Pergi ke kandungan

Qiulong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Aksara qiu dalam tulisan mohor

Qiulong (Cina ringkas: 虬龙Cina tradisional: 虯龍pinyin: qíulóngWade-Giles: ch'iu-lung; harf. "naga bergulung") atau qiu atau jiu ialah seekor naga Cina yang diberi takrifan bercanggah sebagai "naga bertanduk" atau "naga tanpa tanduk".

Dua aksara Cina varian bagi naga qiu ialah dan , yang menggabungkan "radikal serangga" dengan fonetik jiu "bersambung" dan yin "tersorok". Radikal 虫 biasanya digunakan dalam aksara Cina bagi serangga, ulat, reptilia dan naga (cth., shen 蜃,jiao 蛟, dan hong 虹).

Qiu 虬/虯 juga merupakan satu nama keluarga Cina yang jarang ditemui. Contohnya, Qiuranke Chuan 虯髯客傳 "Kisah Tetamu Bermisai Keriting" ialah sebuah cereka oleh pengarang Dinasti Tang, Du Guangting 杜光庭 (850-933 CE), sementara Qiu Zhong 虬仲 merupakan nama timangan bagi pelukis Dinasti Qing, Li Fangying.

Dalam bahasa Jepun, aksara kanji 虬 / 虯 juga digunakan bagi makhluk mizuchi 蛟 "naga sungai".

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Beberapa kemungkinan asal-usul nama naga qiu telah diutarakan oleh para ilmuwan bahasa Cina.

Bernhard Karlgren (1957:274) membina semula sebutan bahasa Cina lama bagi qiu < *g'yŏg atau jiu < *kyŏg bagi 虯 "naga bertanduk" dan "berbentuk tanduk; panjang melengkung". Aksara 觓 terdiri daripada "radikal tanduk" dan fonetik jiu 丩 yang sama dengan 虯.

Carr (1990:151-2) mengikuti rekonstruksi Karlgren dan berhujah bahawa qiu < *g'yŏg atau jiu < *kyŏg 虯 ialah "satu anggota keluarga kata 'putar; lingkar; lilit'" yang merangkumi:

  • qiu < *g'yôg "panjang melengkung; tanduk bergulung"
  • jiu < *klyŏg "dahan melengkung; putaran"
  • miu < *mlyŏg or jiu < *klyŏg "mengikat; membelitkan; melilitkan; memutarkan"
  • liu < *glyôg or lu < *glyôk "bersatu"
  • jiao < *klôg "gam; bersatu"
  • liao < *glyôg "mengikat lilit; mencekik"

Etimologi "berputar; melingkar" ini boleh menjelaskan kedua-dua maksud "naga bertanduk berpintal" dan "berlingkar; menggeliang-geliut" di bawah.

Schuessler (2007:435) membina semula sebutan bahasa Cina Lama bagi qiu < *giu / jiu < *kiu untuk 觓 atau 觩 "berbentuk tanduk; panjang melengkung" dan 虯 "naga bertanduk", serta memetik perbandingan Coblin (1986:130) akan "naga bertanduk" ini dengan tulisan Tibet klu "Nāga, semangat ular". Schuessler membandungkanjiu < *kiuʔ 糾 "memutar, memintal" dan berkesimpulan bahawa "etimologi yang paling barangkali ialah 'berputar, melingkar'".

Kamus-kamus bahasa Cina memberikan tiga erti bagi qiu 虯 / 虬: "naga tanpa tanduk", "naga bertanduk", dan "melingkar".

Naga tanpa tanduk

[sunting | sunting sumber]

Sesetengah naskhah dan ulasan klasik Cina dari Dinasti Han menakrifkan qiu 虯 sebagai "naga tanpa tanduk" yang ditafsirkan sebagai "naga muda".

Naskhah Chuci (abad ke-2 SM) menyebut qiu 虬 tujuh kali, lebih kerap daripada mana-mana naskhah klasik yang lain. Edisi piawai Sibu Beiyao 四部備要 menulis aksaranya sebagai 虬, bukan 虯. Qiu merupakan nama bagi suatu naga dalam empat konteks. Yang pertama ialah yuqiu 玉虬 "naga jed tanpa tanduk"; (離騷, tr. Hawkes 1985:73) "Beta mengekok seangkatan naga jed pada pedati berbentuk cenderawasih, sambil menunggu tiupan bayu untuk memulakan perjalanan." Yang kedua ialah qiulong 虬龍 "naga tanpa tanduk"; (天問, tr. Hawkes 1985:128) "Di manakah naga-naga tanpa tanduk yang mengokko beruang untuk bersukan?" Bagi kedua-dua konteks ini, ulasan Wang Yi 王逸 (m. 158 M) berkata qiu bermaksud "naga tana tanduk" sementara long bermaksud "naga bertanduk". Konteks ketiga pula berupa qingqiu 青虬 "naga hijau" iaitu Raja Shun yang berlegenda sebagai Chong Hua 重華; (涉江, tr. Hawkes 1985:160) "Dengan seangkatan naga hijau ... beta bertunggang bersama Chong Hua di Taman Jasper." Wang menjelaskan bahawa qiu dan chi merupakan jenis-jenis long "naga". Yang keempat pula menyebut qiu 虬 sahaja; (通路, tr. Hawkes 1985:271) "Dengan seangkatan naga kunaiki syurga, dalam rata gading..."

Kamus Shuowen Jiezi (121 M) memberikan takrifan-takrifan yang bercanggahan bagi qiu 虯. Sesetengah edisi terawal memberikan takrifan 龍無角者 "naga tanpa tanduk", sementara edisi-edisi terlewat pula menyatakan 龍子有角者 "anak naga bertanduk". Carr (1990:93-4) mengutarakan kemusykilan yang timbul daripada tiga takrifan Shuowen buat "naga tanpa tanduk": qiu 虯, jiao 蛟, dan chi . Ilmuwan Shuowen Jiezi, Zhu Junsheng 朱駿聲 (1788-1834 M) menjelaskan bahawa long 龍 "naga" jantan bertanduk sedangkan yang betina tidak bertanduk, manakala di kalangan anak naga pula, jiao 蛟 bertanduk satu, qiu 虯 bertanduk dua, dan chi 螭 tiada tanduk.

Beberapa sumber yang lebih terkini, misalnya kamus rima Guangyun (ca. 1011 M), sependapat dengan edisi-edisi awal Shuowen Jiezi yang mana qiu 虯 ditakrifkan sebagai "naga tanpa tanduk", tetapi kebanyakan kamus menetapkan perbandingan antaraqiu 虯 "naga bertanduk" dan chi 螭 "naga tanpa tanduk".

Naga bertanduk

[sunting | sunting sumber]
Dewa-dewi Tao menaiki naga bertanduk.[1]

Naskhah Huainanzi (ca. 139 SM) bab "Meneliti Kegelapan" (bab 6) menyebut tentang qingqiu 青虯 "naga hijau betanduk" dua kali. Pertama sekali, "Tamsilan Naga dan Belut Selut" menyebutnya bersama chichi 赤螭 "naga merah tanpa tanduk"; (tr. Le Blanc 1987:144) "Apabila naga merah tanpa tanduk dan naga hijau bertanduk merayau di tanah Chi 冀, langitnya cerah dan buminya tentera." Gao Yu 高淯 (fl. 205 M) mengulas bahawa qingqiu dan chichi adalah dua jenis long 龍 "naga", tetapi tidak menyentuh tentang tanduk. Yang kedua ialah keterangan kisah Fu Xi dan Nüwa yang digambarkan berekor naga, menyatakan qingqiu bersama yinglong 應龍 "naga bersayap"; (tr. Le Blanc 1987:161-2) "Mereka menunggang rata petir dengan naga bersayap sebagai pasangan dalaman dan naga hijau sebagai pasangan luaran."

Biografi Sima Xiangru dalam naskhah Shiji "Catatan Ahli Sejarah Agung" (ca. 100 SM) memetik puisi Sima yang bertajuk Zixu 子虛 "Guru Maya". Seperti dengan Huaiananzi, ia membandingkan qingqiu 青虯 "naga hijau bertanduk" dengan chichi 赤螭 "naga merah tanpa tanduk", yang diterjemahkan oleh Watson (1993:2:309, 312) sebagai "naga bertanduk" dan "naga tanpa tanduk".

Naskhah Baopuzi 抱朴子 oleh Ge Hong (abad ke-4 masihi) (外篇, tr. Visser 1913:73-4) mempunyai empat rujukan, iaitu:jiu 虬 "Maka terbangnya ke angkasa k'iu dari kolam, maka bersatulah ia dengan awan-awan", shenjiu神虬 "naga dewa bertanduk" "Andai tersalirnya kolam yang didiami ikan, maka perginya k'iu dewa", dan qingjiu 青虬 "naga hijau bertanduk" "Makhluk ts'ui k'iu (k'iu pekaka) tiada sayap tetapi terbang ke arah angkasa", "Letakkan bentuk (iaitu bentuk naga ini) dalam dulang, maka turunnya k'iu pekaka (shall) dalam jerebu wap yang gelap-gelita".

Kamus Guangya (ca. 230 M) menakrifkan qiu 虯 (ditulis dalam bentuk varian yang beradikal "katak") sebagai "naga bertanduk" dan chi 螭 sebagai "naga tanpa tanduk". Perbandingan makna ini diulangi dalam kamus-kamus yang kemudian seperti Longkan Shoujian (997 M) dan Piya (ca. 1080 M), yang (tr. Visser 1913:73) membezakan: "Naga yang bersisik ialah kiao-lung (蛟龍); yang berkepak ialah ying-lung(應龍); yang bertanduk ialah k'iu-lung (虬龍); dan yang tiada tanduk ialah ch'i-lung (螭龍)."

Dalam seni tradisional Cina, naga seringkali dilukis dengan dua tanduk. Menurut naskhah Qian fu lun (abad ke-2 M) (tr. Visser 1913:70), "tanduk [naga] menyerupai rusa". Materia medica Bencao Gangmu (1578 M) mempreskripsi longjue 龍角 "tanduk naga" (tr. Read 1934:9, "tanduk fosil Chalicotherium sinense") "untuk gigil-gigil, demam, cirit-birit dengan demam dan perut keras. Jika diambil selalu, badan menjadi makin ringan, jiwa makin sedar dan usia makin lanjut."

Bergulung

[sunting | sunting sumber]

Qiu boleh membawa maksud "bergulung; berputar; melingkar; menggeliang-geliut" dalam kata majmuk Cina. Misalnya:

  • qiupan 虬蟠 "bergulung seperti naga; berlingkar-lingkar (spt. akar pokok)"
  • jiaoqiu 蛟虬 "melingkar seperti naga"
  • qiuxu 虬鬚 "janggut/misai keriting"
  • qiuran 虯髯 "misai berpintal (haiwan)"

Selain empat contoh "naga tanpa tanduk" di atas, tiga konteks Chuci menggunakan qiu dalam kata-kata yang memerikan naga "melingkar; menggeliang-geliut". Dua daripadanya menggunakan youqiu 蚴虬 untuk memerikan buruj canglong 蒼龍 Naga Biru Langit; (惜誓, cf. qingqiu 青虯 "naga hijau bertanduk" di atas, tr. Hawkes 1985:240) "Beta menunggang rata gading Kesatuan Agung: di sebelah kiri adanya Naga Hijau yang melingkar; dan di kanan pula adanya Harimau Putih", (遠逝, tr. Hawkes 1985:290) "Bersabuk dengan Naga Hijau yang melingkar, Mengelek ular pelangi yang meliuk-liuk." Yang satu lagi menyatakan liuqiu 蟉虬 dengan chi 螭 "naga tanpa tanduk"; (遠遊, tr. Hawkes 1985:198) "Mereka menghimpunkan raksasa air untuk menyertai mereka dalam tarian: Betapa beralun-alunnya jasadnya melingkar dan menggeliang-geliut!"

  1. ^ Werner, E. T. C. (1922). Myths & Legends of China. New York: George G. Harrap & Co. Ltd. Dicapai pada 2007-03-14. (Project Gutenberg eText 15250)
  • Carr, Michael. 1990. "Chinese Dragon Names",Linguistics of the Tibeto-Burman Area 13.2:87-189.
  • Coblin, W. South. 1986. A Sinologist's Handlist of Sino-Tibetan Lexical Comparisons. Nettetal.
  • Hawkes, David, tr. 1985. The Songs of the South: An Anthology of Ancient Chinese Poems by Qu Yuan and Other Poets. Penguin.
  • Karlgren, Bernhard. 1957. Grammata Serica Recensa. Museum of Far Eastern Antiquities.
  • Le Blanc, Charles. 1985. Huai-nan Tzu: Philosophical Synthesis in Early Han Thought: The Idea of Resonance (Kan-Ying) With a Translation and Analysis of Chapter Six. Hong Kong University Press.
  • Li Shujiang and Karl W. Luckert. 1994. Mythology and Folklore of the Hui, a Muslim Chinese People. SUNY Press.
  • Mackenzie, Donald A. 1923. Myths of China and Japan. Gresham.
  • Read, Bernard E. 1934. "Chinese Materia Medica VII; Dragons and Snakes," Peking Natural History Bulletin8.4:279-362.
  • Schuessler, Axel. 2007. ABC Etymological Dictionary of Old Chinese. University of Hawaii Press.
  • Visser, Marinus Willern de. 1913. The Dragon in China and Japan. J. Müller.
  • Watson, Burton, tr. 1993. Records of the Grand Historian, by Sima Qian. Columbia University Press.
[sunting | sunting sumber]