ReactOS
ReactOS | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis sistem | Free operating system (en) , sistem pengendalian, Perisian bebas dan sumber terbuka dan pertubuhan bukan untung |
Keluarga sistem | Mirip Microsoft Windows (Mirip Windows NT) |
Pembangun | ReactOS Foundation |
Ditulis dalam | C, C |
Keadaan kerja | Alpha |
Model sumber | Sumber terbuka |
Keluaran awal | 0.0.7 / 20 Julai 1998 |
Keluaran terkini | 0.4.14 / 16 Disember 2021 |
Pratonton terkini | (daily) |
Tersedia dalam | Senarai bahasa Pelbagai bahasa
|
Sasaran pemasaran | PC |
Ciri teknikal | |
Kaedah pengemaskinian | Pemasangan semula |
Pelantar | |
Jenis inti | Hibrid |
Antara muka pengguna lalai | GUI (ReactOS Explorer) |
Lesen | GNU GPL, LGPL dan Lesen BSD[1] |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | ReactOS |
Blog | https://reactos.org/blogs/ |
Repositori | https://github.com/reactos/reactos |
sunting · sunting di Wikidata |
ReactOS ialah sebuah sistem pengendalian sumber terbuka yang dibangunkan oleh ReactOS Foundation. Tujuan ReactOS dibangunkan adalah untuk mewujudkan satu alternatif lain untuk sistem pengendalian Windows yang percuma, yang menyokong semua perisian dan perkakasan yang disokong oleh Windows. ReactOS direka bentuk serupa dengan Windows 2000 dan XP.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1996, sebelum ReactOS Foundation ditubuhkan, beberapa orang menubuhkan satu kumpulan bernama FreeWin95 yang bertujuan untuk menghasilkan sistem pengendalian yang serupa dengan Windows 95. Malangnya, usaha kumpulan ini tergendala kerana pelbagai perbincangan telah dijalankan tetapi tidak membawa sebarang hasil.
Pada hujung tahun 1997, projek tersebut tidak membuahkan sebarang hasil. Jason Filby, penyelaras projek tersebut, memanggil semua ahli asal FreeWin95 untuk memulakan semula projek itu. Kali ini, fokus diberikan kepada menghasilkan klon Windows NT. Kali ini, mereka menekankan kepada penulisan kod, bukan sekadar perbincangan panjang. Projek ini akhirnya dinamakan semula sebagai ReactOS dan dimulakan secara rasmi pada Februari 1998.[2]
Asal-usul nama
[sunting | sunting sumber]Projek FreeWin95 dinamakan semula sebagai ReactOS, kerana projek ini dimulakan kerana rasa tidak puas hati kepada Microsoft yang memonopoli pasaran sistem pengendalian.[2]
Sejarah versi
[sunting | sunting sumber]Versi | Tarikh pengeluaran | Informasi pengeluaran |
---|---|---|
0.2.0 | 2004-01-25 | Versi pertama dikeluarkan dengan GUI yang berfungsi |
0.2.2 0.2.5 |
2004-04-27 2005-01-02 |
Membaiki pepijat sahaja |
0.2.8 | 2005-10-29 | Pengesanan VMWare, penulisan semula CSRSS |
0.3.0 | 2006-08-27 | Versi pertama yang menyokong rangkaian komputer |
0.3.1 | 2007-03-10 | Pengurus program disertakan, permulaan penulisan semula kernel |
0.3.2 | dilangkau | Cabang dihasilkan tetapi tidak dikeluarkan |
0.3.3 | 2007-09-12 | Penambahbaikan kernel dan win32k |
0.3.4 | 2008-01-22 | Penulisan semula sokongan pendaftaran (registry support), klien remote desktop dan sokongan Plug 'N' Play |
0.3.5 | 2008-06-30 | Membaiki pepijat sahaja |
0.3.6 | 2008-08-06 | Sokongan RTL |
0.3.7 | 2008-11-04 | Penambahbaikan x86-64; MSVC, susunan (stacks) baru |
0.3.8 | 2009-02-04 | Pengenalan PSEH dan sokongan cakera keras dengan sekatan cakera pelbagai di dalam LiveCD |
0.3.9 | 2009-04-26 | Minimum 24MB RAM, pemetaan ruang hiper lebih pantas, sokongan awal bunyi |
0.3.10 | 2009-07-05 | Sokongan SATA awal, sokongan papan kekunci/tetikus USB, klon Paint, MSVC awal[3][4] |
0.3.11 | 2009-12-16 | Penulisan semula kdcom, tulisan Cina/Korea, pengemaskinian keserasian, penambahbaikan sistem bunyi |
0.3.12 | 2010-10-20 | Penulisan semula trap handler, penulisan semula pengurusan pemasa dan mesej, sokongan NMI, sokongan SxS, sokongan separa EMS |
0.3.13 | 2011-03-22 | Penulisan semula pengurus timbunan, sokongan SATA lebih baik, pembaikan isu-isu grafik [5] |
0.3.14 | 2012-02-07 | ACPI didayakan secara lalai, sokongan WiFi (WEP tak disulitkan)), sokongan tema, baru TCP / IP driver (LwIP), Keserasian MSVC, Scatter / Kumpulkan operasi DMA disokong, menulis ulang shell32[6] |
0.3.15 | 2013-05-30 | Sokongan USB untuk tetikus, papan kekunci, dan peranti penyimpanan; pengurusan sesi ditulis semula; Sokongan AHCI dengan dikemaskini driver UniATA; alternatif Modul Pengurusan ingatan ReactOS telah mengambil alih semua tanggungjawab pengurusan memori kecuali seksyen; sokongan awal untuk debugging komponen NT menggunakan windbg; penambahbaikan berdasarkan hasil daripada AutoHotKey fungsi aplikasi ujian rangkaian; Perbaikan bug berpandukan pada Driver Verifier pada beberapa pemacu dibundel[7] |
0.3.16 | 2014-02-06 | CSRSS menulis ulang; sokongan tema bertambah baik; rangkaian pemacu kad untuk RTL8139, membenarkan ReactOS untuk menyokong versi yang lebih baru dari QEMU di luar kotak[8] |
0.3.17 | 2014-11-05 | kemasukan NTVDM; perbaikan bug[9] |
0.4.0 | Masa depan pelepasan | Lebih banyak sokongan USB, explorer baru yang akan dilaksanakan sepenuhnya, rangkaian yang lebih baik dan pengguna persediaan wifi ramah, sokongan bunyi yang lebih baik |
Kunci:
Warna | Makna |
---|---|
Merah | Versi tidak lagi disokong |
Hijau | Versi terkini |
Biru | Versi akan datang |
Penggunaan
[sunting | sunting sumber]Sehingga versi 0.3.17, pereka ReactOS mengatakan bahawa sistem pengendalian ini masih dalam peringkat alpha, bermaksud ia masih tidak boleh digunakan sebagai sistem pengendalian yang digunakan setiap hari. [10]
Keperluan sistem
[sunting | sunting sumber]- x86 atau x86-64 pemproses serasi,[11] Pentium pemproses serasi atau kemudian
- 64 MB RAM (256 MB disyorkan)
- Cakera keras IDE / SATA sekurang-kurangnya 350 MB pada partisi utama
- FAT16 / FAT32 partisi bot utama
- 2 MB grafik VGA adaptor (VESA BIOS versi 2.0 atau kemudian)
- Pemacu CD-ROM
- Papan kekunci standar
- Tetikus USB, PS/2 tetikus serasi atau Microsoft Mouse-serasi tetikus bersiri
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "General Presentation". OS Revolution. Dicapai pada 2009-11-30.
- ^ a b c "What is ReactOS?". Dicapai pada 2013-06-23. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "history" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "ReactOS 0.3.10". OS Revolution. Dicapai pada 2009-12-09.
- ^ Holwerda, Thom (2009-07-06). "ReactOS 0.3.10 Released". OSNews. Dicapai pada 2009-12-09.
- ^ 0.3.13 - ReactOS
- ^ 0.3.14 - ReactOS, Reactos.org, dicapai pada February 10, 2014
- ^ 0.3.15 - ReactOS, Reactos.org, dicapai pada February 10, 2014
- ^ ReactOS 0.3.16 Released, Reactos.org, dicapai pada February 10, 2014
- ^ ReactOS 0.3.17 Released, Reactos.org, dicapai pada November 5, 2014
- ^ "About ReactOS". ReactOS Foundation. Dicapai pada 2011-10-25.
- ^ "Installing". ReactOS. January 20, 2014. Dicapai pada February 10, 2014.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.