Pergi ke kandungan

Quidditch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Quidditch merupakan permainan bola udara yang dimainkan di atas penyapu terbang, permainan yang ibarat bola sepak, polo atau bola keranjang. Ia digunakan oleh J. K. Rowling dalam siri novel Harry Potter.

Quidditch merupakan permainan terkenal di alam sihir. Terdapat pasukan profesional dan Hogwarts turut mempunyai pasukan yang mewakili rumah masing-masing. Dalam buku keempat, Harry telah menyaksikan perlawanan Piala Dunia Quidditch bagi pasukan antarabangsa. Quidditch telah memainkan peranan penting dalam enam buku pertama tetapi Rowling mengatakan yang perlawanan Quidditch terakhir yang ditulisnya adalah dalam buku keenam.[1]

Peraturan

[sunting | sunting sumber]

Quidditch dimainkan di padang berbentuk lonjong dan mempmunyai tiga gelung gol di setiap dua hujung. Pasukan yang memperoleh paling banyak mata akan menang. Terdapat tujuh pemain dalam pasukan: satu Penjaga (Keeper), dua Pemukul (Beaters), tiga Pengejar (Chasers), dan satu Pencari (Seeker). Mereka pula memainkan empat jenis bola iaitu sebiji Quaffle, dua biji Bludger dan sebiji Snitch, yang memberikan nama kepada permainan tersebut: Quidditch (Quidditch, Bludger, Bludger, Snitch).

Quaffle tidak berapa penting dan lebih kurang sama dengan bola dalam permainan Muggle, walaupun telah dijampi supaya menjadi perlahan apabila jatuh dan lebih mudah dipegang. Pengejar yang menguruskannya dengan cuba membalingnya ke dalam salah satu gelung pihak lawan dan beroleh sepuluh mata. Penjaga menjaga gegelung dari dimasukinya. Dua bola besi berat yang dipanggil Bludger berterbangan dan Pemukul menggunakan bet untuk mempertahankan pasukannya atau untuk memukulnya ke arah pihak lawan. Akhir sekali, bola kecil bersayap iaitu Snitch Emas yang terbang laju dan tinggi. Pencari ditugaskan untuk mencari dan mendapatkannya. Dengan melakukannya, pasukannya akan memperoleh 150 mata dan permainan tamat, dan lazimnya pihak yang memperoleh Snitch memenangi perlawanan. Pemain masih boleh menangkap Snitch dan kalah jika pasukan lawan sudahpun mengungguli permainan dengan melebih 150 mata dari pasukan yang menangkapnya.

Permainan penyapu muncul apabila penyapu terbang mula dikembangkan untuk membolehkan penerbang melakukan belokan tajam dan mempelbagaikan ketinggian dan laju. Lukisan sihir awal menunjukkan bagaimana sukan penyapu bermula.

Perlumbaan penyapu tahunan yang diraikan di Sweden bertarikh abad ke-10. Peserta dari Kopparberg ke Arjeplog, jarak yang lebih 300 batu. Landasan lumbanya melalui penempatan naga dan trofi besar dibentuk seperti naga Muncung-Pendek Sweden diberi. Kini, ia adalah pertandingan antarabangsa.

Lukisan terkenal Günther der Gewalttätige ist der Gewinner ("Gunther yang Ganas Ialah Pemenang"), bertarikh 1105, menunjukkkan orang Jerman zaman dahulu memainkan permainan Stitchstock. Pola dua puluh kaki diletakkan kantung naga yang mengembung. Seorang pemain di atas penyapu ditanggungjawabkan untuk menjaga kantung tersebut. Penjaga kantung itu diikat di pola tersebut dengan tali di keliling pinggang, maka dia tidak boleh terbang lebih sepuluh kaki dari tempat itu. Pemain lain akan mengambil giliran untuk terbang menghampipri kantung tersebutu untuk dibocorkan dengan hujung penyapu yang ditajamkan. Penjaga kantung dibenarkan membawa tongkat sakti untuk menghalang serangan itu. Permainan tamat apabil kantung benar-benar habis dibocorkan, atau penjaga kantung berjaya menjampi semua pihak penyerang.

Telah dicadangkan yang nama "Quidditch" diterbitkan dari nama bola Quaffle, Bludger dan Snitch, walaupun, dalam cerita, permainan tersebubt dinamakan sempena Queerditch Marsh, iaitu ketika versi terawal permainan dimainkan pada kurun kesebelas.

Menurut buku, Quidditch bermula dengan permainan berasaskan penyapu yang mudah, dengan pemain menghantar bola kulit, Quaffle, untuk cuba memasukkannya ke dalam gol di hujung padang. Kemudian, Bludger ditambah dengan batu yang dijampi, mungkin dipengaruhi permainan Scotland yang berisiko tinggi iaitu Creaothceann, yang pemainnya cuba menangkap batu yang jatuh dengan belanga yang diletakkan pada kepala mereka.

Penambahan Snitch Emas timbul daripada sukan sihir awal, yang ahli sihir perlu menangkap Snidget Emas, burung sihir yang pantas bergerak. Pada 1269, Ketua Majlis Penyihir, Barberous Bragge, melepaskan Snidget Emas yang menawarkan 150 galleon (bersamaan lebih sejuta Galleon kini) kepada pemain yang menangkap burung tersebut. Nilai 150 mata kemudian ditambah kepada burung tersebut, dan lama kelamaan Snidget Emas digantikan dengan bola sihir (dicipta oleh Bowman Wright) apabila burung tersebut menjadi sepsis terancam. Terdapat 700 cara untuk membuat faul dalam Quidditch, yang semuanya dilakukan dalam Piala Dunia pada 1473.

Quodpot, berbeza dengan Quidditch, popular di Amerika Syarikat dan Amerika Selatan.

Harry Potter sebagi pemain Quidditch

[sunting | sunting sumber]
Harry Potter (dilakonkan oleh Daniel Radcliffe) cuba untuk menangkap Snitch.

Templat:Spoiler Harry Potter merupakan pelajar termuda yang lebih sekurun menjadi pemain bagi pasukan rumah Hogwarts. Sebagai Pencari bagi Gryffindor, Potter memenangi hampir semua permainan yang dimainkannya kecuali apabila cedera atau tidak mampu. (Walau bagaimanapun, dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban, beliau jatuh dari penyapunya kerana kehadiran dementor). Piala Quidditch dibatalkan kerana Kejohanan Ahli Sihir Trio ketika tahun keempat Potter. Disebabkan perselisihan selepas perlawanan dengan Draco Malfoy, Potter diharamkan oleh Pegawai Penyoal Siasat Hogwarts Dolores Umbridge pada tahun kelima. Pada tahun berikutnya, dia kembali sebagai kapten, walaupun hanya bermain satu perlawanan dengan penuh (permainan kedua, tengkoraknya retak yang menyebabkan pasukannya kalah, dan beliau dalam tahanan ketiga perlawanan ketiga), dia mampu membawa kemengangan Gryffindor dan memperoleh Piala Quidditch Hogwarts.

Terjemahan

[sunting | sunting sumber]
Bahasa Quidditch Snitch Emas Quaffle Bludger (Blooder)
Bahasa Bulgaria Куидич (Kuidič) Златен Снич ( Zlaten Snitch ) Куофъл ( Quafle ) Блъджър ( Bludger )
Bahasa Croatia Metloboj ('broom fight') zlatna zvrčka balun maljac
Bahasa Cina 魁地奇 金色飞贼/金探子 鬼飞球/快浮 游走球/搏格
Bahasa Czech Famfrpál Zlatonka Camrál Potlouk
Bahasa Denmark Quidditch Gyldne lyn Tromler Smasher
Bahasa Belanda Zwerkbal Gouden Snaai Slurk Beuker
Bahasa Estonia Lendluudpall
Bahasa Finland Huispaus Kultasieppi (sieppi) Kaato Ryhmy
Bahasa Perancis Quidditch Vif d'or Souaffle Cognard
Bahasa Yunani Κουίντιτς (Kuídits)
Bahasa Jerman Quidditch Goldener Schnatz Quaffel Klatscher
Bahasa Ibrani קווידיץ' סניץ' הזהב קואפל מרביצן
Bahasa Hungary Kviddics Arany cikesz Kvaff Gurkó
Bahasa Itali Quidditch Boccino d'Oro Pluffa Bolide (pl. Bolidi)
Bahasa Jepun クィディッチ (Kwiditchi)
Bahasa Lithuania Kvidičas Auksinis šmaukštas Kritlis Muštukas
Bahasa Norway Rumpeldunk Gullsnoppen Sluffen Klabber
Bahasa Poland Quidditch złoty znicz kafel tłuczek
Bahasa Portugis Quadribol ('four-ball') Pomo de Ouro Goles Balaços
Bahasa Romania Vâjthaţ Hoţoaică aurie Balon ghiulea
Bahasa Russia Квиддич (Kviddič)
Bahasa Serbia Квидич / Kvidič Златна Скривалица / Zlatna Skrivalica Квафл / Kvafl Блаџерка / Bladžerka
Bahasa Slovakia Metlobal ('broom-ball') Zlatá strela Prehadzovačka Dorážačka
Bahasa Slovenia Quidditch zlati zviz lokl štamf
Bahasa Sweden Quidditch gyllene kvicken klonk dunkar

Quidditch dalam dunia nyata

[sunting | sunting sumber]
Quidditch Lane di Lower Cambourne

Terdapat permainan computer yang mensimulasikan permainan Quidditch.

Terdapat juga cubaan untuk meniru Quidditch dengan menggunakan teknologi yang sedia ada seperti basikal berbanding penyapu.

Sebatang jalan di Lower Cambourne, Cambridgeshire, England dinamakan Quidditch Lane sempena parit kering ("dry ditch") yang dipanggil quidditch dalam Bahasa Inggeris lama (istilah yang menurut pemaju dan pihak berkuasa tempatan telahpun wujud sebelum JK Rowling mencipta permainan itu). Peminat Harry Potter sering melawat ke sana.

Perlawanan Quidditch menggunakan kaki telah dimainkan di Salem, Massachusetts pada Oktober 2005. Pasukan sebenar yang main adalah Betas Anonymous Punctuation Pixies an Effortless Edibles Fizzing Whizbees.

Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

The Sorcerer's/Philosopher's Stone buku filem
The Chamber of Secrets buku filem
The Prisoner of Azkaban buku filem
The Goblet of Fire buku filem
Order of the Phoenix buku filem  
The Half-Blood Prince buku filem  
The Deathly Hallows buku filem pertama dan kedua  

WatakTempatSihirSubjek - Objek - Makhluk - Buku