Raja Hakim
Raja Hakim | |
---|---|
Kelahiran | Raja Aidzal Hakim bin Raja Razali[1] 1992 (umur 31–32) |
Nama lain | Raja Hakim DFKL |
Pendidikan | Diploma Kejuruteraan Awam |
Pusat pendidikan | Politeknik Port Dickson |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2012–kini |
Terkenal kerana | Finalis DFKL 2017 |
Saudara | Raja Afiq (adik) |
Yang Mulia Raja Aidzal Hakim bin Raja Razali atau lebih dikenali sebagai Raja Hakim (lahir 1992) adalah seorang pelakon lelaki Malaysia.[2] Kerjayanya bermula selepas menajdi salah seorang finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017, beliau ialah abang (lain ibu) kepada pelakon Raja Afiq.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kerjaya lakonan Raja Hakim bermula pada tahun 2012, dengan membintangi drama Timah Lambak sebagai pelakon tambahan.
Lima tahun kemudian, beliau menjadi salah seorang finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017 yang turut disertai oleh Riena Diana. Selepas DFKL 2017 tamat, beliau ditawarkan membintangi beberapa drama TV termasuk Dekatkan Jarak Kita dan Manipulasi.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Raja Hakim lahir dan membesar di Hulu Langat, Selangor. Beliau merupakan abang (lain ibu) kepada Raja Afiq yang juga pelakon yang dicungkil dari DFKL 2014.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Timah Lambak | Astro Prima | Lakonan pertama | |
2017 | Dekatkan Jarak Kita | Arif | TV3 | |
2018 | Manipulasi | Ku Hasyim | ntv7 | |
Terhentinya Doa | Rafael | TV3 | ||
2019 | Dia Menantu Rahsia | Engku Razzi |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Biodata Penuh Raja Hakim". My Hiburan. 21 November 2017.
- ^ "Baru hendak berlakon, abang tidak rasa saingan Raja Afiq". ProjekMM. 21 April 2017.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Raja Hakim di Facebook
- Raja Hakim di Twitter
- Raja Hakim di Instagram