Republik pisang
Dalam sains politik, istilah republik pisang (Jawi: ريڤوبليک ڤيسڠ, bahasa Inggeris: banana republic ) menggambarkan entiti negara yang berkeadaan politik tidak stabil sambil bergantung penuh pada eksport produk sumber terhad seperti pisang atau mineral untuk menampung ekonominya. Negara-negara sedemikian mempunyai masyarakat sangat berstrata kelasnya - lazimnya suatu kelas pekerja miskin ditadbir suatu plutokrasi terdiri daripada golongan elit perniagaan, politik dan ketenteraan[1] yang mengeksploitasi buruh masyarakat ini untuk tujuan pertanian dan perladangan;[2] pengungkapan ini sering untuk tujuan mengkritik kediktatoran yang membenarkan pemergunaan ini dalam skala besar demi mendapatkan sogokan tertentu.[2]
Dalam konteks ekonomi pula, sesebuah negara yang diberi gelaran sebegini lazim diperhatikan ekonominya dijanakan kapitalisme negara yang mana negara ini dikendalikan seakan perusahaan komersial swasta untuk keuntungan eksklusif kelas pemerintah. Eksploitasi sebegitu dimungkinkan oleh pertembungan antara negara dan monopoli ekonomi yang disukai yang mana keuntungan, yang berasal daripada eksploitasi tanah awam secara peribadi, ialah milik peribadi, sedangkan hutang yang ditanggung olehnya ialah tanggungjawab kewangan perbendaharaan awam. Ekonomi yang tidak seimbang seperti itu tetap dibatasi oleh perkembangan ekonomi bandar dan negara yang tidak merata dan biasanya mengurangkan nilai mata wang negara menjadi wang kertas yang tidak bernilai lantas menjadikan negara itu tidak layak mendapat kredit pembangunan antarabangsa.[3]
Pengistilahan
[sunting | sunting sumber]Ide ini mula diungkapkan seorang penulis Amerika Syarikat abad ke-19 bernama William Sydney Porter atau nama penanya O. Henry (1862–1910) untuk menggambarkan latar tempat Republik Anchuria dalam buku Cabbages and Kings (1904);[4] buku ini merupakan himpunan cerita pendek berkongsi tema sama diilhamkan pengalamannya dalam persembunyian di sebuah hotel di Trujillo, Colón, Honduras selama enam bulan hingga Januari 1897 kerana diburu pihak A.S. atas dakwaan penggelapan wang dari sebuah bank.[5]
Idea ini turut dikukuhkan pada awal abad ke-20 dengan terbangunnya syarikat-syarikat multinasional Amerika Syarikat yang mengkhusus kepada perdagangan buah-buahan sambil mendapat sokongan daripada pemerintah negara tersebut seperti United Fruit Company[6][7] dan Cuyamel Fruit Company, di mana syarikat-syarikat ini mengusahakan pertanian yang begtitu mempergunakan serta memanipulasi keadaan politik, ekonomi dan sosial negara-negara Amerika Tengah seperti Honduras dan Guatemala.[8]
Tafsiran moden
[sunting | sunting sumber]Negara-negara yang memperoleh kemerdekaan daripada kuasa penjajah pada abad ke-20 dan ke-21 cenderung berkongsi ciri-ciri yang lazim digambarkan republik pisang kerana pengaruh syarikat swasta besar dalam politik mereka;[9] misalnya Maldives (syarikat peranginan)[10] dan Filipina (industri tembakau, kerajaan A.S. dan syarikat).[11][12]
Pada 14 Mei 1986, Bendahari Australia ketika itu, Paul Keating menyatakan bahawa Australia mungkin menjadi "republik pisang";[13] pernyataan ini telah menarik banyak komen dan kritikan[14][15][16] dan dilihat sebagai sebahagian daripada titik perubahan dalam sejarah politik dan ekonomi Australia.[17]
Pada abad ke-21 beberapa pengkritik menyebut Amerika Syarikat sebagai republik pisang,[18][19] dan hal ini ada dirujuk dalam judul buku Banana Republicans oleh Sheldon Rampton dan John Stauber. Pada Februari 2020, kolumnis Astro Awani, Karim Raslan menyifatkan Amerika Syarikat sudah pun menjadi sebuah republik pisang kerana pentadbiran Donald Trump memanggil Trump sebagai "penipu dan bigot" serta "mengicaukan" prinsip-prinsip negaranya menjadi sampah.[20]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Richard Alan White (1984). The Morass. United States Intervention in Central America (dalam bahasa Inggeris). New York: Harper & Row. ISBN 978-0-06091145-4. Dicapai pada 14 Mei 2016.
- ^ a b "Big-business Greed Killing the Banana (p. A19)". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 24 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 January 2013. Dicapai pada 24 Jun 2012 – melalui The New Zealand Herald.
- ^ Christopher Hitchens (9 Oktober 2008). "America the Banana Republic". Vanity Fair (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2012. Dicapai pada 24 Jun 2012.
- ^ O. Henry (1904). Cabbages and Kings (dalam bahasa Inggeris). Bandar New York: Doubleday, Page & Company. m/s. 132, 296.
- ^ Malcolm D. MacLean (Summer 1968). "O. Henry in Honduras". American Literary Realism, 1870–1910 (dalam bahasa Inggeris). 1 (3): 36–46. JSTOR 27747601.
- ^ Chapman, Peter (2009). Jungle capitalists : a story of globalisation, greed and revolution (dalam bahasa Inggeris). Edinburgh New York: Canongate. m/s. 6. ISBN 978-1847676863.
- ^ Big Fruit Diarkibkan 2017-03-13 di Wayback Machine, New York Times (dalam bahasa Inggeris)
- ^ Where did banana republics get their name? Diarkibkan 2017-08-17 di Wayback Machine, The Economist (dalam bahasa Inggeris)
- ^ Corr, Anders S.; Tacujan, Priscilla A. (Julai 2013). "Chinese Political and Economic Influence in the Philippines: Implications for Alliances and the South China Sea Dispute". The Journal of Political Risk (Pub by Corr Analytics Inc.) (dalam bahasa Inggeris). 1 (3). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2015. Dicapai pada 7 Januari 2015.
- ^ "Maldives election chaos fuels 'banana republic' fears". Asia One News (dalam bahasa Inggeris). 20 Oktober 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2014. Dicapai pada 19 Mac 2014.
- ^ Aquino, Tricia (3 Februari 2014). "Which public health policy in ASEAN is most susceptible to tobacco industry influence". Interaksyon (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2014. Dicapai pada 19 Mac 2014.
- ^ Philippines - Period of American influence (dalam bahasa Inggeris). UK. 2014. ISBN 978-1-59339-292-5. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2014. Dicapai pada 19 Mac 2014. Unknown parameter
|encyclopedia=
ignored (bantuan) - ^ Wikiquote:Paul Keating
- ^ Barton, Russell; Short, Michael (15 Mei 1986). "Keating gloom: $ falls". The Age (dalam bahasa Inggeris). Fairfax Media.
- ^ Cleary, Paul (17 Mei 1996). "What will we do when it's all been sold?". The Sydney Morning Herald (dalam bahasa Inggeris). Fairfax Media.
- ^ Cleary, Paul (13 Jun 1998). "If the economy's so good, how come the dollar's so bad?". The Sydney Morning Herald (dalam bahasa Inggeris). Fairfax Media.
- ^ Crotty, Martin; Andrew Roberts, David (2009). Turning Points in Australian History (dalam bahasa Inggeris) (ed. 1st). Sydney Australia: UNSW Press. m/s. 224–238. ISBN 978-1-921410-56-7.
- ^ Graham, David (10 Januari 2013). "Is the U.S. on the Verge of Becoming a Banana Republic?". The Atlantic (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Gabler, Neal (29 November 2017). "America the Banana Republic". billmoyers.com (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Karim Raslan (10 Februari 2020). "Amerika Syarikat telah menjadi sebuah Republik Pisang". Astro Awani. Astro. Dicapai pada 6 Jun 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- From Arbenz to Zelaya: Chiquita in Latin America – laporan video oleh Democracy Now!
- Cabbages and Kings – Buku cerpen O. Henry di mana beliau mencipta terma republik pisang (banana republic)
- The Banana Republic: The Myth of the United Fruit Company