Ramli M. S.
Ramli M.S. | |
---|---|
Kelahiran | Ramli bin Mohd Salleh 17 November 1958 |
Warganegara | |
Nama lain | Tok Ram |
Pekerjaan | Pemuzik, penggubah lagu, konduktor muzik, pelakon |
Tahun aktif | 1980–kini |
Ketinggian | 183 cm (6 ka 0 in) |
Pasangan |
|
Anak-anak |
|
Yang Hormat Dato' Ramli Mohd Salleh atau Ramli M. S. merupakan seorang pemuzik terkenal Malaysia dan merupakan bekas pengetua Akademi Fantasia musim ke-2 dan ke-6. Beliau dilahirkan pada 17 November 1958 di Geylang, Singapura, dan bertukar kerakyatan Malaysia pada tahun 1989. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ram tidak berpendidikan tinggi. Beliau hanya bersekolah sehingga darjah 6 sahaja berikutan masalah kesusahan hidup yang dialami sehingga menyebabkan Tok Ram mula bekerja sebagai buruh binaan seawal usia 8 tahun bagi membantu keluarga.
Dek kerana minat beliau terhadap bidang muzik, Tok Ram mula mempelajari ilmu muzik dengan bersungguh-sungguh pada usia 14 tahun melalui kaedah membaca dan bertanya pada insan-insan seni. Beliau mendapat pengalaman luas dalam bidang muzik di Hong Kong dan kini menetap dan berkarya di Malaysia.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau sangat terkenal dengan ketegasan dan disiplinnya semasa bekerja. Meskipun begitu, di luar waktu bekerja, keperibadian beliau lebih kepada seorang yang suka bergurau.
Pada tahun 1988, beliau melangsungkan perkahwinan bersama isteri pertamanya, Jennifer Thompson dan mereka berdua telah dikurniakan 2 orang anak iaitu Najee Ramli dan Nadiah Ramli. Namun usia perkahwinan mereka tidak panjang. Sepanjang tempoh menduda , Ramli pernah dikaitkan dengan penyanyi wanita seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Misha Omar.
Pada 18 Mac 2013, beliau telah menikahi penyanyi Datin Alyah di Indonesia tetapi merahsiakan perkahwinan mereka selama setahun lima bulan sebelum diketahui oleh media.[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Ramli mula bergerak aktif sebagai pemuzik sejak 1980an dengan bantuan dan dorongan bapa saudaranya, penerbit terkenal S. Atan. Penglibatannya sebagai pemuzik dan penggubah lagu untuk beberapa nama besar akhirnya menyerlahkan potensinya sebagai pengarah muzik. Ramli kerap bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Jamal Abdillah, Hetty Koes Endang, M. Nasir dan Sharifah Aini. Setelah beberapa kali mengiringi orkestra pimpinan Ooi Eow Jin, Ahmad Nawab dan Johari Salleh, kerjayanya sebagai pengarah muzik mula menyinar apabila diberi tanggungjawab mengemudi orkestra Anugerah Juara Lagu (AJL). Sebelum itu beliau telah beberapa kali mengetuai pancaragam di Anugerah Industri Muzik. Melalui penglibatannya di AJL, Ramli dilihat mampu menonjolkan kekuatan lagu-lagu yang bertanding sehinggakan khidmatnya diteruskan sehingga musim ke-29. Setelah itu Ramli juga berkhidmat untuk acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan pelbagai konsert artis Malaysia dan juga serantau. Antara konsert terkenal yang dijayakannya adalah Konsert Ikhlas 1992, Konsert Akar Manifestasi Akustika 1995, Malam Amal Karyawan 1994 yang menggabungkan 180 orang artis, Konsert Mega Siti Nurhaliza dan Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan Bersama Misha Omar yang juga merupakan konsert orkestra pertama setelah pandemik COVID-19.
Sebagai penerbit album, Ramli yang pada mulanya terlibat sebagai Pengarah Urusan LIFE Records banyak menerbitkan album-album berjilid dan pop Melayu untuk artis-artis naungan LIFE. Setelah itu beliau bertanggungjawab menaikkan jualan album-album bergenre dangdut dan komedi melalui penglibatan dalam album studio Salih Yaacob, Zaleha Hamid dan penyanyi Indonesia - Amigos. Namun menjelang era 90an, khidmat Ramli banyak digunakan oleh label-label antarabangsa seperti Sony Music, BMG, EMI dan Warner sekaligus menjadi tulang belakang pembikinan album-album artis terkenal. Antara artis yang pernah mendapatkan khidmat Ramli sebagai penerbit adalah Sharifah Aini, Hetty Koes Endang, Search, Awie, Ziana Zain, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor dan Misha Omar. Ramli mula kurang terlibat dalam rakaman album setelah menyelesaikan rakaman album untuk Misha kerana menganggap pembikinan album memakan masa yang cukup lama. Fokus beliau lebih terarah kepada pengarahan muzik secara langsung. Ramli tidak begitu dikenali sebagai pencipta lagu walaupun pernah menghasilkan beberapa buah lagu untuk penyanyi tempatan.
Pemilihan beliau memegang peranan sebagai Pengetua di Akademi Fantasia (musim 2) telah menyebabkan namanya menjadi sebutan ramai. Ramli asalnya terlibat sebagai pengkritik undangan pada musim pertama dan khidmatnya diperlukan sebagai tenaga pengajar di musim berikutnya dimana Ramli juga terlibat dalam menggubah lagu-lagu tugasan pelajar AF2. Program realiti itu hingga kini masih memegang rekod jumlah undian terbanyak pernah dikutip daripada mana-mana program televisyen realiti. Pun begitu, karekter Ramli yang garang juga menjadi buah mulut dan kritikan penonton. Ramli meneruskan sekali lagi tugas sebagai pengetua pada musim ke-6 dan bermula musim ke-11 hingga 13, Ramli dilantik sebagai pengkritik tetap. Beberapa nama peserta AF menjadi sinonim dengan kegarangan Ramli antaranya Mas Ghani (AF2), Nubhan Ahamad (AF6) dan Aman Aziz (AF11). Setelah dikritik hebat kerana kelantangannya terhadap Aman, Ramli mula memperlahankan rentaknya di musim-musim berikutnya, dan disebabkan itu juga Ramli mula menonjolkan sisi-sisi santainya di dalam program nnyanyi lain selepas itu. Antaranya beliau terlibat sebagai juri tetap untuk program realiti nyanyian veteran Kilauan Emas selama empat musim sebelum mempopularkan program nyanyian penyanyi rakaman / professional Gegar Vaganza yang masih bertahan kini sehingga 9 musim. Biarpun dilihat lebih ringkas dalam kritikannya, Ramli juga tidak terlepas daripada beberapa kontroversi melibatkan peserta Gegar Vaganza yang dilihat sebagai penyanyi profesional, dan bukan amatur seperti di AF. Antara artis yang mencetuskan polemik bersama Ramli adalah Ifa Raziah, Nora Ariffin, Elly Mazlein dan Noraniza Idris. Peranan beliau sebagai ketua juri membuktikan pengaruh beliau sangat besar terhadap industri rakaman dan penyiaran tempatan hingga dianugerahkan beberapa penghargaan khas bagi menghargai penglibatannya sebagai pemuzik dan penerbit. Ramli juga pernah memenangi 6 buah piala Anugerah Industri Muzik termasuk tiga kali memenangi kategori Susunan Muzik Di Dalam Lagu Terbaik.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2021 | Mat Bond Malaya | Ejen 3 | Penampilan khas |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1986-1992, 1999 | Anugerah Juara Lagu | Pemuzik (Strings/Keyboard) | TV3 | 1986-1992 dipimpin oleh Ooi Eow Jin; 1999 oleh Wah Idris |
1997-2007 | Anugerah Industri Muzik | Pengarah Muzik | ntv7 | |
2000, 2002–2015, 2022–2023 | Anugerah Juara Lagu | Pengarah Muzik | TV3 | |
2000–2013 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian | Pengarah Muzik | TV1, TV3 | |
2004 | Akademi Fantasia (musim 2) | Pengetua | Astro Ria | |
2006 | Ilham Komposer | Juri | RTM1 | |
2008 | Akademi Fantasia (musim 6) | Pengetua | Astro Ria | |
2010–2013 | Kilauan Emas | Juri | ||
2014 | Akademi Fantasia (musim 11) | Pengkritik Tetap | ||
2014–kini | Gegar Vaganza | Ketua Juri | ||
2015 | Akademi Fantasia (musim 12) | Pengkritik Tetap | ||
2016 | Gempak Superstar | Juri | ||
2016 | Akademi Fantasia (musim 13) | Pengkritik Tetap | ||
2020 | Sepahtu Reunion Live | Kameo | Astro Warna | Episod: "Dipenjara Kasih" |
2023 | Travel Lawak: Projek Bapak-bapak | Dirinya Sendiri | Bersama Jalaluddin Hassan, Roy Azman & Jatt | |
Travel Lawak: Projek Bapak-bapak (musim 2) |
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Penglibatan Sebagai Penerbit dan Penggubah Lagu
[sunting | sunting sumber]Album Rakaman
[sunting | sunting sumber]Nota: Senarai ini menamakan beberapa produksi terpilih sahaja dan tidak termasuk produksi yang melibatkan Ramli M.S. sebagai pencipta lagu
Tahun | Album Rakaman | Dikreditkan sebagai | Penyanyi Rakaman | Pemilik Hakcipta (Dalam kurungan adalah label ketika diterbitkan) | |
---|---|---|---|---|---|
Penerbit Rakaman | Penggubah Lagu | ||||
1986 | Pujaan Malindo [2] | Tidak | Ya | Noraniza Idris | LIFE |
Bila Rindu Ku Sebut Namamu [3] | Tidak | Ya | Siti Fairuz | Sony Music (PMC) | |
1988 | Untukmu [4] | Tidak | Ya | Jamal Abdillah | Warner Music |
Suara Hati [5] | Tidak | Ya | Dayangku Intan | ||
Kurnia [6] | Tidak | Ya | Jay Jay | ||
1989 | Perasaan [7] | Tidak | Ya | Dayangku Intan | |
Ranjau Kasih [8] | Tidak | Ya | Memories | Sony Music (PMC) | |
Asmara [9] | Tidak | Ya | Anita Sarawak | Universal Music (EMI) | |
1990 | Sejuta Rasa | Ya | Ya | Panca Sitara | LIFE |
Cintaku Tak Sehebat Rinduku [10] | Ya | Ya | Hetty Koes Endang | LIFE | |
Cinta Nan Satu [11] | Tidak | Ya | Anita Sarawak | Universal Music (EMI) | |
1991 | Duo Duo [12] | Ya | Ya | Ruhil Amani | LIFE |
Suka Sama Suka [13] | Tidak | Ya | Norzie Idris | Rock Records (Suara Cipta Sempurna) | |
1992 | Romantika Di Tampoi [14] | Ya | Ya | Salih Yaacob | LIFE |
Nostalgia Pilihan [15] | Ya | Ya | Hetty Koes Endang | LIFE | |
Koleksi Nostalgia Vol 3 [16] | Tidak | Ya | Wann | Rock Records (Suara Cipta Sempurna) | |
Noraniza Idris | Tidak | Ya | Noraniza Idris | Sony Music | |
Jangan Main-main (Sup Selipar) [17] | Ya | Ya | Salih Yaacob | LIFE | |
1993 | Roy [18] | Tidak | Ya | Roy Alwi | Universal Music (EMI) |
Dankdut Bang! [19] | Ya | Ya | Zaleha Hamid | LIFE | |
1994 | 2 Sahabat Lama [20] | Ya | Ya | Salih Yaacob dan Farid Harja | |
Hadirlah Kasih [21] | Ya | Ya | Hetty Koes Endang | Pony Canyon | |
Runut Bunyi Filem Panggilan Pulau [22] | Tidak | Ya | Ahmad Fauzee, Mariam Ahmad, Norli Ismail, Zalifah Ibrahim | Shaw | |
Disco-Dut [23] | Ya | Ya | Jalil Hamid, Adeq, Feeda | LIFE | |
Senandung Melayu Vol 2 [24] | Ya | Ya | Zaleha Hamid, Jatt Ali, Normadiah, Ann & Abdullah Chik | LIFE | |
1995 | Seraut Wajah Semerdu Suara | Ya | Ya | Sharifah Aini | Universal (EMI) |
Debaran [25] | Tidak | Ya | Nora Ariffin | Warner Music | |
Ramlah Ram [26] | Ya | Ya | Ramlah Ram | Sony Music (BMG/RCA) | |
Awie Live Unplugged [27] | Ya | Ya | Awie | ||
Dankdut Bang! Vol 2 [28] | Ya | Ya | Zaleha Hamid | LIFE | |
1996 | Selamanya | Ya | Ya | Sharifah Aini | Universal (EMI) |
Unplugged [29] | Tidak | Ya | Ziana Zain | Sony Music (BMG/RCA) | |
O-Tak [30] | Ya | Ya | Awie | ||
Kembali Merindu [31] | Ya | Ya | Slam | ||
Senandung Kenangan Silam [32] | Ya | Ya | Hetty Koes Endang | Pony Canyon | |
1997 | Puncak Kasih [33] | Tidak | Ya | Ziana Zain | Sony Music (BMG/RCA) |
Kenangan [34] | Ya | Ya | September 5 | Suria Records | |
Simfoni Gemilang [35] | Ya | Ya | Ramli M.S. & Shanghai Symphony Orchestra | LIFE | |
1998 | Yayadan | Ya | Ya | Sharifah Aini | Universal (EMI) |
Sekeping Cinta Sehampar Janji [36] | Ya | Ya | Ramlah Ram | Sony Music (BMG/RCA) | |
Samrah [37] | Ya | Ya | Jamal Abdillah | Warner Music | |
Melayu Deli Vol 2 [38] | Ya | Ya | Yusni Hamid, Zaleha Hamid, Jatt Ali, Aslinah Ismail, R.Ismail | LIFE | |
1999 | 風一樣的男子 [39] | Tidak | Ya | Daniel Chan | Universal Music Taiwan |
Konsert Live [40] | Tidak | Ya | Siti Nurhaliza | Suria Records | |
走過1999 [41] | Tidak | Ya | Jacky Cheung | Universal Music Taiwan | |
2000 | Sejernih Airmata [42] | Tidak | Ya | Martinie Kamsa | Sony Music (BMG) |
Seribu Mawar [43] | Ya | Ya | Sharifah Aini | Universal (EMI) | |
Pijar Kasmaran [44] | Ya | Ya | Ukays | Sony Music (BMG) | |
Akar & Bumi | Tidak | Ya | Amuk | Universal (EMI) | |
Real & Reality [45] | Ya | Ya | XPDC | LIFE | |
2001 | Perjalanan Seni [46] | Tidak | Ya | SM Salim dan Malaysian Philharmonic Orchestra | Warner Music |
Rockestra [47] | Tidak | Ya | Search | Sony Music (BMG/RCA) | |
Maria [48] | Tidak | Ya | Joe Radzwill | Warner Music | |
Aku Cintakan Mu [49] | Ya | Ya | Ziana Zain | Sony Music (BMG/RCA) | |
Ratu Sanubari | Ya | Ya | Saleem | Warner Music | |
Konsert Mega [50] | Ya | Ya | Siti Nurhaliza | Suria Records | |
2002 | Sanggar Mustika [51] | Ya | Ya | ||
Konsert Salam Terakhir Untukmu Sudir [52] | Ya | Ya | |||
2003 | Syahdu | Ya | Ya | Sharifah Aini | Universal (EMI) |
Sekarang Dah Jadi [53] | Tidak | Ya | SM Salim | Warner Music | |
Un-Metal II [54] | Tidak | Ya | XPDC | LIFE | |
2005 | Aku Penghibur | Ya | Ya | Jamal Abdillah | Warner Music |
Gemilang | Ya | Ya | Jaclyn Victor | Sony Music | |
2008 | Misha Omar | Ya | Ya | Misha Omar | |
2011 | Dia..Misha | Ya | Ya | Misha Omar |
Penglibatan Sebagai Penulis Lagu
[sunting | sunting sumber]Lagu | Regu Penulisan (Lirik/Melodi) | Tahun | Penyanyi | Label |
---|---|---|---|---|
"Ucapan Kasihmu" [55] | Habsah Hassan | 1986 | Salamiah Hassan | Sony Music (CBS) |
"Anak Manja" [56] | Habsah Hassan | 1986 | Salamiah Hassan | Sony Music (CBS) |
"Hati" [57] | Juwie | 1989 | Anita Sarawak | Universal (EMI) |
"Seribu Luka Di Hati" [58] | Juwie | 1989 | Anita Sarawak | Universal (EMI) |
"Hati-Hati" [59] | Seri Bayu | 1990 | Anita Sarawak | Universal (EMI) |
"Kau Diciptakan Bukan Untukku" [60] | Juwie | 1991 | Endang S. Taurina | LIFE |
"Pergilah" [61] | Amir Man | 1991 | Endang S. Taurina | LIFE |
"Duka Rindu" [62] | Lukhman S | 1992 | Noraniza Idris | Sony Music |
"Bangkit Bersama" [63] | n/a | 2017 | Dayang Nurfaizah | Indigital |
Penglibatan Sebagai Pemuzik
[sunting | sunting sumber]Konsert/Persembahan
[sunting | sunting sumber]Konsert | Peranan | Tahun | Penyanyi | Lokasi |
---|---|---|---|---|
"Konsert Hijau" [64] | Pengarah Muzik, Pemuzik | 1991 | Zainalabidin | Life Centre, Kuala Lumpur |
"Konsert Live Hetty" [65] | Pengarah Muzik, Pemuzik | 1991 | Hetty Koes Endang | Life Centre, Kuala Lumpur |
"Konsert Ikhlas" [66] | Pemuzik | 1992 | R.A.P '92 - Zainalabidin, Sheila Majid, Zubir Ali, Amir Warren, Afdlin Shauki dan SM Salim | Stadium Merdeka, Kuala Lumpur |
"Konsert Jelajah Aishah -Pesta Muzik Salem" [67] | Pengarah muzik | 1993 | Aishah | 6 Lokasi - Pulau Pinang, Ipoh, Shah Alam, Kuala Lumpur, Seremban dan Johor Bahru |
"Malam Karyawan '94" [68][69] | Pengarah Muzik | 1994 | Pelbagai artis | Stadium Shah Alam, Selangor |
"M. Nasir Crossing UK" [70] | Pengarah Muzik, Pemuzik | 1994 | M. Nasir | London, United Kingdom |
"Konsert Akar Manifestasi Akustika" [71] | Pengarah Muzik, Pemuzik | 1995 | M. Nasir | Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur |
"Konsert Awie Live Unplugged" [72] | Pengarah Muzik, Pemuzik | 1995 | Awie | Life Centre, Kuala Lumpur |
"Konsert Ziana Zain Unplugged" [73] | Pengarah Muzik, Pemuzik | 1996 | Ziana Zain | Life Centre, Kuala Lumpur |
"Konsert Grand Slam Unplugged" [74] | Pengarah Muzik, Pemuzik | 1996 | Slam | Stadium Negara, Kuala Lumpur |
"Konsert Live Sharifah Aini" [75] | Pengarah Muzik, Pemuzik | 1996 | Sharifah Aini | Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur |
"Konsert Simfoni Gemilang " [76] | Pengarah Muzik | 1996 | Ramli MS dan The Shanghai Symphony Orchestra | Stadium Negara, Kuala Lumpur |
"Konsert Live Siti Nurhaliza" [77] | Pengarah Muzik | 1999 | Siti Nurhaliza | Stadium Putra, Bukit Jalil (Axiata Arena) |
"Konsert Bersama Erra Fazira" | Pengarah Muzik | 1999 | Erra Fazira | Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur |
"Konsert Di Pinggir Kayangan" [78] | Pengarah Muzik, Pemuzik | 2000 | Sharifah Aini | Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur |
"Konsert Siti Nurhaliza Live in Singapore" [79] | Pengarah Muzik | 2000 | Siti Nurhaliza | Harbour Pavilion, Singapura |
"Konsert Live Jamal Abdillah" | Pengarah Muzik | 2001 | Jamal Abdillah | Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur |
"Konsert Perjalanan Seni SM Salim" [80] | Pengarah Muzik, Pemuzik | 2001 | SM Salim dan Malaysia Philharmonic Orchestra | Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur |
"Konsert Mega Siti Nurhaliza" [81] | Pengarah Muzik | 2001 | Siti Nurhaliza | Stadium Putra, Bukit Jalil (Axiata Arena) |
"Konsert Ziana Zain On The Park" | Pengarah Muzik | 2001 | Ziana Zain | Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur |
"Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir" [82] | Pengarah Muzik | 2002 | Siti Nurhaliza | Istana Budaya, Kuala Lumpur |
"Konsert Sang Pencinta" [83] | Pengarah Muzik, Pemuzik | 2006 | M. Nasir | Istana Budaya, Kuala Lumpur |
"Konsert Keunggulan Francissca Peter" [84] | Pengarah Muzik | 2011 | Francissca Peter | Istana Budaya, Kuala Lumpur |
"Konsert Gemilang 2012" [85] | Pemuzik Jemputan | 2012 | Jamal Abdillah | Dewan Plenary, Pusat Konvensyen, Kuala Lumpur |
"Konsert 5 Divo" [86] | Pengarah Muzik | 2016 | Afgan, Judika, Hafiz Suip, Hazama Azmi dan Taufik Batisah | Stadium Malawati, Shah Alam |
"Konsert The Musical Journey of Zainalabidin" [87] | Pengarah Muzik | 2017 | Zainalabidin | Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur |
"Konsert Komedi" [88] | Pengarah Muzik | 2017 | Senario, Afdlin Shauki, Shiro, Nabil Ahmad, AC Mizal, Hans Isaac, Awie, Bocey, Zero, Sepahtu | Auditorium MBSA, Shah Alam |
"Konsert Bangkit Bersama - Sukan SEA 2017" [89] | Pengarah Muzik | 2017 | Pelbagai artis | Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur |
"Konsert Dua Diva" [90] | Pengarah Muzik | 2018 | Aishah dan Liza Hanim | Esplanade, Singapura |
"This Is Misha..Live at DFP 2019" [91] | Pengarah Muzik | 2019 | Misha Omar | Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur |
"Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) bersama Bintang: Misha Omar" [92] | Pengarah Muzik | 2021 | Misha Omar | Istana Budaya, Kuala Lumpur |
"Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang" [93] | Pengarah Muzik | 2022 | Hetty Koes Endang | Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur |
"Konsert Cakra Khan A Decade Live in Kuala Lumpur" [94] | Pengarah Muzik | 2023 | Cakra Khan | Dewan Plenary, Pusat Konvensyen, Kuala Lumpur |
Album Rakaman
[sunting | sunting sumber]Kredit bersama S. Atan
[sunting | sunting sumber]Di awal pembabitan, Ramli menjadi pemuzik sambilan di bawah kelolaan bapa saudaranya, S. Atan sejak usia 17 tahun ketika di Singapura. Sebelum pelaksanaan undang-undang royalti MACP di Malaysia, nama Ramli kerap termasuk di dalam kredit bersama bapa saudaranya itu [95].
Album (Lagu) | Instrumen | Tahun | Penyanyi | Label |
---|---|---|---|---|
"Hatiku Kecewa" (lagu "Hatiku Kecewa", "Dewi Cinta", dan "Oh Durian") [96] | Bass | 1975 | Jeffrydin dan Aida Ahmad | Parlophone |
"Perasaan Remaja" (lagu "Rintihan Dara" dan "Perasaan Remaja") [97] | Bass | 1976 | Julie Remie | Universal (EMI) |
"Engkau Sinar Hidupku" (lagu "Menari Bersama", "Kehilangan Dewi Ilhamku", "Tetap Ku Nanti" dan "Bahgia Akhirnya") [98] | Bass, Gitar | 1977 | Julie Remie | Universal (EMI) |
"Sindir Sindir Sayang" (lagu "Sindir Sindir Sayang", "Joget Hati Jujur", "Relaks" dan "Bila Rindu") [99] | Bass, Gitar | 1977 | Black Dog Bone | Tony Wong Company |
"Kabus" (lagu "Aku Setia Padamu", "Bila" , "Ku Berikan Kasih" dan "Terkenang Padamu") [100] | Bass, Gitar | 1977 | Hail Amir | Universal (EMI) |
"Hanya Nyanyian" (lagu "Joget Bunga Melati") [101] | Bass, Percussion | 1977 | Halil Chik | Universal (EMI) |
"Si Gadis Ayu" (semua) [102] | Bass, Gitar, Clarinet | 1978 | Black Dog Bone | Universal (EMI) |
"Untok Mu Sayang" (semua) [103] | Bass, Gitar, Clarinet, Percussion | 1978 | Trio Manja | Universal (EMI) |
"Selamat Hari Raya" (semua termasuk "Lenggang Mak Limah") [104] | Bass, Gitar, Clarinet, Percussion | 1978 | Halil Chik dan Trio Manja | Universal (EMI) |
"Khayalan" (semua termasuk "Khayalan") [105] | Back up for bass, gitar, clarinet, percussion | 1978 | Black Dog Bone | Universal (EMI) |
"Cinta Mu" (semua) [106] | Bass, Percussion | 1978 | Halil Chik | Universal (EMI) |
"Tiada Yang Kekal (Melainkan Allah)" (semua) [107] | Bass, Drums, Percussion | 1978 | Al Hidayah | Universal (EMI) |
Kredit Persendirian
[sunting | sunting sumber]Album (Lagu) | Instrumen | Tahun | Penyanyi | Label |
---|---|---|---|---|
"Kristal" (lagu "Jangan Kau Rayu", "Cinta Kristal", "Hipokrasi" dan "Jumpa Sekali Lagi") [108] | Keyboard | 1987 | Rahim Maarof | Sony Music (CBS) |
"Dari Pancaran" (semua) [109] | Keyboard | 1987 | Pelangi | LIFE |
"Kali Pertama" (lagu "Tiada") [110] | Keyboard | 1988 | Fairuz Hussein | Sony Music (CBS) |
"Harapan" (semua) [111] | Keyboard | 1988 | Francissca Peter | Warner Music |
"Suara Hati" (semua) [112] | Keyboard | 1988 | Dayangku Intan | Warner Music |
"Kurnia" (semua) [113] | Keyboard, Percussion | 1988 | Jay Jay | Warner Music |
"Suara Cinta" (semua) [114] | Piano | 1989 | Illusi | Antartika |
"Perasaan" (semua) [115] | Keyboard | 1989 | Dayangku Intan | Warner |
"Perasaan" (semua) [116] | Keyboard | 1989 | Moses Vadham | Suria Records |
"Cintaku Tak Sehebat Rinduku" (semua) [117] | Keyboard, Synth | 1990 | Hetty Koes Endang | LIFE |
"Bersama" (semua) [118] | Keyboard | 1990 | Jay Jay | Warner Music |
"Mawar Terpinggir" (semua) [119] | Keyboard, Programming | 1992 | Francissca Peter | Warner Music |
"Cahaya" (semua) [120] | Keyboard | 1992 | Dayangku Intan | Warner Music |
"Noraniza Idris" (semua) [121] | Keyboard, Akordian | 1992 | Noraniza Idris | Sony Music |
"Nash '92" (semua) [122] | Keyboard | 1992 | Nash Elias | Warner Music |
"1" (lagu "Satu") [123] | Keyboard | 1992 | SM Salim dan Zainalabidin | Warner Music |
"Nostalgia Pilihan" (semua) [124] | Keyboard, Programming | 1992 | Hetty Koes Endang | LIFE |
"Koleksi Nostalgia Vol 3" (semua) [125] | Keyboard | 1992 | Wann | Rock Records (Suara Cipta Sempurna) |
"Khazanah Dari Malaya" (semua) [126] | Keyboard | 1992 | Ayati Tasrip | Rock Records (Suara Cipta Sempurna) |
"Jangan Main-main (Sup Selipar)" (semua) [127] | Keyboard | 1992 | Salih Yaacob | LIFE |
"Nostalgia Aidilfitri Vol 2" (semua) [128] | Keyboard, Akordian, Mandolin | 1993 | Wann | Rock Records (Suara Cipta Sempurna) |
"Seniman Sepanjang Zaman" (lagu "Tunggu Sekejap") [129] | Keyboard | 1993 | Ahmad Nawab | Universal (Nawab Production/EMI) |
"Dankdut Bang!" (semua) [130] | Keyboard, Programming | 1993 | Zaleha Hamid | LIFE |
"Amigos" (lagu "Menaruh Harapan" dan "Sri Kandi Kasih") [131] | Keyboard, Programming | 1993 | Amigos | Denoris |
"Impiana" (lagu "Murni" dan "Rentak Orang Berdua") [132] | Keyboard, Akordian | 1993 | Ayati Tasrip | Rock Records (Suara Cipta Sempurna) |
"Canggung Mendonan" (lagu "Mentera Semerah Padi") [133] | Akordian | 1993 | M. Nasir | Sony Music (BMG) |
"Slam" (lagu "Endless", "Leka Yang Lama", "Semoga Kau Mengerti") [134] | Keyboard | 1994 | Slam | Sony Music (BMG/JSP) |
"Cahaya" (lagu "Itu Ini") [135] | Akordian | 1994 | Sheqal | Sony Music (BMG) |
"Asli" (semua) [136] | Akordian | 1994 | Nash Elias | Warner Music |
"Nona Manis" (semua) [137] | Keyboard | 1994 | Nona Manis | Rock Records (Suara Cipta Sempurna) |
"Nona Manis" (semua) [138] | Keyboard | 1994 | Nona Manis | Rock Records (Suara Cipta Sempurna) |
"Ramlah Ram" (lagu "Sabarmu Terlalu Tipis" dan "Rindu Yang Ku Simpan") [139] | Keyboard | 1995 | Ramlah Ram | Sony Music (BMG) |
"Setia Ku Di Sini" (lagu "Tiada Kepastian", "Tuduhan" dan "Kini Ku Mengerti") [140] | Keyboard | 1995 | Ziana Zain | Sony Music (BMG) |
"Mamat" (semua) [141] | Strings, Piano, Synth | 1995 | Mamat | Jojo |
"Man Bai" (lagu "Sebenarnya") [142] | Akordian | 1995 | Man Bai | Warner Music |
"Bisa Berbisa" (semua) [143] | Akordian, Piano, Frame Drum | 1995 | Ukays | Sony Music (BMG) |
"O-Tak" (lagu "Nostalgia Cinta") [144] | Keyboard, Strings | 1996 | Awie | Sony Music (BMG) |
"Bila Hatiku Rindu" (semua) [145] | Keyboard | 1996 | Melati | Jojo |
"Kulit" (semua) [146] | Keyboard | 1996 | Kulit | HSP |
"Percaya" (lagu "Percayalah" dan "Tari Pujangga") [147] | Keyboard, Akordian, Programming | 1997 | Ruhil Amani | Gong Klasik |
"Simfoni Gemilang" (semua) [148] | Akordian | 1997 | Ramli M. S. dan Shanghai Symphony Orchestra | LIFE |
"Mata" (semua) [149] | Akordian | 1997 | Jalil Hamid | Pony Canyon |
"Puncak Kasih" (lagu "Berpisah Jua" dan "Terlerai Kasih") [150] | Strings, Piano, Keyboard | 1997 | Ziana Zain | Sony Music (BMG) |
"Berkat" (lagu "Pulanglah", "Puasa dan Raya", dan "Syahdu Di Hari Lebaran") [151] | Keyboard, Akordian | 1997 | Senario, Normala Samsudin, Den | Gong Klasik |
"Anugerah" (semua) [152] | Keyboard | 1997 | Anugerah | Matahati |
"Best of Ziana Zain" (lagu "Tiada Jodoh Antara Kita") [153] | Strings, Piano | 1998 | Ziana Zain | Sony Music (BMG) |
"Hujan Emas" (lagu "Firasat", "Bunga Lalang" dan "Tidur Tak Lena") [154] | Akordian | 1998 | To'ki | Universal (EMI/Syncrosound) |
"Melayu Deli Vol 2" (semua) [155] | Akordian, Keyboard | 1998 | Yusni Hamid, R. Ismail, Salih Yaacob, Jatt Ali, Aslina Ismail | LIFE |
"風一樣的男子" (lagu "風一樣的男子") [156] | Akordian | 1999 | Daniel Chan | Universal Music Taiwan |
"走過1999" (lagu "走過1999") [157] | Akordian | 1999 | Jacky Cheung | Universal Music Taiwan |
"Phoenix Bangkit" (lagu "Hijab Kekasih") [158] | Akordian | 2001 | M. Nasir | Warner Music |
"Rockestra" (semua) [159] | Strings | 2001 | Search | Sony Music (BMG) |
"Maria" (lagu "Lewat Mana Ku Nanti") [160] | Keyboard | 2001 | Joe Radzwill | Warner Music |
"Aku Cintakan Mu" (lagu "Dibiar Resah", "Bagai Gahara", "Terkenang Jua" dan "Menadah Gerimis") [161] | Keyboard, Strings, Piano | 2001 | Ziana Zain | Sony Music (BMG) |
"Sunrise 我喜歡" (lagu "Sunrise") [162] | Akordian | 2002 | Fish Leong | Rock Records |
"V6" (lagu "Kaca") [163] | Strings | 2002 | XPDC | LIFE |
"Sanggar Mustika" (lagu "Nirmala", "Bisikan Hati", "Dibatas Masa" dan "Bunga Melor") [164] | Strings, Akordian | 2002 | Siti Nurhaliza | Suria Records |
"Sekarang Dah Jadi" (lagu "Entahkan Jadi Entahkan Tidak") [165] | Keyboard, Akordian | 2003 | SM Salim dan Sheila Majid | Warner Music |
"Gorrr-reng Jer!" (semua) [166] | Keyboard | 2006 | Chobib | Power Records |
"Misha Omar" (lagu "Nafas Cahaya", "Sembunyi", "Sampai Di Sini" dan "Cinta Adam dan Hawa" ) | Strings, Piano, Keyboard | 2008 | Misha Omar | Sony Music |
"Dia...Misha Omar" (lagu "Berlalu" dan "Kerana" ) | Strings, Piano, Keyboard | 2011 | Misha Omar | Sony Music |
Anugerah dan pencapaian
[sunting | sunting sumber]Darjah Kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Pahang:
- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2011)[167]
Penganugerahan Nasional dan Lain-lain
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Penerbit untuk album "Awie Live Unplugged" oleh Awie | Tercalon | |||
Penerbit untuk album "Yayadan" oleh Sharifah Aini | Tercalon | |||
Penerbit untuk album "Samrah" oleh Jamal Abdillah | Tercalon | |||
Penerbit untuk album "Sekeping Cinta Sehampar Janji" oleh Ramlah Ram | Tercalon | |||
Penggubah untuk lagu "Seri Langkat" oleh Jamal Abdillah dan Amelina | Menang | |||
Penggubah untuk lagu "Rondo Cinta Buta" oleh Ukays | Tercalon | |||
Penggubah untuk lagu "Jernih" oleh Amuk | Tercalon | |||
Penerbit untuk album "Aku Cintakan Mu" oleh Ziana Zain | Tercalon | |||
Penerbit untuk album "Konsert Mega" oleh Siti Nurhaliza | Tercalon | |||
Penggubah untuk lagu "Merisik Khabar" oleh Saleem | Tercalon | |||
Penerbit untuk album "Konsert Live Untukmu Sudirman" oleh Siti Nurhaliza | Tercalon | |||
Penerbit untuk album "Sanggar Mustika" oleh Siti Nurhaliza | Tercalon | |||
Penggubah untuk lagu "Merisik Khabar" oleh Siti Nurhaliza | Menang | |||
Penerbit untuk album "Gemilang" oleh Jaclyn Victor | Menang | |||
Menang | ||||
Penggubah untuk lagu "Gemilang" oleh Jaclyn Victor | Menang | |||
Penggubah untuk lagu "Aku Penghibur" oleh Jamal Abdillah | Tercalon | |||
Penerbit untuk album "Misha Omar" oleh Misha Omar | Tercalon | |||
Menang | ||||
"Prestigious Leader in Music Industry" [168] | Menang | |||
"ThrowBaek Abadi" - Penghargaan Khas [169] | Menang |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mohd Al Qayum Azizi (5 September 2014). "Lewat Daftar Nikah: Ramli MS & Alyah Boleh Dipenjara". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-07. Dicapai pada 25 September 2014.
- ^ https://www.discogs.com/release/9022861-Noraniza-Idris-10-Pujaan-Malindo
- ^ https://www.discogs.com/release/23439224-Siti-Fairuz-Bila-Rindu-Ku-Sebut-Nama-Mu
- ^ https://www.discogs.com/release/24224582-Jamal-Abdillah-Untukmu
- ^ https://www.discogs.com/master/1618429-Dayang-Ku-Intan-Suara-Hati
- ^ https://www.discogs.com/release/8690819-Jay-Jay-Kurnia
- ^ https://www.discogs.com/release/13015117-Dayangku-Intan-Perasaan
- ^ https://www.discogs.com/release/13015117-Dayangku-Intan-Perasaan
- ^ https://www.discogs.com/master/901679-Anita-Sarawak-Asmara
- ^ https://www.discogs.com/master/2680985-Hetty-Koes-Endang-Cintaku-Sehebat-Rinduku
- ^ https://www.discogs.com/release/10767200-Anita-Sarawak-Cinta-Nan-Satu
- ^ https://www.discogs.com/release/17666107-Ruhil-Amani-Duo-Duo
- ^ https://www.discogs.com/release/23440001-Norzie-Idris-Suka-Sama-Suka
- ^ https://www.discogs.com/master/1219712-Salih-Yaacob-Romantika-Di-Tampoi
- ^ https://www.discogs.com/release/8105181-Hetty-Koes-Endang-Nostalgia-Pilihan
- ^ https://www.discogs.com/release/8384499-Wann-Koleksi-Nostalgia-Vol3
- ^ https://www.discogs.com/release/24458684-Salih-Yaacob-Jangan-Main-main-Sup-Selipar
- ^ https://www.discogs.com/release/10140274-Roy-Roy
- ^ https://www.discogs.com/release/14476066-Zaleha-Hamid-Dankdut-Bang
- ^ https://www.discogs.com/release/14521059-Salih-Yaacob-Farid-Harja-2-Sahabat-Lama
- ^ https://www.discogs.com/master/1744660-Hetty-Koes-Endang-Hadirlah-Kasih
- ^ https://www.discogs.com/master/1759757-Various-Original-Soundtrack-From-Panggilan-Pulau
- ^ https://www.discogs.com/master/1093137-Adeq-Jalil-Hamid-Feeda-Disco-Dut
- ^ https://www.discogs.com/release/21258640-Various-Senandung-Melayu-Vol-2
- ^ https://www.discogs.com/release/23507210-Nora-Debaran
- ^ https://www.discogs.com/master/2674412-Ramlah-Ram-Ramlah-Ram
- ^ https://www.discogs.com/master/1004500-Awie-Live-Unplugged
- ^ https://www.discogs.com/release/15562913-Zaleha-Hamid-Dankdut-Bang-Vol-2
- ^ https://www.discogs.com/release/11807180-Ziana-Zain-Unplugged
- ^ https://www.discogs.com/master/1058014-Awie-O-Tak
- ^ https://www.discogs.com/release/15921918-Slam-Kembali-Merindu
- ^ https://www.discogs.com/release/7125079-Hetty-Koes-Endang-Senandung-Kenangan-Silam
- ^ https://www.discogs.com/release/6484422-Ziana-Zain-Puncak-Kasih
- ^ https://www.discogs.com/release/8108660-September-5-Kenangan
- ^ https://www.discogs.com/release/15091307-Orkestra-Simfoni-Shanghai-Simfoni-Gemilang
- ^ https://www.discogs.com/master/2639096-Ramlah-Ram-Sekeping-Cinta-Sehampar-Janji
- ^ https://www.discogs.com/release/8966096-Jamal-Abdillah-Samrah
- ^ https://www.discogs.com/release/8631956-Various-Melayu-Deli-Vol-2
- ^ https://www.discogs.com/release/13245448-陳曉東-風一樣的男子
- ^ https://www.discogs.com/release/17998156-Siti-Nurhaliza-Konsert-Live
- ^ https://www.discogs.com/release/11211024-張學友-走過1999
- ^ https://www.discogs.com/master/2119366-Martinie-Sejernih-Air-Mata
- ^ https://www.discogs.com/master/1857294-Sharifah-Aini-Seribu-Mawar
- ^ https://www.discogs.com/release/19688890-UKs-Pijar-Kasmaran
- ^ https://www.discogs.com/release/5513452-XPDC-Real-N-Reality
- ^ https://www.discogs.com/master/1681029-SMSalim-Malaysian-Philharmonic-Orchestra-Special-Guest-Siti-Nurhaliza-Perjalanan-Seni
- ^ https://www.discogs.com/release/7649651-Search-Rockestra
- ^ https://www.discogs.com/release/14401778-Joe-Radzwil-Maria
- ^ https://www.discogs.com/release/8580702-Ziana-Zain-Aku-Cintakan-Mu
- ^ https://www.discogs.com/master/2699186-Siti-Nurhaliza-Konsert-Mega-Bukit-Jalil-2001
- ^ https://www.discogs.com/master/1338317-Siti-Nurhaliza-Sanggar-Mustika
- ^ https://www.discogs.com/master/2422549-Siti-Nurhaliza-Orkestra-Simfoni-Kebangsaan-Konsert-Salam-Terakhir-Untukmu-Sudir-100-Live-Part-1
- ^ https://www.discogs.com/release/7170030-SMSalim-Sekarang-Dah-JadiTan-Sri-Dato-SM-Salim
- ^ https://www.discogs.com/release/5513351-XPDC-UnMetal-Il
- ^ https://www.discogs.com/release/9334884-Salamiah-Hassan-Suatu-Penantian
- ^ https://www.discogs.com/release/9334884-Salamiah-Hassan-Suatu-Penantian
- ^ https://www.discogs.com/release/9651837-Anita-Sarawak-Nada-Pesona/image/SW1hZ2U6ODQzNzQ0MjY=
- ^ https://www.discogs.com/release/9651837-Anita-Sarawak-Nada-Pesona/image/SW1hZ2U6ODQzNzQ0MjY=
- ^ https://www.discogs.com/release/9651837-Anita-Sarawak-Nada-Pesona/image/SW1hZ2U6ODQzNzQ0MjY=
- ^ https://www.discogs.com/release/9541382-Endang-S-Taurina-Berkurun-Menanti
- ^ https://www.discogs.com/release/9541382-Endang-S-Taurina-Berkurun-Menanti
- ^ https://www.discogs.com/release/7413647-Noraniza-Idris-Noraniza-Idris
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=YD5QUEHaXyI
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3099547/zainal-mengganas-lagi-
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3639185/no-fancy-stuff-in-hetty-s-show
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3117943/stadium-merdeka-tempat-sampah
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/634740/top-entertainers-in-big-concert-blitz
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/204878/konsert-membalas-budi
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2442523/180-artis-sertai-konsert-raksasa
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3292237/konsert-m-nasir-di-britain
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3146614/pujian-untuk-nasir
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3170637/konsert-awie-puas
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3205343/ziana-dah-matang
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3197693/konsert-unplugged-terbesar
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/645489/the-queen-of-song-at-her-best
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3016685/orkestra-shanghai-abadi-lagu-melayu
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3304295/guna-pemuzik-profesional
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3436189/sharifah-tidak-sabar-menanti
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3444962/mahal-siti-berbaloi
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2051172/s-m-salim-pula-bolosi-dewan-elit
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2437078/di-sebalik-konsert-siti
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2438931/siti-sedia-hafal-30-lagu-sudirman
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/4827165/pengalaman-saja-tidak-memadai
- ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2011/08/12/ramli-ms-mahu-saman-penganjur-konsert-francissca-peter
- ^ https://galaksi-media.com/hiburan-konsert-gemilang-2012-jamal-abdillah-dato-khadijah-ibrahim-dan-seniman-negara-datuk-dr-ahmad-nawab-melabuhkan-tirai/
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/6750352/penangan-5-divo
- ^ https://malaysiagazette.com/2017/02/26/konsert-musical-journey-zainal-abidin/
- ^ https://corporate.astro.com.my/mediaroom-releases/lapan-pemain-komedi-popular-kemudi-program-konsert-komedi
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/6392322/semangat-bangkit-bersama
- ^ https://berita.mediacorp.sg/hiburan/liza-hanim-alami-pendarahan-sebelum-konsert-esplanade-219281
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/12006687/misha-holds-court
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/20607770/kak-mitch-tetap-hebat-
- ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/08/994168/hetty-rai-suara-emas-lima-dekad
- ^ https://pribumibersatu.org.my/tiket-paling-mahal-konsert-cakra-khan-laris-terjual/
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=vfL2sOPMEgo
- ^ https://www.discogs.com/release/26263562-Jefrydin-Aida-Hatiku-Kecewa
- ^ https://www.discogs.com/master/1736456-Julie-Remie-Perasaan-Remaja
- ^ https://www.discogs.com/release/7925563-Julie-Remie-Engkau-Sinar-Hidup-Ku
- ^ https://www.discogs.com/release/8842611-Black-Dog-Bone-Sindir-Sindir-Sayang
- ^ https://www.discogs.com/release/10632196-Hail-Amir-Kabus
- ^ https://www.discogs.com/release/24137528-Hanya-Nyanyian-Halil-Chiks
- ^ https://www.discogs.com/release/7262138-Black-Dog-Bone-Sigadis-Ayu
- ^ https://www.discogs.com/release/7925182-Trio-Manja-Untok-Mu-Sayang
- ^ https://www.discogs.com/master/1015637-Halil-Chik-Trio-Manja-Selamat-Hari-Raya
- ^ https://www.discogs.com/release/9101781-Black-Dog-Bone-Khayalan
- ^ https://www.discogs.com/release/9119299-Halil-Chik-Cinta-Mu
- ^ https://www.discogs.com/release/9119741-Hidayah-Tiada-Yang-Kekal-Melainkan-Allah
- ^ https://www.discogs.com/release/24137528-Hanya-Nyanyian-Halil-Chik
- ^ https://www.discogs.com/release/14433238-Pelangi-Dari-Pancaran
- ^ https://www.discogs.com/master/1806101-Fairuz-Hussein-Kali-Pertama
- ^ https://www.discogs.com/master/2207581-Fran-Harapan
- ^ https://www.discogs.com/master/1618429-Dayang-Ku-Intan-Suara-Hati
- ^ https://www.discogs.com/release/8690819-Jay-Jay-Kurnia
- ^ https://www.discogs.com/master/1441405-Illusi-Suara-Cinta
- ^ https://www.discogs.com/release/13015117-Dayangku-Intan-Perasaan
- ^ https://www.discogs.com/release/8563273-Moses-Vadham-Perasaan
- ^ https://www.discogs.com/master/2680985-Hetty-Koes-Endang-Cintaku-Sehebat-Rinduku
- ^ https://www.discogs.com/master/2203939-J-Jay-Bersama
- ^ https://www.discogs.com/master/2779115-Francissca-Peter-Mawar-Terpinggir
- ^ https://www.discogs.com/master/1489533-Dayangku-Intan-Cahaya
- ^ https://www.discogs.com/release/7413647-Noraniza-Idris-Noraniza-Idris
- ^ https://www.discogs.com/master/2749406-Nash-Nash
- ^ https://www.discogs.com/release/7915245-SMSalim-1
- ^ https://www.discogs.com/release/8105181-Hetty-Koes-Endang-Nostalgia-Pilihan
- ^ https://www.discogs.com/release/8384499-Wann-Koleksi-Nostalgia-Vol3
- ^ https://www.discogs.com/release/7588266-Ayati-Khazanah-Dari-Malaya
- ^ https://www.discogs.com/release/24458684-Salih-Yaacob-Jangan-Main-main-Sup-Selipar
- ^ https://www.discogs.com/release/8384532-Wann-Nostalgia-Aidilfitri-Vol-1-2
- ^ https://www.discogs.com/release/8110767-Ahmad-Nawab-Seniman-Sepanjang-Zaman
- ^ https://www.discogs.com/release/14476066-Zaleha-Hamid-Dankdut-Bang
- ^ https://www.discogs.com/release/14476066-Zaleha-Hamid-Dankdut-Bang
- ^ https://www.discogs.com/release/7608266-Ayati-Impiana
- ^ https://www.discogs.com/release/5649014-M-Nasir-Canggung-Mendonan
- ^ https://www.discogs.com/release/15931938-Slam-Slam
- ^ https://www.discogs.com/release/6693140-Sheqal-Cahaya
- ^ https://www.discogs.com/release/13953552-Nash-Asli
- ^ https://www.discogs.com/release/12727566-Nona-Manis-Nona-Manis
- ^ https://www.discogs.com/release/12727566-Nona-Manis-Nona-Manis
- ^ https://www.discogs.com/release/9101718-Ramlah-Ram-Ramlah-Ram
- ^ https://www.discogs.com/release/6484644-Ziana-Zain-Setia-Ku-Di-Sini
- ^ https://www.discogs.com/release/14328483-Mamat-Mamat
- ^ https://www.discogs.com/release/7787623-Man-Bai-Man-Bai
- ^ https://www.discogs.com/release/10416600-UKs-Bisa-Berbisa
- ^ https://www.discogs.com/release/5635513-Awie-O-Tak
- ^ https://www.discogs.com/release/13925160-Melati-Bila-Hatiku-Rindu
- ^ https://www.discogs.com/release/14477423-Kulit-Kulit
- ^ https://www.discogs.com/release/14436004-Ruhil-Amani-Percaya
- ^ https://www.discogs.com/release/15091307-Orkestra-Simfoni-Shanghai-Simfoni-Gemilang
- ^ https://www.discogs.com/release/11797322-Jalil-Hamid-Mata
- ^ https://www.discogs.com/release/6484422-Ziana-Zain-Puncak-Kasih
- ^ https://www.discogs.com/release/15774591-Various-Berkat
- ^ https://www.discogs.com/release/16056463-Anugerah-Anugerah
- ^ https://www.discogs.com/release/14713189-Ziana-Zain-Best-of-Ziana-Zain
- ^ https://www.discogs.com/release/6806289-Toki-Hujan-Emas
- ^ https://www.discogs.com/release/8631956-Various-Melayu-Deli-Vol-2
- ^ https://www.discogs.com/release/13245448-陳曉東-風一樣的男子
- ^ https://www.discogs.com/release/11211024-張學友-走過1999
- ^ https://www.discogs.com/release/6334555-M-Nasir-Phoenix-Bangkit
- ^ https://www.discogs.com/release/7649651-Search-Rockestra
- ^ https://www.discogs.com/release/14401778-Joe-Radzwil-Maria
- ^ https://www.discogs.com/release/8580702-Ziana-Zain-Aku-Cintakan-Mu
- ^ https://www.discogs.com/release/16713852-梁静茹-Sunrise-我喜歡
- ^ https://www.discogs.com/release/5513319-XPDC-V6
- ^ https://www.discogs.com/release/5513319-XPDC-V6
- ^ https://www.discogs.com/release/7170030-SMSalim-Sekarang-Dah-JadiTan-Sri-Dato-SM-Salim
- ^ https://www.discogs.com/release/16063452-Chobib-Gorrrenng-Jer
- ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2011/03/24/mnasir-ramli-ms-antara-148-penerima-darjah-kebesaran-pahang
- ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2019/11/520939/ramli-ms-segan-dilabel-menunjuk#:~:text=Ramli, 61, yang menerima anugerah,kongsi lambat, tapi saya seganlah.
- ^ https://gempak.com/berita-terkini/outstanding-tok-ram-dr-amalina-cik-b-lagu-mengantuknya-mumia-antara-pemenang-anugerah-konsert-throwbaek-2019-30527