Putar belit plot
Putar belit plot (bahasa Inggeris: Plot twist ) ialah teknik penceritaan yang mengubah hala tuju atau hasil jauh daripada yang dijangkakan daripada mengikuti jalan cerita sesebuah karya cereka,[1] ia boleh dilakukan pada akhir atau penamat cerita (putar belit).[2] baik secara perlahan-lahan ("jangka panjang") mahupun dengan segera dalam beberapa saat ("jangka pendek").[3] Pelencongan ini adakalanya boleh dimaklumkan secara tersirat sebelum saat perubahan ini berlaku, namun jejak ke arah lencongan ini boleh juga disamarkan dengan butiran yang boleh memberikan pelbagai tafsiran berbeza mengikut amatan penonton.
Pembongkaran hala tuju yang berubah ini dapat menjejaskan persepsi penonton terhadap peristiwa sebelumnya, atau memperkenalkan konflik baru yang menempatkannya dalam konteks yang berbeda. Sekiranya pembongkaran ini dilakukan sebelum karya ditonton sempat menunjukkan perubahan dalam hala tuju cerita, maka jalan cerita tersebut dikira sudah "terbeber".
Jenis pelaksanaan
[sunting | sunting sumber]Pelaksanaan lencongan ini dikenal pasti melalui beberapa kaedah:
- Anagnorisis - penemuan dilakukan protagonis terhadap perwatakan atau pengenalan baik dirinya sendiri mahupun watak yang disemuka.[4]
- Deus ex machina - kemunculan sesuatu watak, alat atau kejadian secara tiba-tiba dan tidak bermunsabah untuk menyelesaikan konflik atau kerumitan dalam jalan cerita.[5]
- Imbas kembali - pembawaan jalan cerita kepada latar masa sebelum bermulanya cerita utama[6] yang memaklumkan penonton terhadap suatu misteri atau sisi berbeza seseorang watak
- Peripeteia - perubahan nasib dialami watak protagonis kepada keadaan asal secara munasabah[7] berlawanan dengan deus ex machina.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ralph Stuart Singleton; James A. Conrad; Janna Wong Healy (1 August 2000). Filmmaker's dictionary. Lone Eagle Pub. Co. m/s. 229. ISBN 978-1-58065-022-9. Dicapai pada 27 July 2013.
- ^ Judith Kay; Rosemary Gelshenen (26 February 2001). Discovering Fiction Student's Book 2: A Reader of American Short Stories. Cambridge University Press. m/s. 65. ISBN 978-0-521-00351-3. Dicapai pada 27 July 2013.
- ^ Alamsyah, Isa (2018). PLOT TWIST. Depok: AsmaNadia Publishing House. m/s. 116. ISBN 9786029055757.
- ^ Chris Baldick (2008). The Oxford Dictionary of Literary Terms. Oxford University Press. m/s. 12. ISBN 978-0-19-920827-2. Dicapai pada 23 July 2013.
- ^ Joseph Twadell Shipley (1964). Dictionary of World Literature: Criticism, Forms, Techniques. Taylor & Francis. m/s. 156. GGKEY:GL0NUL09LL7. Dicapai pada 23 July 2013.
- ^ Chris Baldick (2008). The Oxford Dictionary of Literary Terms. Oxford University Press. m/s. 13. ISBN 978-0-19-920827-2. Dicapai pada 23 July 2013.
- ^ Michael Payne; Jessica Rae Barbera (31 March 2010). A Dictionary of Cultural and Critical Theory. John Wiley & Sons. m/s. 689. ISBN 978-1-4443-2346-7. Dicapai pada 23 July 2013.