Ratatouille
Penampilan
Ratatouille niçoise | |
---|---|
Nama alternatif | Ratatouille niçoise |
Jenis | Stu |
Jenis sajian | Hidangan utama |
Tempat asal | Perancis |
Kawasan/rantau | Provence-Alpes-Côte d'Azur |
Bahan utama | Sayuran, (tomato, bebawang, zukini, terung, lada benggala), bawang putih, marjoram, adas, daun selasih atau salam dan taim |
Keragaman/variasi | Confit byaldi |
sunting · sunting di Wikidata |
Ratatouille [ʁatatuj; ra-ta-tui] (Occitan: ratatolha [ʀataˈtuʎɔ]) ialah suatu hidangan rendidihan sayuran menggunakan seberapa bahan asas termasuk tomato, bawang-bawang merah dan putih, terung, zukini dan lada benggala. Ia berasal dari kota Nice di kawasan Provençe, Perancis.[1]
Masakan ini boleh dihidangkan baik secara sejuk atau panas; ia boleh menjadi komponen asas yang dimakan bersama daging atau ikan ataupun boleh dimakan begitu sahaja dengan makanan ruji seperti nasi, kentang mahupun roti.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Ratatouille". Oxford English Dictionary (ed. ke-2). 1989.