Rifa'ah at-Tahtawi
Rifa'ah Rafi' at-Tahtawi رفاعة رافع الطهطاوي | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 27 Mei 1873 | (umur 71)
Kerakyatan | Mesir |
Pusat pendidikan | Universiti Al-Azhar |
Terkenal kerana | Modenisme Islam |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Penterjemahan, falsafah Islam |
Pengaruh | Hassan Al-Attar |
Dipengaruhi oleh | Muhammad Abduh, Rasyid Ridha[1][2][3] |
Rifa'ah Rafi' at-Tahtawi (Arab: رِفَاعَة رَافِع الطَّهطَاوِي, rumi: Rifā‘ah Rāfi‘ aṭ-Ṭahṭāwī , 15 Oktober 1801 – 27 Mei 1873) adalah seorang penulis, guru, dan juga intelek Mesir.[4]
Beliau merupakan pengajar di Universiti al-Azhar sebelum dihantarkan gurunya Hasan Al-Attar ke Perancis pada 1826 di mana beliau didedahkan kepada banyak perkembangan ilmu hayat, sejarah dan siasah yang maujud oleh masyarakat sana. Beliau mengasaskan sekolah Madrastul-Alsun pada 1853 yang menjadi tempat menerjemahkan banyak buku ilmiah Barat termasuk peperangan, kaji bumi dan tawarikh Barat ke dalam bahasa Arab;[5] sekolah tersebut kemudiannya digabungkan menjadi sebahagian dari Universiti Ain Syams.
Beliau dianggap antara tokoh utama dalam mencetuskan pencerahan dan kebangkitan ilmu moden dalam kalangan masyarakat dunia Arab bersama dengan Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Rasyid Ridha, Muhammad Iqbal, Muhammad Khatami dan Nurcholish Madjid[6] kerana peranannya mempermudahkan ilmu didapatkan masyarakat kebanyakan Mesir.[7] Gagasan pemikirannya adalah mendialogkan antara gagasan pemikiran barat yang saat itu dipengaruhi pemikiran modenisme dengan gagasan pemikiran Islam yang sering disebut sebagai Islah dilibatkan beberapa ulama seperti Muhammad Abduh.
Awal hayat
[sunting | sunting sumber]Rifa'ah at-Tahtawi lahir pada 15 Oktober 1801 M di kota Tahta, Mesir terletak di selatan tebing barat sungai Nil. Keluarganya dari kalangan bangsawan di mana ayahnya Rafi' at-Tahtawi datang dari keluarga keturunan Husain bin Ali sehingga bergelar Sayyid manakala ibunya Fatimah binti Shmada nak kepada Syeikh Ahmad Al-Farghali, seorang ulama keturunan suku Khazraj Madinah.[8]
Pada usia 4 tahun, keluarga Rifa'ah menjadi serba miskin dek perampasan semua harta mereka seiringan dasar percukaian khudaywi Muhammad Ali Pasya yang begitu tinggi demi membayar rugi peperangan hingga sangat membebankan lingkungan masyarakat Mesir-Sudan;[9][10] Rafi' memindahkan keluarganya ke Girga agar dapat bersama ibu bapanya saat Rifa'ah berusia dua belas tahun; mereka kemudiannya berpindah-randah ke Kota Qena dan Farsyut lalu akhirnya Rifa'ah memutuskan kembali ke Tahta untuk tinggal bersama seorang bapa saudara belah ibunya.[11] Pada ketika ini jugalah beliau mula menghafal ayat-ayat Al-Qur'an sampai khatam di Tahta pada usia 16 tahun.
Di Tahta, beliau mempelajari dalam-dalam banyak jurusan pendidikan agama seperti pelajaran fekah, akidah, nahu dan saraf bersama bapa saudara tersebut. Pada tahun 1817, Rifa'ah memutuskan untuk berangkat ke Kaherah untuk melanjutkan pengajian di Universiti al-Azhar; beliau diceritakan mengambil masa dua minggu berlayar ke hilir sungai Nil. Pada tahun sama keberangkatannya juga beliau mendapat khabar kematian ayahnya.[12]
Pendidikan di Al-Azhar
[sunting | sunting sumber]Pada masa awal pendidikannya di Al-Azhar, beliau sering merasa terkekang dan tertekan sehingga banyak kali berulang alik ke Tahta. Akan tetapi, beliau dapat membiasakan diri dengan semangat yang diapi-apikan hasil bimbingan banyak pensyarah seperti Al-Faddali,pengajar kitab Sahih Bukhari, Abdal Ghani Ad-Dimyati pengajar Tafsir al-Jalalain sertaSyaikh Ibrahim Al-Baijuri yang mengajarkan kitab Syarah Al-Asymuni.[13]
Pencapaiannya menarik perhatian dan sukacita Syaikh Hassan Al-Attar, rektor universiti tersebut[13][14][10] yang sering melakukan perjalanan ke negeri-negeri Lubnan dan Suriyah mempelajari berbagai bidang disiplin ilmu bahkan berhubung dengan dengan ilmuwan-ilmuwan Perancis yang serombongan Napoleon; interaksi dan pengalamannya memberi tanggapan yang meyakinkan bahawa dunia Islam mengalami kemunduran berbanding peradaban Barat, dan beliau menggalakkan Rifa'ah agar mengikuti jejak perjalanan ilmu seperti yang dialaminya.[15][16][17]
Rifa'ah lulus pengajiannya di al-Azhar pada 1821 selepas 5 tahun serta terus diberikan tauliah mengajar di Al-Azhar selama beberapa tahun.[18] Beliau menyertai angkatan tentera Khudawiyah Mesir sebagai seorang imam atas cadangan Al-Attar pada tahun 1824,[19] Al-Attar juga mencadangkannya mengambil biasiswa pengajian diraja kurniaan Muhammad Ali ke Perancis dua tahun kemudian;[20] beliau calon tunggal asal Mesir dari antara 144 calon terpilih.[21][19] Rifa'ah mempelajari bahasa Perancis di bawah didikan Masio Goomer ketika dia tiba di Kota Iskandariah.
Pelayaran ke Perancis
[sunting | sunting sumber]Perhentian pertamanya di Marseille untuk memahirkan diri lagi menguasai bahasa Perancis dalam waktu yang begitu singkat. Beliau mengambil peluang ni menerjemahkan buku-buku berbahasa Perancis ke bahasa Arab: buku terjemahan pertamanya membahas tentang ilmu metalurgi yang berjudul Mabadi’ al-‘Ulum al-Ma’daniyah (Prinsip-prinsip Ilmu Metalurgi).[22] Beliau berpindah menuju Paris tidak lama kemudian; di sana beliau melahirkan rasa kagum dengan kemajuan kota tersebut yang jauh tinggi kemewahan dan kecanggihjannya dari Mesir yang diabadikan dalam buku berjudul Takhlīs al-Ibriz fī Talkhīs Barīz.[23][24]
Beliau giat menerjemahkan hampir semua karya ilmiah bahasa Perancis dipetiknya dari ilmu hisab, ilmu falak, ketenteraan ke sejarah Eropah ke dalam bahasa Arab demi mempercepatkan sebaran pemikiran dan pengetahuan barat ke dunia Islam terutama Mesir supaya pembangunan peradaban di sana menjadi meningkat.[25][26] Beliau diketahui mengagumi Montesquieu dan Jean-Jacques Rousseau sehingga menerjemahkan karya De l'esprit des lois dan Du contrat social terkenal memasing..[26]
Pada tanggal 19 Oktober 1830, Rifa'ah mengambil ujian penilaian terjemahan terakhir di Paris; sebanyak dua belas buku hasil terjemahan beliau kesemuanya lulus.[27] Sama seperti lamanya ia kuliah di Al-Azhar, Rifa'ah menghabiskan waktu belajarnya di Perancis selama lima tahun. Dia akhirnya pulang ke Mesir pada tahun 1831.[23]
Kembalinya ke Mesir
[sunting | sunting sumber]Rifa'ah bekerja sebagai guru dan penerjemah di sekolah perubatan mukim Abu Za'bal yang didirikan pada tahun 1827. Dua tahun setelah bekerja di sana, beliau dipindahkan ke sekolah bedil di Turah pada tahun 1833 untuk menerjemahkan karya geometri dan ilmu ketenteraan.[23] Pada tahun 1834, beliau kembali mengunjungi Tahta tetapi tidak dapat keluar dari kota tersebut apabila suatu wabak penyakit melandata, dia menerjemahkan kitab bumi Conrad Malte-Brun yang dijadikan kurniaan kepada Muhammad Ali Pasya; baginda raja menaikkan pangkatnya sebagai kurniaan membalas budi.[28] Pada tahun 1837, Rifa'ah menjadi pengetua Sekolah Bahasa didirikan Ibrahim Efendi yang baharu sahaja dirombak sukatannya mengajarkan bahasa Arab, Turki, Perancis dan Itali.[29][30]
Usia tua Muhammad Ali Pasya menghidap gering jiwa memaksakan baginda digantikan dengan Abbas Pasya yang berpendirian jumud dan taksub,[31] serta mudah termakan seberapa ulama yang irihati kejayaan Rifa'ah malah menganggapnya berpemikiran sesat.[32] Abbas memaksa penutupan Sekolah Bahasa sambil mengarahkan Rifa'ah berpindah ke Khartum, Sudan untuk mengurus sebuah sekolah rendah kerajaan yang baru saja didirikan oleh pemerintah.[33][34]
Senja hayat
[sunting | sunting sumber]Muhammad Sa'id Pasya yang mengambil alih sebagai penguasa Mesir berikutan pembunuhan Abbas menarik Rifa'ah kembali ke Kaherah untuk bekerja di bawah jabatan kedutaan Eropah. Selain itu, beliau juga mengajar di sebuah maktab tentera di Haud Al-Marsud selama lima tahun sehingga ia ditutup. Beliau akhirnya berkarier untuk terakhir kalinya di departemen penerjemahan pada masa pemerintahan Ismail Pasha hingga akhir hayatnya.[32]
Rifa'ah meninggal dunia tidak lama selepas menghidap suatu penyakit pada tanggal 27 Mei 1873 berusia 72 tahun di Kaherah. Jenazahnya disembahyangkan pada esok harinya di masjid Al-Azhar serta dikuburkan di sebuah pemakaman keluarga yang letaknya tak jauh dari Universiti Al-Azhar.[35]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Quadri 2021, m/s. 113.
- ^ Ahmad 2019, m/s. 71–72.
- ^ Ibrahim, Mahmoud A. A. (26 April 2018). "Al-Tahtawi, Rifa'a (1801–1873) - Routledge Encyclopedia of Modernism". www.rem.routledge.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-29.
- ^ Iggers 2013, m/s. 88.
- ^ Gelvin, 133–134
- ^ Monshipouri 2011, m/s. 33.
- ^ Hill 2020, m/s. 58–59.
- ^ Hadi 2018, m/s. 21–22.
- ^ Vatikiotis 1991, m/s. 54–55.
- ^ a b Supardjo 1975, m/s. 64.
- ^ Hadi 2018, m/s. 23.
- ^ Hadi 2018, m/s. 24.
- ^ a b Heyworth 1939, m/s. 961–962.
- ^ Hadi 2018, m/s. 25–26.
- ^ Hadi 2018, m/s. 25.
- ^ Heyworth 1939, m/s. 962.
- ^ Hadi 2018, m/s. 25–26 dan 83.
- ^ Hadi 2018, m/s. 26.
- ^ a b Heyworth 1939, m/s. 963.
- ^ Hadi 2018, m/s. 26–27.
- ^ Quadri 2021, m/s. 128.
- ^ Hadi 2018, m/s. 27.
- ^ a b c Heyworth 1939, m/s. 964.
- ^ Hadi 2018, m/s. 30.
- ^ Heyworth 1939, m/s. 963–964.
- ^ a b Gelvin 2016, m/s. 153.
- ^ Hadi 2018, m/s. 28–29.
- ^ Heyworth 1939, m/s. 965.
- ^ Heyworth 1939, m/s. 965–966.
- ^ Hadi 2018, m/s. 29.
- ^ Thorne 1984, m/s. 8.
- ^ a b Heyworth 1939, m/s. 967.
- ^ "Rifāʿah Rāfiʿ al-Ṭahṭāwī | Egyptian scholar | Britannica". www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-12-18.
- ^ Hill 2020, m/s. 57.
- ^ Hadi 2018, m/s. 23–24.
Daftar pustaka
[sunting | sunting sumber]- Agusta, Fenny Melisa (2011). Nasionalisme Mesir (1798-1922) (PDF). Depok: Universitas Indonesia.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Ahmad, Lukman Kholil (2019). Peran Pemikiran Rifa'ah Al-Tahtawi Dalam Modernisasi Pendidikan Islam di Mesir 1831-1873 M (PDF). Jakarta: Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Dahlan, Juwairiyah (2011). Puisi Rifa’ah Thahthawi sebagai penyair, pembaharu pendidikan sosial Mesir: kajian analisis puisi Islam masa kebangkitan. Surabaya: IAIN Sunan Ampel Surabaya Press. m/s. 106–110. ISBN 978-602-98345-9-8.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Gelvin, James L (2016). The Modern Middle East: a History. Oxford University. ISBN 978-0195167894.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Gesink, Indira Falk (2009-11-30). Islamic Reform and Conservatism: Al-Azhar and the Evolution of Modern Sunni Islam (dalam bahasa Inggeris). Bloomsbury Publishing. ISBN 978-0-85773-693-2.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Gran, Peter (2020). The Persistence of Orientalism: Anglo-American Historians and Modern Egypt. Syracuse University Press. ISBN 9780815655084.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Hadi, M. Fazlurrahman (2018-07-09). Rifa’ah Thahthawi : Sang Pembaharu Pendidikan Islam (PDF) (dalam bahasa Indonesia). UMSurabaya Publishing. ISBN 978-602-5786-39-6.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Hadi, M. Fazlurrahman (2019). "Modernization Of Madrasa Policy In Egypt And Indonesia". Universitas Muhammadiyah Surabaya.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Heyworth-Dunne, J. (1939-06). "Rifā،ah Badawī Rāfi، aṭ-Ṭahṭāwī: The Egyptian Revivalist" (PDF). Bulletin of the School of Oriental and African Studies (dalam bahasa Inggeris). 10 (2): 399–415. doi:10.1017/S0041977X00087590. ISSN 1474-0699. Check date values in:
|date=
(bantuan) - Hill, Peter (2020-01-16). Utopia and Civilization in the Arab Nahda (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 978-1-108-49166-2.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Iggers, Georg G. dan Q. Edward Wang (2013). A Global History of Modern Historiography. Routledge.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Islahi, Abdul Azim (2012). "Economic Ideas of Rifa`ah al-Tahtawi". King Abdul Aziz University Journal (dalam bahasa Inggeris).CS1 maint: ref duplicates default (link)
- John L. Esposito, John J. Donohue (2007). Islam in Transition: Muslim Perspectives (PDF). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-517431-1.
- Maryanto, Edi, dkk (2018). Bunga Rampai Sejarah Pemikiran Dan Peradaban Islam. Yogyakarta: K-Media.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Massad, Joseph A (2008). Desiring Arabs (dalam bahasa Inggeris). University of Chicago Press. ISBN 9780226509600.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Monshipouri, Mahmood (2011-07-07). Muslims in Global Politics: Identities, Interests, and Human Rights (dalam bahasa Inggeris). University of Pennsylvania Press. ISBN 978-0-8122-0283-0.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Mukhibatul, Khoiro (2019). "Sejarah perjuangan Rifaah Al Tahtawi dan Muhammad Abduh di Mesir Tahun 1831-1905 M: studi komparatif pemikiran pembaharuan pendidikan Islam" (PDF). Universitas Islam Negeri Sunan Ampel.
- Mustahdi, dan Mustakim (2014). Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Kelas XI (PDF). Jakarta: Pusat Kurikulum Perbukuan, Balitbang, Kemdikbud. ISBN 978-602-282-403-9.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Selim, Samah (2019). Popular Fiction, Translation and the Nahda in Egypt. Springer International Publishing. ISBN 9783030203627.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Supardjo (1975). "RIFA'AH AL- TAHTAWI" (PDF). Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga. 13.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Quadri, Associate Professor of History and Director of Religious Studies Junaid; Quadri, Junaid (2021-03-12). Transformations of Tradition: Islamic Law in Colonial Modernity (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-007704-4.
- Thorne, John, ed. (1984). Chambers Biographical Dictionary. Edinburgh: Chambers. ISBN 0-550-18022-2.CS1 maint: extra text: authors list (link) CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Tripp, Charles (2006). Islam and the Moral Economy: The Challenge of Capitalism. Edinburgh: Cambridge University Press. ISBN 978-0-511-24198-7.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Vatikiotis, P.J (1991). The History of Modern Egypt: From Muhammad Ali to Mubarak. Baltimore: The Johns Hopkins University Press. ISBN 0-8018-4215-8.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Ziade, Jean Elizabeth Alford (1976). The Political Thought of Rifa'ah al-Tahtawi. Montreal: McGill University.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- أمين, حسين أحمد; الكرمة, دار (2019-04-19). المائة الأعظم في تاريخ الإسلام (dalam bahasa Arab). Al-Karma Books.