Pergi ke kandungan

Pulau Payar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pulau Payar
Pulau Payar dikunjungi pelancong
Map
Geography
LocationTaman Laut Pulau Payar
Coordinates6°03′41″N 100°02′23″E / 6.06139°N 100.03972°E / 6.06139; 100.03972
Area0.29 km2 (0.11 bt2)
Length1.75 km (1.087 mi)
Width500 m (1,600 ft)
Coastline3.35 km (2.082 mi)
Highest point90 m
Administration
Negeri Kedah
DaerahKota Setar
MukimKuala Kedah

Pulau Payar merupakan salah satu daripada empat pulau yang terletak dalam Taman Laut Pulau Payar, Kedah.[1] Pulau ini merupakan pulau terbesar dalam Taman Laut Pulau Payar dengan keluasan 31.2 hektar. Pulau ini juga telah digazetkan sebagai taman laut pada tahun 1994 di bawah Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1993).[2]

Pulau Payar mempunyai keluasan sebanyak 31.2 hektar dengan panjang kira-kira 1.75 km dan lebar lebih kurang 500 meter. Daratan pulau ini meningkat ke 80-90 meter melebihi paras laut ke kawasan paling tinggi. Garis pantai pulau ini lebih kurang 3.35 km dengan kawasan pantai yang sangat terhad dan tanah rata tanpa sumber air tawar. Terdapat empat pantai berpasir di sebelah timur pulau ini. Pantai di sepanjang timur barat dipenuhi batuan dan cenuram yang curam serta saluran yang terbentuk oleh ombak.Seluruh pulau diliputi dengan tumbuhan yang padat. Terdapat beberapa pulau lain yang terletak berdekatan dengan pulau ini iaitu Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang.[2]

Di sekitar pulau, terdapat denai pejalan kaki khas dan pemandangan yang boleh dilihat termasuklah keluang endemik, biawak dan shore pit viper, memerhatikan burung dari 21 spesies burung liar seperti lang siput, crested serpent eagle dan pergam.[2]

Perhubungan

[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga pintu masuk utama ke Taman Laut Payar. Laluan paling hampir adalah dari Kuala Kedah. Perjalanan menggunakan bot mengambil masa 30 minit dari Kuala Kedah, dan dari Pulau Langkawi mengambil masa lebih kurang 1 jam. Perkhidmatan feri juga boleh didapati dari Pulau Pinang dan pengunjung akan sampai ke Pulau Payar dalam masa kira-kira dua jam. Perkhidmatan feri dari Pulau Langkawi dan Pulau Pinang boleh didapati setiap hari.[2]

  1. ^ "Pulau Paya, Malaysia". www.geonames.org. Dicapai pada 2023-12-16.
  2. ^ a b c d "TAMAN LAUT KEDAH < Taman Laut & Pengurusan Sumber". Taman Laut & Pengurusan Sumber. Dicapai pada 2023-12-16.