-cita untuk menyertai FBI. Pada awalnya Lee dan Carter asyik bertengkar tentang perkara remeh, tetapi setelah menyedari bahawa mereka dipergunakan, mereka berhasrat untuk menyelesaikan kes tersebut sendiri.

Mereka mendapati dalang di sebaliknya ialah Juntao, penjenayah Cina yang penuh misteri. Di Pekan Cina, Carter secara kebetulan terserempak dengan dalang utama di sebalik penculikan tersebut. Sebenarnya, "Juntao" bukanlah orang Cina tetapi sebenarnya komander British, Thomas Griffin (pelakon: Tom Wilkinson), bekas pegawai tinggi polis Hong Kong serta sahabat Han semasa penjajahan British di Hong Kong. Setelah pergaduhan di Pekan Cina di mana mereka gagal menyelamatkan budak perempuan tersebut, orang bawahan Griffin iaitu Sang menaikkan tuntutan wang tebusan serta mula mengancam nyawa Soo Yung. Malu dengan peristiwa tersebut, Lee dan Carter diperintahkan keluar daripada penyiasatan dan seterusnya Lee dibawa pulang ke Hong Kong. Namun, sebelum kapal terbang sempat berlepas, Carter berjaya memujuk Lee untuk membantu menyelamatkan Soo Yung.

Perhitungan akhir berlaku semasa pembukaan ekspo kesenian China di Pusat Konvensyen Los Angeles, di mana wang tebusan diserahkan. Sementara Carter mengarahkan pengunjung keluar, Griffin mendedahkan identiti sebenarnya. Dengan bantuan Tania Johnson, pakar bom LAPD, untuk menyakaktifkan bom yang dipasang pada Soo Yung, Lee membawa bom tersebut ke arah Griffin yang mahu melarikan diri melalui bumbung. Carter membunuh Sang manakala Griffin mati terjatuh setelah bom yang dipautnya terlucut dari badan Lee.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]