Pergi ke kandungan

Rocambole

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran watak Rocambole lukisan Louis Bombled untuk edisi cetakan Jules Rouff 1908-1910.

Rocambole ialah watak detektif yang tampil dalam siri cerita setajuk karya Pierre Alexis Ponson du Terrail, seorang penulis Perancis. Kisah pertama yang menampilkannya ialah Les Drames de Paris : L'Héritage mystérieux yang dicetak dalam akhbar La Patrie di Paris, dia muncul dengan kisah sendiri sebagai watak utama atas permintaan ramai pembaca dalam Les Exploits de Rocambole yang mula terbit pada Oktober 1858.[1]

Penceritaan

[sunting | sunting sumber]

Rocambole seorang anak yatim yang hidup mengemis "suka mengejek, kurang ajar dan sudah bertabiat menggelapkan wang" yakni sebagai seorang pencuri jalanan;[2] dia ditahan masuk penjara tetapi berjaya loloskan diri dan menumpang perlindungan dalam sebuah kedai arak milik seorang wanita tua bernama Flipart.[3] Dia kemudiannya dikasihankan "Williams", seorang bangsa Perancis (nama sebenar: Andréa Felipone) yang terlibat dalam alam jenayah gelap British yang mengambilnya sebagai seorang anak didik.[4]

Senarai buku penampil

[sunting | sunting sumber]
  1. Le Morceau de Merde (1855)
  2. La Danse du Hobo (1856)
  3. Les Drames de Paris atau L’Héritage Mystérieux (1857)
  4. Le Club des Valets de Coeur (1858)
  5. Les Exploits de Rocambole (1858–59)
  6. Les Chevaliers du Clair de Lune (1860–62)
  7. La Résurrection de Rocambole (1865–66, himpunan 4 judul sebelumnya) di akhbar Le Petit Journal[5]
  8. Le Dernier Mot de Rocambole (1866–67) di akhbar Le Petit Presse[5]
  9. Les Misères de Londres (1867–68)
  10. Les Démolitions de Paris (1869)
  11. La Corde du Pendu (1870, tidak disiapkan)

Terjemahan

[sunting | sunting sumber]

Versi Tanah Melayu (kemudian bahasa Malaysia)

[sunting | sunting sumber]

Syed Sheikh Syed Ahmad Al-Hadi menerjemahkan beberapa judul dalam siri ini melalui terjemahan bahasa Arab di Mesir yang mula-mula diterbitkan dalam majalah al-Ikhwān tahun 1928 sebelum beralih ke majalah Saudara tahun 1929; kesemua kisah ini dibukukan Jelutong Press di George Town, Pulau Pinang.[6]

  • Cerita Rokambul dengan Puteri Russian yang 'Ashik.
  • Cerita Rokambul dalam Siberia
  • Cerita Rokambul dengan Perbendaharaan Hindi atau Peperangan di antara Kebajikan dengan Kejahatan dalam Kehidupan Manusia
  • Cerita Rokambul dalam Jail dan di-Paris
  • Cerita Rokambul dengan Korban Hindi
  • Cerita Rokambul dengan Medium Kaum Nor
  • Cerita Rokambul dengan Taman Penglipor Lara.[7]

Versi Hindia Belanda (kemudian bahasa Indonesia)

[sunting | sunting sumber]

Siri ini kemudian diterbitkan lagi di Batavia oleh Lie Kim Hok dalam tulisan rumi dari 1910-1913.[2]

  1. ^ Olivier-Martin 1979, halaman 109-10
  2. ^ a b Zaini-Lajoubert, Monique (2001). "Rocambole dalam Bahasa Melayu: Satu Kajian Awal". Sari. UKM. 19 (2001): 35–48.
  3. ^ L'Héritage mystérieux (edisi 2008), m/s. 628-9
  4. ^ ibid, m/s. 870
  5. ^ a b Olivier-Martin 1979, halaman 110
  6. ^ Roff 1974, halaman 460, 462
  7. ^ Za'ba 1940, halaman 154
Sumber
  • Olivier-Martin, Yves (1979). Histoire du roman populaire en France : de 1840 à 1980. Paris: Albin-Michel. m/s. 108–11. ISBN 2-226-00869-1.
  • Roff, William R. (1974). "The mystery of the first Malay novel". Bijdragen Tot de Taal-, Land- En Volkenkunde. 130 (4): 450–6.
  • Za'ba (Januari 1940). "Modern Developments (a chapter from A History of Malay Literature by R.O. Winstedt)". JMBRAS. XVII–III: 142–162.