Riizing
RIIZING | |
---|---|
Album mini oleh RIIZE | |
Dilancarkan pada | 17 Jun 2024 |
Tempat | Korea Selatan |
Genre | K-pop |
Panjang | 23:30 |
Bahasa | Bahasa Korea dan bahasa Inggeris |
Syarikat | |
Pengedar | Kakao Entertainment |
sunting · sunting di Wikidata |
Riizing ialah album mini pertama oleh kumpulan muzik lelaki Korea Selatan Riize. Dikeluarkan pada 17 Jun 2024 oleh syarikat SM Entertainment melalui Kakao Entertainment, album ini terdiri daripada lapan buah runut, termasuklah single utama "Boom Boom Bass" dan single prapelancaran "Talk Saxy", "Love 119", "Siren" dan "Impossible". Versi pakej semula khas album itu dengan judul Riizing: Epilogue telah dikeluarkan pada 4 September 2024 dengan penambahan single "Combo" untuk memperingati ulang tahun pertama kumpulan itu.
Latar belakang dan keluaran
[sunting | sunting sumber]Riizing
[sunting | sunting sumber]Pada 5 Mac 2024, SM Entertainment mengumumkan bahawa Riize akan memulakan jelajah konsert peminat Riizing Day mereka pada Mei 2024 dan melancarkan album mini pada suku kedua tahun itu.[1] Pada 3 April 2024, Riize menyiarkan poster jadual "Realtime Odyssey" yang mendedahkan tarikh keluaran album mini pertama mereka Riizing, single prapelancaran, promosi album dan kegiatan selanjutnya.[2] Pada 3 dan 18 April, kumpulan itu mengeluarkan lagu "Siren" dan "Impossible" sebagai single digital prapelancaran, diiringi dengan video muzik.[3][4] Pada 29 April, Riize mengeluarkan tiga lagi runut di perkhidmatan penstriman iaitu "Honestly", "9 Days" dan "One Kiss".[5] Pada 4 Jun 2024, kumpulan muzik itu mengeluarkan versi adun semula bagi lagu "Impossible" yang diterbitkan oleh DJ Perancis Darius.[6] Album mini Riizing dilancarkan secara rasmi pada 17 Jun 2024, bersama-sama dengan single utama "Boom Boom Bass" dan video muziknya.[7]
Riizing: Epilogue
[sunting | sunting sumber]Pada 2 September 2024, SM mengumumkan bahawa Riize akan mengeluarkan album pakej semula pertama mereka Riizing: Epilogue pada 4 September 2024, bersama-sama dengan single utamanya "Combo". Tarikh ini juga menandakan ulang tahun penampilan pertama kumpulan itu.[8]
Promosi
[sunting | sunting sumber]Riizing dipromosikan oleh kumpulan itu dengan jelajah konsert Riizing Day melalui 31 persembahan di 19 bandar di seluruh Asia dan Amerika Utara. Kesemua lagu daripada album mini itu dimasukkan dalam senarai lagu untuk konsert.[9]
Prestasi komersial
[sunting | sunting sumber]Riizing tampil pertama kalinya di kedudukan nombor 2 dalam Carta Album Circle Korea Selatan bagi keluaran carta bertarikh 16–22 Jun 2024 dengan 1,070,823 salinan telah terjual.[10]
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]Senarai runut Riizing | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
1. | "Boom Boom Bass" |
|
| PhD | 2:32 | |||||
2. | "Siren" | Bang Hye-hyun |
| Benjamin 55 | 2:27 | |||||
3. | "Impossible" "Mustahil" | Hwang Yu-bin (XYXX) |
| dwilly | 3:02 | |||||
4. | "9 Days" "9 Hari" | Bang Hye-hyun |
|
| 2:40 | |||||
5. | "Honestly" "Sejujurnya" | Park Ji-hyun (ARTiffect) |
|
| 3:14 | |||||
6. | "One Kiss" "Satu Ciuman" | Jo Yoon-kyung |
|
| 3:32 | |||||
7. | "Talk Saxy" "Cakap Saxy" | danke |
|
| 3:10 | |||||
8. | "Love 119" "Cinta 119" |
|
|
| 2:53 | |||||
Jumlah masa: 23:30 |
Senarai runut Riizing: Epilogue | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
1. | "Combo" "Kombo" | Kenzie |
|
| 3:39 | |||||
2. | "Boom Boom Bass" |
|
| PhD | 2:32 | |||||
3. | "Siren" | Bang Hye-hyun |
| Benjamin 55 | 2:27 | |||||
4. | "Impossible" "Mustahil" | Hwang Yu-bin (XYXX) |
| dwilly | 3:02 | |||||
5. | "9 Days" "9 Hari" | Bang Hye-hyun |
|
| 2:40 | |||||
6. | "Honestly" "Sejujurnya" | Park Ji-hyun (ARTiffect) |
|
| 3:14 | |||||
7. | "One Kiss" "Satu Ciuman" | Jo Yoon-kyung |
|
| 3:32 | |||||
8. | "Talk Saxy" "Cakap Saxy" | danke |
|
| 3:10 | |||||
9. | "Love 119" "Cinta 119" |
|
|
| 2:53 | |||||
Jumlah masa: 27:09 |
Kredit sampel
[sunting | sunting sumber]- "Love 119" mengandungi sampel daripada lagu "Emergency Room" (2005) oleh kugiran Korea Selatan, Izi.[11]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kim, Ji-hye (5 Mac 2024). "라이즈, 팬콘 투어 'RIIZING DAY' 개최..전세계 9개 지역" [Riize, jelajah konsert peminat 'RIIZING DAY' akan diadakan di 9 kawasan di seluruh dunia]. Herald Pop (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 29 Jun 2024.
- ^ Chin, Carmen (4 April 2024). "RIIZE announce first mini-album 'RIIZING', out in June" [RIIZE mengumumkan album mini pertama 'RIIZING', keluar pada Jun]. NME (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2024. Dicapai pada 29 Jun 2024.
- ^ Kang, Seon-ae (4 April 2024). "라이즈, 강렬 '사이렌' 울렸다...깜짝 공개에도 차트 1위 직행" [Riize, bunyi 'Siren' yang kuat...pelancaran mengejut tetapi terus nombor 1 di carta]. SBS Entertainment News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2024. Dicapai pada 30 Jun 2024.
- ^ Seon, Min-kyung (19 April 2024). "라이즈, 프롤로그 싱글 'Impossible'도 국내외 차트 1위" [Riize, single prolog 'Impossible' juga berada kedudukan nombor 1 di carta tempatan dan antarabangsa]. Osen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2024. Dicapai pada 30 Jun 2024.
- ^ Kang, Ka-hee (26 April 2024). "라이즈, 첫 미니앨범 'RIIZING' 수록곡 미리 만난다..29일 3곡 추가 공개" [Riize, pratonton lagu daripada album mini pertama 'RIIZING'… 3 lagu lagi akan dikeluarkan pada 29hb]. Herald Pop (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2024. Dicapai pada 30 Jun 2024.
- ^ Ko, Seung-ah (4 Jun 2024). "라이즈 '임파서블' 리믹스 버전 오늘 공개...여름밤 분위기" [Versi adun semula lagu Riize 'Impossible' dikeluarkan hari ini...suasana malam musim panas]. News1 (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2024. Dicapai pada 30 Jun 2024.
- ^ Kim, Sun-woo (17 Jun 2024). "라이즈, 오늘(17일) 첫 미니앨범 발매" [Riize, melancarkan album mini pertama hari ini (17hb)]. JTBC News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2024. Dicapai pada 30 Jun 2024.
- ^ Yoo, Ji-hye (2 September 2024). "라이즈, 데뷔 1주년 맞춰 4일 신곡 '콤보' 공개" [Riize mengeluarkan lagu baharu 'Combo' pada 4hb bersempena dengan ulang tahun pertama debut] (dalam bahasa Korea). Sports Dong-a. Dicapai pada 2 September 2024 – melalui Naver.
- ^ Kim, Soo-young (16 September 2024). "라이즈, 2만8000명과 팬콘 투어 '피날레'…"자랑스러운 아티스트 되겠다"" [Riize, jelajah konsert peminat 'Finale' dengan 28,000 orang..."Saya akan menjadi artis yang dibanggakan"]. The Korea Economic Daily (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2024. Dicapai pada 3 Oktober 2024.
- ^ "Album Chart – 2024 Weeks 25" [Carta Album – Minggu 25 2024]. Carta Circle (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2024. Dicapai pada 27 Jun 2024.
- ^ Yeo, Gladys (5 Januari 2024). "Rookie boyband RIIZE return with dreamy 'Love 119' music video" [Kumpulan lelaki baharu RIIZE kembali dengan video muzik ‘Love 119’ yang mengimpi]. NME. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Oktober 2024. Dicapai pada 29 September 2024.