Pergi ke kandungan

Pyongyang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pyongyang (ڤيوڠيڠ)
Bandaraya pemerintahan langsung
Bandaraya Pemerintahan Langsung Pyongyang
Transkripsi  
 • Chosŏn'gŭl평양직할시
 • Hancha直轄市
 • McCune-ReischauerP'yŏngyang Chikhalsi
 • Perumian SemakanPyeongyang Jikhalsi
Dari kiri atas ikut pusingan jam: Pemandangan bandaraya, Menara Juche, Istana Matahari Kumsusan, Gerbang Kemenangan, Gerbang Penyatuan Semula, Makam Dongmyeong dari Goguryeo dan Stesen Puhŭng, Metro Pyongyang
Dari kiri atas ikut pusingan jam: Pemandangan bandaraya, Menara Juche, Istana Matahari Kumsusan, Gerbang Kemenangan, Gerbang Penyatuan Semula, Makam Dongmyeong dari Goguryeo dan Stesen Puhŭng, Metro Pyongyang
Nama panggilan: 력동적 로동 (Korea: "Buruh yang Dinamik")
NegaraKorea Utara
KawasanP'yŏngan
Diasaskan1122 S.M.
Keluasan
 • Jumlah3,194 km2 (1,233 batu persegi)
Aras
27 m (89 ft)
Penduduk
 • Jumlah2,581,076
Zon waktuUTC 8:30 (PYT)
 • Musim panas (DST)UTC 8:30 (Tiada)
Pyongyang
Hangul평양 직할시
Hanja平壤直轄市
Perumian SemakanPyeongyang Jikhalsi
McCune–ReischauerP'yŏngyang Chikhalsi

Pyongyang (Korea: 평양, 平壤) merupakan ibu negara bagi Republik Demokratik Rakyat Korea atau Korea Utara dan ia adalah bandar terbesar di negara itu. Bandaraya ini terletak di tebing Sungai Taedong. Populasi rasmi bandaraya ini tidak diumumkan; diberi 2,741,260 pada tahun 1993, dan dilaporkan pada 2.5 dan 3.8 juta pada tahun 2002 dan 2003 oleh Chongryon, sebuah pertubuhan penyokong Korea Utara di Jepun.

Bandaraya ini dipisahkan dari wilayah P'yŏngan Selatan pada tahun 1946 dan ditadbir sebagai sebuah Bandaraya Pemerintahan Langsung (직할시, Chikhalsi), pada peringkat yang sama seperti kerajaan wilayah, bukannya Bandaraya Khas (특별시, Teukbyeolsi) seperti di Seoul, Korea Selatan. Sesetengah sumber mengatakan, kebanyakan golongan tua dan rakyat Korea Selatan, menggelar P'yŏngyang sebagai Bandaraya Khas, tetapi pernah dilaporkan juga bahawa kerajaan Korea Selatan pula diberikan status Bandaraya Pemerintahan Langsung pada tahun 1994.

Pemandangan satelit P'yŏngyang.

Pada tahun 1955, sebuah desa kuno besar di kawasan P'yŏngyang bernama Kǔmtan-ni dikorek oleh ahli arkeologi yang menemui pendudukan prasejarah dari zaman tembikar Chǔlmun dan Mumun[2].

Menurut legenda, kota ini diasaskan pada tahun 2333 SM dengan nama Wanggŏmsŏng (왕검성; 王儉城) dan menjadi sebuah bandaraya utama pada zaman Gojoseon.

Pada tahun 108 SM, China Dinasti Han menawan Gojoseon dan ibu negara Komanderi Lelang terletak berhampiran Pyongyang. Lelang kekal sebagai sebuah kota kara komersial dan kebudayaan yang penting sehingga diranapkan oleh kerajaan Goguryeo yang berkembang pada tahun 313.

Goguryeo berpindah ke ibu negerinya di sini pada tahun 427. China Dinasti Tang dan Silla bersekutu lalu menumbangkan Goguryeo pada tahun 668. Pada tahun 676, Pyongyang dirampas oleh Silla tetapi meninggalkannya di sempadan dengan Balhae sehingga dinasti Goryeo, apabila kota ini dibangkitkan semula sebagai Sŏgyŏng (서경; 西京; "Ibu Kota Barat") meskipun tidak pernah dijadikan ibu negeri Goryeo. Kota ini menjadi ibu wilayah P'yŏngan pada dinasti Joseon, ibu wilayah P'yŏngan Selatan sejak tahun 1896 dan melalui zaman pemerintahan Jepun.

Pada tahun 1945, pemerintahan Jepun berakhir dan Pyongyang diduduki tentera Soviet, lalu menjadi ibu negara sementara Republik Rakyat Demokratik Korea yang baru ditubuhkan pada tahun 1948 dan hendak menawan semula ibu negara rasminya pada masa itu iaitu Seoul. Pyongyang nyrais ranap dalam Perang Korea, apabila diduduki tentera Korea Selatan untuk masa yang singkat. Selepas perang, bandaraya ini dibina semula dengan cepatnya dengan bantuan Soviet, maka banyak bangunan dibina berteraskan seni bina Leninis-Stalinis.

Pembahagian pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

P'yŏngyang dibahagi kepada 19 wad (ku- atau guyŏk) (kawasan bandaraya sebenar) dan 4 daerah (kun atau gun). [3]

  • Chung-guyŏk (중구역; 中區域)
  • P'yŏngch'ŏn-guyŏk (평천구역; 平川區域)
  • Pot'onggang-guyŏk (보통강구역; 普通江區域)
  • Moranbong-guyŏk (모란봉구역; 牡丹峰區域)
  • Sŏsŏng-guyŏk (서성구역; 西城區域)
  • Sŏn'gyo-guyŏk (선교구역; 船橋區域)
  • Tongdaewŏn-guyŏk (동대원구역; 東大院區域)
  • Taedonggang-guyŏk (대동강구역; 大同江區域)
  • Sadong-guyŏk (사동구역; 寺洞區域)
  • Taesŏng-guyŏk (대성구역; 大城區域)
  • Man'gyŏngdae-guyŏk (만경대구역; 萬景台區域)
  • Hyŏngjesan-guyŏk (형제산구역; 兄弟山區域)
  • Ryongsŏng-guyŏk (룡성구역; 龍城區域)
  • Samsŏk-guyŏk (삼석구역; 三石區域)
  • Sŭngho-guyŏk (승호구역; 勝湖區域)
  • Ryŏkp'o-guyŏk (력포구역; 力浦區域)
  • Rakrang-guyŏk (락랑구역; 樂浪區域)
  • Sunan-guyŏk (순안구역; 順安區域)
  • Ŭnjŏng-guyŏk (은정구역; 恩情區域)
  • Kangnam-gun (강남군; 江南郡)
  • Chunghwa-gun (중화군; 中和郡)
  • Sangwŏn-gun (상원군; 祥原郡)
  • Kangdong-gun (강동군; 江東郡)

Mercu tanda

[sunting | sunting sumber]

Ibu kota ini telah dibina semula sepenuhnya sejak Perang Korea (19501953), direka dengan lebuh lebar, monumen yang mengagumkan, dan bangunan yang tersergam teguh. Struktur tertinggi di bandaraya ini ialah 330-meter (1,083-kaki) Hotel Ryugyŏng yang belum siap. Hotel ini mempunyai 105 tingkat, merangkumi ruang lantai seluas 361,000 meter persegi (3,885,772 kaki persegi), dan dirancang beralaskan restoran berputar di bahagian atasnya. Bagaimanapun, pembinaan terbengkalai sejak awal 1990-an dan bangunan ini kekal kelompangan.

Mercu-mercu tanda terpenting di bandaraya ini termasuk Istana Peringatan Kumsusan, Gerbang Kejayaan (yang banyak diilhamkan oleh Arc de Triomphe Paris tetapi lebih besar saiznya), tempat yang dikatakan tempat kelahiran Kim Il-sung di Bukit Mangyongdae, Menara Juche, dan dua daripada stadium terbesar di dunia (Stadium Kim Il Sung dan Stadium Hari Buruh Rungnado). Menara TV Pyongyang ialah sebuah mercu tanda kecil. Tarikan pengunjung lain termasuk Zoo Pusat Korea dan patung emas gergasi dua orang pemimpin Korea Utara. Gerbang Penyatuan Semula menampakkan peta tanah Korea yang disatukan, disokong oleh dua buah patung konkrit berbentuk wanita Korea berpakaian tradisional merentangi Lebuh Raya Penyatuan Semula berbilang lorong yang menghubungkan Pyongyang dengan Zon Bebas Tentera.

Orang dari Pyongyang

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ http://data.un.org/Data.aspx?q=city population&d=POP&f=tableCode:240
  2. ^ National Research Institute of Cultural Heritage. 2001. Geumtan-ri. Hanguk Gogohak Sajeon [Dictionary of Korean Archaeology], pp. 148-149. NRICH, Seoul. ISBN 89-5508-025-5
  3. ^ "행정구역현황 (Haengjeong Guyeok Hyeonhwang)". NK Chosun. Dicapai pada 2006-01-10. Juga Administrative divisions of North Korea (rujukan untuk Hanja)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


  • Pyongyang on Wikimapia, The most comprehensive open-source map of the capital of the DPRK.
  • North Korea Uncovered, (North Korea Google Earth) the most authoritative mapping of Pyongyang's political, cultural, and economic infrastructure on Google Earth.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Chris Springer, Pyongyang: The Hidden History of the North Korean Capital. Saranda Books, 2003. ISBN 963-00-8104-0.
  • Robert Willoughby, North Korea: The Bradt Travel Guide. Globe Pequot, 2003. ISBN 1-84162-074-2.

Buku bergambar

[sunting | sunting sumber]
  • Christian Kracht, Eva Munz, Lukas Nikol, "The Ministry Of Truth. Kim Jong Ils North Korea", Feral House, Oct 2007, 132 pages, 88 color photographs, ISBN 978-932595-27-7