Ruhainies
Ruhainies | |
---|---|
Kelahiran | Nur Ruhainies Farehah binti Zainul Ilyas 27 Julai 1992 |
Nama lain | Ruhainies |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2012–kini |
Ibu bapa |
|
Saudara |
|
Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas (lahir 27 Julai 1992) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2][3] Dikenali sebagai monyet cute Beliau mula dikenali ramai menerusi peranannya sebagai Alya Adriana dan Nurul Ain dalam drama bersiri Hello, Mr. Perfect! (2015). Beliau turut membintangi drama bersiri Menantu Ting Tong (2016), Cinta Lemon Madu (2018), Anugerah Cinta Aisyah (2019) dan Cukup Derita Itu (2021), yang ditayangkan sebanyak dua musim.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Alif aziz dilahirkan pada 27 Julai 1992 di Kepala Batas, Pulau Pinang dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik kepada pasangan Zainul Ilyas Zainul Abidin dan Che Bunga Salleh. Kakaknya, Risteena Munim juga seorang pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Playboy Itu Suami Aku, bersama Fattah Amin.[4] Sama seperti kakaknya, Ruhainies juga menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di mana beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang pelancongan.[5]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Televisyen dan filem
[sunting | sunting sumber]Meskipun masih baru menceburi dunia lakonan ketika itu, Ruhainies sudah mendapat kepercayaan daripada penerbit dan pengarah drama tempatan untuk menggalas watak utama dalam drama Hello, Mr. Perfect! di Slot Akasia TV3, beliau bergandingan bersama Fattah Amin. Drama ini diadaptasi daripada novel karya Waniey Zakaria dengan tajuk sama.
Sebelum membintangi Hello Mr. Perfect!, Ruhainies terlebih dahulu membintangi telefilem Sopeah Jin dan menggalas sebagai watak pembantu.[6] Seterusnya, beliau membintangi drama bersiri Si Montel sebanyak 13 episod yang bersiaran di Unifi TV.[7][8]
Pada tahun 2016, Ruhainies telah muncul dalam drama Menantu Ting Tong yang bersiaran di TV3. Ruhainies yang memegang watak utama dalam drama tersebut digandingkan dengan Azrel Ismail, juga sebagai watak utama.
Beliau juga membintangi drama Bagaikan Kelip-Kelip sebagai pelakon utama membawa watak Marlina dan turut sama menjayakan drama ini ialah Ben Amir, Aishah Azman serta barisan pelakon yang lain.
Pada tahun 2017, Ruhainies muncul dalam telefilem bertajuk Katakan Tidak Pada Cinta yang bersiaran di TV2 pada 7 Mac 2017. Ia juga dibintangi oleh Azrel Ismail, Syuk, Fatimah Az-Zahra dan pelakon lain.[9] Pada Jun 2017, beliau muncul dengan drama bertajuk Menantu Bilal yang mula bersiaran pada 2 Jun 2017 di TV3 menggantikkan drama Cucu Tauke Beras. Ia turut dibintangi oleh Amar Asyraf, Syazwan Zulkifli, Nazeera Sardi, Talha Harith dan banyak lagi.
Di tahun yang sama juga, beliau diberi kepercayaan buat kali pertama untuk mengendalikan program travelog, Secawan Kopi (TV Okey) sebagai pengacara. Penggambaran program tersebut dilakukan hampir di seluruh pelusuk Indonesia.
Dalam tahun 2018, Ruhainies muncul dalam dua siri drama, Tak Ada Cinta Sepertimu sebagai Bella dan Cinta Lemon Madu sebagai Haida serta telefilem Matilahnak sebagai Hannah Delicious.
Beliau muncul dalam dua telefilem, Ustaz Rock dan Ara serta siri drama Bisikan Cinta Ramadan yang ditayangkan pada 2020.[10]
Ruhainies membuat penampilan sulungnya di layar filem pada tahun 2021 menerusi filem romantik keagamaan, Seandainya Kau Ada[11] arahan Chad Rahman dan Fadzil Teh yang diadaptasi daripada novel berjudul sama karya Kamsiah Abu dengan skrip ditulis oleh Marr Mohamed. Filem ini turut dibintangi oleh Aidit Noh, Fendy Bakry dan Raysha Rizrose. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Rozita. Filem ini ditayangkan pada 29 April 2021 di Astro First. Seterusnya, filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! yang bergenre seram arahan Arjin Uppal turut dibintangi oleh Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Aishah Ilias. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Farah.[12] Filem ini mula ditayangkan pada 7 Julai 2022.
Sebagai duta produk
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2018, Ruhainies telah mengikat kontrak selama setahun sebagai duta produk kecantikan popular Korea Selatan, Guerisson selepas aktor Lee Kwang-soo dan diangkat sebagai duta Guerisson di Malaysia. Beliau merupakan selebriti Malaysia pertama yang dilantik sebagai duta produk kecantikan popular Korea Selatan.[13][14]
Perniagaan
[sunting | sunting sumber]Ruhainies turut melibatkan diri dalam bidang perniagaan dengan mengasaskan produk kecantikannya iaitu Ruhainies Rosysecret. Namun, beliau dikatakan sudah memperlahankan pengeluaran dan promosi produk kecantikannya itu atas sebab komitmen lain.[15] Pada Jun 2021, beliau juga turut menjadi rakan kongsi dalam mengusahasamakan produk makanan ringan Canchy bersama pengasas utamanya, Hasif Hamzi. Produk tersebut mendapat sambutan yang luar biasa dalam tempoh dua minggu selepas dilancarkan.[16]
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Perang mulut dengan Janna Nick
[sunting | sunting sumber]Pada April 2016, Ruhainies mengecam tindakan pelakon Janna Nick memuat naik video beserta kaspyen yang mencemuh dirinya di akaun Instagram pelakon itu dan menganggapnya sebagai kurang matang.[17] Beliau mengakui terkilan apabila Janna masih ingin memanjangkan isu pergaduhan mereka biarpun dirinya pernah membuat kenyataan secara terbuka kepada media sudah memaafkan kesalahan pelakon itu.[18][19]
"Saya tidak mahu ada lagi salah faham antara kami dan memilih untuk berdamai. Industri hiburan kecil dan tidak mustahil, kami akan disatukan dalam produksi lain nanti. Sedapat mungkin, saya enggan mencari musuh kerana saya di sini untuk bekerja.
"Cuma, saya terkilan dengan tindakan kurang matang Janna (Nick) apabila memuat naik video di akaun Instagramnya untuk memburukkan nama saya. Apa yang pasti, baik Michael Ang sebagai pengarah dan pelakon pengganti saya untuk filem itu mengetahui kebenarannya.
"Ketika ini, saya memilih untuk tidak membalas semula perbuatan Janna itu kerana tidak mahu bertindak mengikut emosi. Namun, saya tidak teragak-agak untuk mengemukakan mesej yang dihantar Janna kepada saya apabila tiba masanya kelak,"[17][18]
— Ruhainies mengulas mengenai tindakan pelakon drama Kau Aku Kita semasa ditemuramah oleh Berita Harian.[17][18]
Perselisihan antara Ruhainies dan Janna mula menjadi bualan apabila Janna dikatakan menghasut Michael untuk menyingkirkannya sebagai salah seorang pelakon filem sulung arahannya, Kimchi Untuk Awak yang turut dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong.[17] Salah faham itu bagaimanapun, terlerai apabila Ruhainies memilih untuk berdamai. Namun, tindakan Janna memuat naik video penjelasan Michael itu menghangatkan semula isu berkenaan. Mengukuhkan lagi andaian itu apabila Janna menulis kapsyen yang dianggap memalukannya.[17][18]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2021 | Seandainya Kau Ada | Rozita | Filem pertama |
2022 | Roh 100 Hari | Amy | |
Musyrik - Api Neraka Menantimu! | Farah |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Terlanjur Cinta | TV9 | Drama pertama; Sebagai watak sampingan; Tidak dikreditkan | |
2015 | Si Montel | Unifi TV | ||
Hello, Mr. Perfect! | Alya Adriana/Nurul Ain | TV3 | ||
2015-2016 | Kifarah Mistik | Episod: "Panas" | ||
2016 | Menantu Ting Tong | Marsha | ||
Bagaikan Kelip-Kelip | Marlina | TV9 | ||
Jejak Karmila | Nonie | TV3 | ||
2017 | Menantu Bilal | Normala | ||
Kisah Dari Mekah | Astro Oasis | |||
Ketupat Rendang Brownies Coklat | Pemilik Butik | TV3 | Watak kameo | |
2018 | Tak Ada Cinta Sepertimu | Bella | Astro Ria | |
Cinta Lemon Madu | Haida | TV3 | ||
2019 | 3 Gadis Manis | Kirin | Astro Gempak | Musim ketiga |
Anugerah Cinta Aisyah | Aisyah | TV Okey | ||
Dapur Kita | Dian | TV3 | ||
2020 | Maaf Tak Indah | Zila | ||
Jangan Ambil Kerja Tuhan | Mia | TV2 | Episod: "Mereka Reka Neraka" | |
Lelaki Lingkungan Cinta | Dayana | TV3 | ||
2021 | Cukup Derita Itu | Ellani | ||
Wifi Sebelah Rumah | Mira | Disney Hotstar | ||
Kanvas | Kara | TV2 | ||
2022 | Sayang Tak Dikenang | Ayu Izhani | TV3 | |
Puteri Reunion | Rania | |||
2023 | Bintang | Iris | ||
Hikayat Pak Belalang | Puteri | Astro Ceria | ||
TBA | Keturunan | Azira | TV3 |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2015 | Sopeah Jin | Aishah | TV3 |
2016 | Karlisa | Karmila | |
Hello, Mr. Perfect! Raya | Alya Adriana/Nurul Ain | ||
Pujaan Malaya | Lisa | TV9 | |
Ayah Tak Pernah Kalah | |||
Bedah Motor | |||
Luna Elvira | Luna | ||
Cikgu Dina Pakai Prada | Cikgu Dina | ||
Menanti Awan | TV2 | ||
Jatuh Cinta Buta | Melissa | Astro Ria | |
2017 | Katakan Tidak Pada Cinta | Diyana | TV2 |
Cik Misi | Diana | TV9 | |
Topeng | TV1 | ||
Oops Terlajak Nikah | Astro Citra | ||
2018 | Ratu Kebaya Masuk U | Saleha Markonah | TV2 |
Uniknya Cinta | Miera | TV3 | |
Matilahnak | Hannah Delicious | Astro Citra | |
2019 | Salam Manis | Manis | TV2 |
Awek Mulut Tempayan | Shanti | TV Okey | |
2020 | Ara | Raudhah | TV3 |
Ustaz Rock | Amira | TV Okey | |
2021 | Diva Dari Jakarta | Ejot | Astro Citra |
Rumah Di Hujung Jalan | Arissa | TV1 | |
Legenda Puteri Felora | Puteri Felora | Astro Ceria |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Ketuk-Ketuk Ramadan | Dirinya sendiri | TV1 | Artis undangan |
2017 | Secawan Kopi | TV Okey | Pengacara | |
Fan Fanatik | Astro Ria | Sebagai peserta; Episod 3 | ||
2019 | Curi-Curi Ramadan | TV Okey | Pengacara | |
Senang Terhibur | TV3 | Artis undangan; Episod 4 (bersama Elly Mazlein dan W.A.R.I.S) | ||
Sepahtu Reunion Live (2019) | Dr. Izzati | Astro Warna | Artis undangan; Episod "Esok Belum Tentu Ada" | |
2020 | Sepahtu Reunion Live (2020) | Anne | Artis undangan; Episod "Bilik 808" | |
Warung Wak | Dirinya sendiri | Awesome TV | Artis undangan; Episod 4 (bersama kakaknya Risteena Munim); Musim 1 | |
2021 | Tok Kata | Artis undangan; Episod 5 | ||
Sembang Rawak | Artis undangan; Episod 2 (bersama Puteri Aishah) | |||
Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom | TV1 | Artis undangan; Episod 4 | ||
Sepahtu Reunion Live (2021) | Ruhil | Astro Warna | Artis undangan; Episod "Curang" |
Web drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Chor & Chah | Siti | SME Corp Web/YouTube | Drama pertama |
2018 | Chor & Chah 2 | |||
2022 | Sorry Naik Lori | Nadia | IQIYI | |
2024 | Terjerat |
Muzik video
[sunting | sunting sumber]Tahun | Lagu | Artis |
---|---|---|
2015 | "Sorry-Sorry Sayangku" | Nomad |
2016 | "Masih Cinta" | Kim Dong Gyun |
"Bukan Untukku" | Hyper Act | |
2017 | "Lebih Sempurna" | Syamel |
Siniar
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Studio Sembang | Dirinya sendiri | Youtube | Artis undangan; Episod: "Pi Mai Pi Mai Tang Tu"; Dihoskan oleh Amelia Henderson |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2016 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 | Antagonis Pilihan | Hello, Mr. Perfect! | Menang | [20][21] |
Pasangan Pilihan (bersama Fattah Amin) | Tercalon | ||||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 | Artis Baharu Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | ||
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Gandingan Serasi Drama Popular (bersama Zul Ariffin) | Wifi Sebelah Rumah | Tercalon | |
Watak Antagonis Popular | Maaf Tak Indah | Tercalon | |||
Anugerah Drama Sangat 2021 | Pelakon Antagonis Terbaik | Tercalon | |||
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Aktres TV Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Sudirman Mohd Tahir (7 Disember 2019). Ruhainies tak ambil peluang Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2020.
- ^ Norhayati Nordin (31 Disember 2019). Mahu watak mencabar Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2020.
- ^ Georgie Joseph (2 Februari 2019). Bukan artis tempelan Harian Metro. Dicapai pada 30 September 2019.
- ^ Biodata Nur Ruhainies Farehah Pelakon Hello Mr Perfect Melvister. 1 September 2015. Dicapai pada 27 September 2015.
- ^ Ardini Sophia Sina (6 Disember 2015). Ruhainies mula bina nama Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2016.
- ^ Zaidi Mohamad (19 April 2016) Populariti Ruhainies Mencanak Umpama Ekspres Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2024.
- ^ Wanita Berbadan Besar Perlu Tonton Drama 'Si Montel' mStar Online. 5 September 2015. Dicapai pada 27 September 2015.
- ^ HyppTV's new drama series 'Si Montel', makes its charm on HyppSensasi Telekom Malaysia. 5 September 2015. Dicapai pada 27 September 2015.
- ^ Rahsia Jodoh Ruhainies & Azrel Ismail Dalam Telemovie Katakan Tidak Pada Cinta Hiburan.us. 27 Februari 2017. Dicapai pada 28 Februari 2017.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (22 Oktober 2019). Dugaan terbesar Ruhainies Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (3 Februari 2020). Banyak main emosi Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2020.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (11 Januari 2018). Ruhainies kuatkan semangat. Harian Metro. Dicapai pada 26 Februari 2022
- ^ Gempak (11 Jun 2018). Wajah Persis Gadis Korea, Ruhainies Ganti Lee Kwang-soo Astro Awani. Dicapai pada 26 Februari 2022
- ^ Khai Hassan (3 September 2018). Ruhainies Selebriti Pertama Dipilih Menjadi Duta Produk Kecantikan Popular Korea Oh! Media. Dicapai pada 26 Februari 2022
- ^ Arifuddin Ishak (9 Mei 2017) "Jadi Duta Produk Orang Lebih Berduit". MStar. Dicapai pada 26 Februari 2022
- ^ Alif Fadli Bin Mohd Sori (10 Oktober 2021) “Ini tahun saya”. Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Februari 2022
- ^ a b c d e Ruhainies anggap Janna Nick tidak matang Farhana Ab Rahman. Berita Harian . Dicapai pada 23 April 2016.
- ^ a b c d ‘Perang’ Janna-Ruhainies terus hangat Zaidi Mohamad. Berita Harian . 24 April 2016. Dicapai pada 27 September 2016.
- ^ Kontroversi dengan Janna tak jejas tawaran berlakon Ruhainies. Astro Gempak. 1 Jun 2016. Dicapai pada 27 September 2016.
- ^ Budiey (19 Februari 2016). Senarai Penuh Pencalonan Malam Anugerah DFKL 2016 Budiey.com. Dicapai pada 4 Mac 2022.
- ^ Mohd Aizat Shamsuddin (19 Mac 2016). Drama Kau Aku Kita bolot 6 trofi -rangkap ke-6 Berita Harian. Dicapai pada 4 Mac 2022.