Pergi ke kandungan

Putera Bersama Andorra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kerajaan Andorra
Copríncep d'Andorra
Penjawat kini
Joan Enric Vives Sicília
sejak 12 Mei 2003
Co-incumbent
Emmanuel Macron
sejak 14 Mei 2017
Butiran
GelaranYang Terutama
(Sa Excel·lència)
Penyandang pertamaPere d'Urtx
Roger-Bernard III
Pembentukan1278
PersemayamanKatedral La Seu d'Urgell
Istana Élysée
PelantikPaus (seumur hidup)
Rakyat Perancis (setiap lima tahun, boleh diperbaharui sekali)

Kerajaan Bersama Andorra merupakan ketua-ketua negara (Cap de l'Estat)[1] Andorra, sebuah negara mikro yang terletak dalam pergunungan Pyrene di antara Perancis dan Sepanyol. Pemerintahan diarkikal ini diasaskan pada tahun 1278 melalui perjanjian antara Uskup Urgell dan Adipati Foix dari Perancis, lalu telah lama bertahan dari sebelum Zaman Pertengahan lagi sehinggalah ke hari ini.

Uskup Urgell (kini dijawat Joan Enric Vives Sicília) kekal dalam tampuk kekuasaannya sebagai seorang "Putera Andorra", namun pemindahan kuasa Bupati Foix kepada pemerintahan beraja Perancis dan seterusnya kepada Presiden dari Republik Perancis turut menjadikan penguasa ini mewarisi penjawatan secara bergandingan (kini dipegang Emmanuel Macron). Kedua-dua penguasa ini melantik wakil peribadi mereka - kini diwakili Patrick Strzoda (bagi pihak Perancis) dan Josep Maria Mauri (bagi pihak Urgell).

Peranan dalam politik kontemporari

[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan Andorra mentakrifkan secara telitinya peranan dan prerogatif kedua-dua Putera Bersama negara tersebut pada hari ini. Teks tersebut menyatakan Andorra sebagai suatu "negara kerajaan bersama berparliamen",[2] yang mewajibkan Presiden Perancis dan Biskop Urgell berkhidmat bersama sebagai ketua-ketua negara tersebut.[3] Perlembagaan ini turut membezakab antara kuasa yang boleh dilaksanakan mereka dengan sendirinya (Perkara 46), dengan tandatangan balas ketua kerajaan Andorra atau persetujuan Síndic General ("Majlis Am"), iaitu badan perundangan Andorra (Perkara 45).

Kuasa-kuasa yang boleh dilaksanakan kedua-dua Putera ini dengan sendirinya termasuk:[4]

  • Pelaksanaan bersama kuasa pengampunan kepada pesalah;
  • Pelantikan seorang ahli Majlis Keadilan Agung (Consell Superior de la Justícia) dan seorang ahli Tribunal Perlembagaan (Tribunal Constitucional);
  • Penubuhan perkhidmatan yang dianggap perlu bagi memenuhi prerogatif perlembagaan mereka, and pelantikan individu untuk menjawat perkhidmatan tersebut;
  • Permohonan pengadilan preliminary judgement mengenai keperlembagaan suatu undang-undang atau persetujuan antarabangsa;
  • Penyutujuan teks sebarang perjanjian antarabangsa sebelum ia dihantar kepada Parlimen untuk disahkan;
  • Pembawaan suatu kes kepada Tribunal Perlembagaan dalam keadaan berlakunya konflik berkaitan perlaksanaan prerogratif perlembagaan mereka.

Kuasa-kuasa yang boleh dilaksanakan mereka bersama ketua kerajaan termasuk:[5]

  • Mengumumkan pilihan raya atau pungutansuara mengikut persediaan dalam perlembagaan;
  • Pelantikan ketua kerajaan mengikut persediaan dalam perlembagaan;
  • Pembubaran Majlis Am (badan perundangan Andorra) sebelum luputnya penggal terkininya (namun tidak sehingga satu tahun selepas pilihan raya dibuat);[6]
  • Mentauliahkan wakil diplomat Andorra ke negara asing dan menerima watikah wakil diplomatik asing ke Andorra;
  • Melantik pemegang jawatan mengikut persediaan dalam perlembagaan yang bersesuaian;
  • Membolehkan dan menguatkuasakan undang-undang mengikut persediaan dalam perlembagaan;
  • Memberikan kebenaran formal terhadap perjanjian anatarabangsa setelah diratifikasikan Majlis Am.

Setiap Putera diberikan elaun yang tetap oleh Majlis Am untuk digunakan sepertimana yang dikehendaki baginda.[7] Putera ini juga melantik wakil persendirian baginda di Andorra,[8] dan Perlembagaan membenarkan seorang Putera memerintah menggantikannya dengan persetujuan ketua kerajaan atau Majlis Am Andorra, sekiranya putera tersebut tidak dapat melakukan tugasnya seperti yang sepatutnya.[9]

Terdapat beberapa perjanjian tertentu yang memerlukan penglibatan kedua-dua putera ini (atau wakil yang dilantik) dalam proses perundingan serta pengesahan akhir mereka; hal ini diperincikan dalam Perkara 66 dan 67 dalam Perlembagaan.

Kedua-dua putera ini bersama mengekalkan hak mengusulkan pemindaan dalam perlembagaan yang turut dipegang Majlis Am.[10] Mereka tiada kuasa veto ke atas undang-undang yang diluluskan Majlis Am, namun mereka tetap mempunyai veto terhadap perjanjian antarabangsa tertentu, sepertimana yang dijelaskan di atas.

  1. ^ "The constitution of the Principality of Andorra". Andorramania. Dicapai pada 8 Februari 2018.
  2. ^ Perlembagaan Andorra, 1:4.
  3. ^ Perlembagaan Andorra, 43:1-2.
  4. ^ Perlembagaan Andorra, Perkara 46.
  5. ^ Perlembagaan Andorra, Perkara 45.
  6. ^ Perlembagaan Andorra, 45:1:E dan 71:1-3.
  7. ^ Perlembagaan Andorra, 47.
  8. ^ Perlembagaan Andorra, 48.
  9. ^ Perlembagaan Andorra, 45:3.
  10. ^ Perlembagaan Andorra, 105.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]