Rashid Sidek
Rashid Sidek | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Maklumat peribadi | |||||||||||||||||
Nama timangan | Adul | ||||||||||||||||
Nama kelahiran | Abdul Rashid bin Mohd Sidek | ||||||||||||||||
Negara | Malaysia | ||||||||||||||||
Lahir | Banting, Selangor, Malaysia | 9 Julai 1968||||||||||||||||
Tinggi | 1.80 m (5 ka 11 in) | ||||||||||||||||
Berat | 68 kg (150 lb; 10.7 st) | ||||||||||||||||
Tahun aktif | 1986 - 2000 | ||||||||||||||||
Perseorangan lelaki | |||||||||||||||||
Ranking tertinggi | 1 (1997) | ||||||||||||||||
Rekod pingat
| |||||||||||||||||
Profil BWF |
Datuk Abdul Rashid bin Dato' Haji Mohd Sidek (nama singkatan: Adul; lahir 9 Julai 1968 di Kanchong Darat, Banting, Selangor) merupakan bekas pemain dan jurulatih badminton Malaysia.[1]
Karier
[sunting | sunting sumber]Beliau memenangi gelaran Terbuka Malaysia selama tiga tahun berturut-turut pada tahun 1990, 1991, dan 1992. Pada final Piala Thomas pada tahun 1992, beliau mengalahkan Ardy Wiranata untuk memberikan Malaysia mata pertama dalam kemenangan dramatik 3-2 ke atas musuh tradisi Indonesia - kejuaraan pertama yang dimenangi oleh Malaysia dalam 25 tahun, dan yang terakhir hingga hari ini. Pada tahun 1996, Rashid mara ke final All England sebelum tewas kepada Paul-Erik Hoyer Larsen dari Denmark. Beliau mencipta sejarah apabila memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Atlanta 1996, mengalahkan pilihan utama, Joko Suprianto dari Indonesia di suku akhir sebelum menewaskan juara dunia 1995 juga dari Indonesia, Heryanto Arbi, 5-15, 15-11, 15-6 untuk penentuan pingat gangsa.
Setelah bersara, Rashid berkhidmat sebagai jurulatih perseorangan kebangsaan dari tahun 2003 hingga 2015.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau merupakan anak bongsu daripada 5 adik-beradik Sidek yang semuanya terlibat dalam arena badminton antarabangsa. Rashid dan abang-abangnya mendapat pendedahan dan bimbingan mengenai sukan badminton daripada bapa mereka, Haji Mohd Sidek. Beliau ialah graduan Victoria Institution (kumpulan 1980-1986).[2]
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Sukan Olimpik
[sunting | sunting sumber]Perseorangan lelaki
Tahun | Venue | Lawan | Score | Result |
---|---|---|---|---|
1996 | GSU Sports Arena, Atlanta, United States | Hariyanto Arbi | 5–15, 15–11, 15–6 | Gangsa |
Piala Dunia
[sunting | sunting sumber]Perseorangan lelaki
Tahun | Venue | Opponent | Score | Result |
---|---|---|---|---|
1993 | Indira Gandhi Arena, New Delhi, India | Joko Suprianto | 9–15, 3–15 | Gangsa |
Sukan Asia
[sunting | sunting sumber]Perseorangan lelaki
Tahun | Venue | Opponent | Score | Result |
---|---|---|---|---|
1990 | Beijing Gymnasium, Beijing, China | Zhao Jianhua | 2–15, 5–15 | Gangsa |
Kejohanan Asia
[sunting | sunting sumber]Perseorangan lelaki
Tahun | Venue | Opponent | Score | Result |
---|---|---|---|---|
1991 | Cheras Indoor Stadium, Kuala Lumpur, Malaysia | Foo Kok Keong | 4–15, 15–11, 15–2 | Emas |
1992 | Cheras Indoor Stadium, Kuala Lumpur, Malaysia | Foo Kok Keong | 15–9, 15–3 | Emas |
Piala Asia
[sunting | sunting sumber]Perseorangan lelaki
Tahun | Venue | Opponent | Score | Result |
---|---|---|---|---|
1991 | Istora Senayan, Jakarta, Indonesia | Bambang Suprianto | 15–10, 15–11 | Emas |
1996 | Olympic Gymnasium No. 2, Seoul, South Korea | Luo Yigang | 18–14, 15–5 | Emas |
Sukan Sea
[sunting | sunting sumber]Perseorangan lelaki
Tahun | Venue | Opponent | Score | Result |
---|---|---|---|---|
1989 | Stadium Negara, Kuala Lumpur, Malaysia | Eddy Kurniawan | 10–15, 7–15 | Gangsa |
1991 | Camp Crame Gymnasium, Manila, Philippines | Joko Suprianto | 10–15, 9–15 | Gangsa |
1995 | Gymnasium 3, 700th Anniversary Sport Complex, Chiang Mai, Thailand | Ardy Wiranata | 11–15, 10–15 | Gangsa |
Sukan Komanwel
[sunting | sunting sumber]Perseorangan lelaki
Tahun | Venue | Opponent | Score | Result |
---|---|---|---|---|
1990 | Auckland Badminton Hall, Auckland, New Zealand | Foo Kok Keong | 15–8, 15–10 | Emas |
1994 | Victoria, British Columbia, Canada | Ong Ewe Hock | 15–6, 15–4 | Emas |
Beregu lelaki
Tahun | Venue | Partner | Opponent | Score | Result |
---|---|---|---|---|---|
1990 | Auckland Badminton Hall, Auckland, New Zealand | Cheah Soon Kit | Razif Sidek Jalani Sidek |
8–15, 8–15 | Perak |
Kejohanan Grand Prix Dunia IBF
[sunting | sunting sumber]Perseorangan lelaki
Tahun | Kejohanan | Lawan | Skor | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1990 | Terbuka Perancis | Foo Kok Keong | 11–15, 13–18 | Naib juara |
1990 | Terbuka Malaysia | Foo Kok Keong | 18–17, 15–6 | Juara |
1990 | Akhir Grand Prix Dunia | Eddy Kurniawan | 13–18, 15–9, 2–15 | Naib juara |
1991 | Terbuka Malaysia | Foo Kok Keong | 15–4, 15–5 | Juara |
1992 | Terbuka Malaysia | Thomas Stuer Lauridsen | 15–5, 15–7 | Juara |
1992 | Akhir Grand Prix Dunia | Alan Budikusuma | 15–9, 5–15, 15–7 | Juara |
1994 | Terbuka Malaysia | Joko Suprianto | 3–15, 5–15 | Naib juara |
1996 | Terbuka Taiwan | Dong Jiong | 11–15, 4–15 | Naib juara |
1996 | Seluruh England | Poul-Erik Høyer Larsen | 7–15, 6–15 | Naib juara |
1996 | Terbuka Jerman | Ong Ewe Hock | 15–11, 15–2 | Juara |
1999 | Terbuka Taiwan | Fung Permadi | 17–16, 6–15, 7–15 | Naib juara |
2000 | Terbuka Korea | Peter Gade | 11–15, 3–15 | Naib juara |
Kejohanan Antarabangsa IBF
[sunting | sunting sumber]Perseorangan lelaki
Tahun | Kejohanan | Lawan | Skor | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1995 | Terbuka Brunei | Jeffer Rosobin | 15–9, 15–3 | Juara |
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2002 | Cinta 200 Ela | Yazid | Filem pertama |
2021 | Olympic Dream | Dirinya sendiri | Penampilan khas |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2022 | Master in the House Malaysia | Dirinya sendiri/Master | TV3 |
Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]Honours of Malaysia
[sunting | sunting sumber]- Malaysia :
- Wilayah Persekutuan:
Dalam budaya masyhur
[sunting | sunting sumber]Anak-Anak Sidek
[sunting | sunting sumber]Rashid diperwatak sebagai Adul dalam komik dan siri televisyen animasi Anak-anak Sidek.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ https://www.thestar.com.my/news/community/2012/05/26/master-strokes-in-1992/
- ^ "Our Badminton Greats". www.viweb.freehosting.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-27. Dicapai pada 25 June 2016.
- ^ a b c "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-03-22.
- ^ "Seramai 335 terima darjah kebesaran sempena Hari Wilayah". Berita Harian. 1 February 2021. Dicapai pada 1 February 2021.
- ^ "Rashid, Soon Kit dapat gelaran Datuk". Berita Harian. 1 February 2021. Dicapai pada 1 February 2021.