Pergi ke kandungan

Rudi Hartono

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rudi Hartono

Rudi Hartono Kurniawan (Hanzi: 梁海量, Nio Hap Liang; terjemahan fonetik nama Indonesianya ke bahasa Tionghoa: 哈托诺 Hatuonuo;lahir di Surabaya, Jawa Timur 18 Ogos 1949) merupakan pemain perseorangan badminton Indonesia. Beliau beragama Kristian Protestan dan berketinggian 175 cm. Rudi berkahwin dengan Jane Anwar pada 28 Ogos 1976 serta memiliki 2 orang anak yang bernama Christoper dan Christine. Beliau adalah anak ke-3 dan memiliki ayah yang bernama Zulkarnaen Kurniawan serta memiliki kakak kandung yang bernama Freddy Harsono dan Diana Veronica juga pemain badminton walaupun baru pada tingkat daerah. Adik-adik beliau bernama Jeanne Utami, Eliza Laksmi Dewi, Ferry Harianto, Tjosi Hartanto, dan Hauwtje Hariadi. Beberapa adik beliau pun ada yang menjadi pemain di peringkat daerah. Beliau terkenal kerana pencapaiannya yang menakjubkan dan menjadi rekod tersendiri sampai masa ini dengan menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England sebanyak 8 kali dan 7 kali diantaranya berturut-turut pada era 1960-an dan 1970-an serta menghantarkan pasukan kebangsaan badminton Indonesia juara Piala Thomas sebanyak 4 kali.Atas pencapaian itu, nama lelaki yang suka berdoa saat bertanding ini diabadikan dalam Guinness Book of World Records pada tahun 1982.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
  • Juara perseorangan putra Seluruh England delapan kali (1968, 1969, 1970, 1971, 1972, 1973, 1974, dan 1976):
  • 1968: Menang menewaskan Tan Aik Huang (Malaysia)
  • 1969: Menang menewaskan Darmadi (Indonesia)
  • 1970: Menang menewaskan Svend Pri (Denmark)
  • 1971: Menang menewaskan Muljadi (Indonesia)
  • 1972: Menang menewaskan Svend Pri (Denmark)
  • 1973: Menang menewaskan Christian (Indonesia)
  • 1974: Menang menewaskan Punch Gunalan (Malaysia)
  • 1975: Kalah dari Svend Pri (Denmark)
  • 1976: Menang menewaskan Liem Swie King (Indonesia)
  • 1978: Kalah dari Liem Swie King (Indonesia)
  • Juara bersama Tim Indonesia dalam Piala Thomas (1970, 1973, 1976 dan 1979)
  • Juara Dunia (1980)
  • Jepun Open (1981)
  • Ketua Bidang Pembinaan PB PBSI (1981-1985)

Aktiviti lain

[sunting | sunting sumber]
  • Atlit terbaik SIWO/PWI (1969 dan 1974)
  • IBF Distinguished Service Award 1985
  • IBF Herbert Scheele Trophy 1986 – penerima pertama
  • Honorary Diploma 1987 dari the International Committee's "Fair Play" Award

Alamat kediaman

[sunting | sunting sumber]

Taman Radio Dalam I/6, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan Telp 714000, 714565