Pergi ke kandungan

Ratu Ten Pin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ratu Ten Pin merupakan drama bersiri terbaharu terbitan JS Pictures Sdn Bhd pada tahun 2021 yang mengetengahkan tentang penceritaan sukan boling. Drama ini menampilkan lakonan pertama bekas atlet boling profesional negara iaitu Syaidatul Afifah yang memegang watak utama selepas persaraan beliau dalam sukan boling. [1]

Ratu Ten Pin
GenreDrama, Sukan
Ditulis oleh
Rozse Faisal

Chinta Adeesha

PengarahAzman Yahya (Jinggo)
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kuasa Juara" oleh KRU
Lagu penutup"Kuasa Juara" oleh KRU
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod16
Penerbitan
PenerbitSheila Rusly
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
JS Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal28 Jun 2021 – 22 Julai 2021

Mengisahkan tentang tiga wanita muda yang berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza, mengejar gelaran Ratu Tenpin Negara.

Walaupun datang dari keluarga berpendapatan rendah, zaman kanak-kanak Norma penuh dengan botol kaca kosong dan buah kelapa yang dijadikan sebagai alat permainan boling. Disebabkan selalu dan pandai bermain boling, dia dikenali sebagai pemain boling yang sangat berbakat di kalangan kawan-kawannya di kampung. Apabila sudah dewasa, dia berpindah ke Kuala Lumpur bersama sahabat baiknya dan mula bekerja untuk membantu keluarga dalam menampung perbelanjaan di kampung. Nasib Norma berubah apabila dia menjejakkan kakinya buat pertama kali di pusat permainan boling.

Reesz yang datang dari keluarga sederhana, dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Sebagai anak perempuan bekas juara boling, Maznah menaruh harapan tinggi agar Reesz mengikuti jejak langkahnya. Namun, Reesz lebih berminat dalam bidang reka bentuk grafik dan permainan mudah alih.

Di rumah, Reesz berhadapan dengan keganasan rumah tangga apabila bapanya masih sukar untuk menerima hobi ibunya dalam sukan boling sehingga merasakan dirinya diabai. Pergaduhan itu berlarutan sehingga melibatkan penderaan fizikal. Reesz membuat keputusan untuk belajar bermain boling untuk menggembirakan ibunya.

Dilatih secara professional, Sandra mempunyai pengalaman yang paling banyak di antara mereka bertiga dan pernah memenangi kejohanan boling bawah umur peringkat kebangsaan. Dibesarkan dalam gaya hidup serba mewah, dia sudah terbiasa untuk mendapatkan apa yang dia inginkan.

Dia merasakan yang dia berhak dipilih untuk skuad kebangsaan boling walaupun prestasinya tidak konsisten. Sikap dan agendanya yang tersembunyi ini boleh menjadi halangan untuk merosakkan prestasinya dalam skuad kebangsaan boling nanti.

Untuk memenangi gelaran “Ratu Ten Pin Negara” bukan lah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan. Ketiga-tiga wanita muda itu bertanding walaupun terpaksa berhadapan dengan konflik sendiri dalam masa yang sama.

  1. ^ Ratu Ten Pin. MyInfotaip.com. Dicapai 28 Jun 2021.