Pergi ke kandungan

Pudina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pudina
Mentha × piperita
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Mentha

Spesies jenis
Mentha spicata
Sinonim[1]

Pudina atau asa[2] merupakan sejenis tumbuhan herba dalam genus Mentha keluarga Lamiaceae.[1] Sebanyak 13 hingga 24 spesies berbeza dikirakan daripada genus ini.[3][1]

Taburan spesies-spesies jenis pokok ini besar mencakup Eropah, Selatan Afirka, Asia, Australia, Oceania, Amerika Utara dan Amerika Selatan.[4] Pengacukan berlaku secara semula jadi apabila kawasan taburan dua spesies yang berbeza menindan.

Daun-daunnya mengandungi bahan mentol yang mencetuskan tindak balas kimia dan memberikan rasa nyaman apabila dihidu, dimakan atau disapu pada kulit.[5]

Nama pudina (Jawi: ڤودينا) dipinjamkan daripada perkataan Hindi: पुदीना, rumi: pudīna daripada kata-kata bahasa Parsi پودنه pudna atau پونه puna yang dipakai kepada spesies Mentha pulegium.[6]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Nama genus Mentha dijejak kepada kata bahasa Latin mentha atau menta,[7] daripada kata-kata μίνθα mintha, μίνθη minthē atau μίντη mintē dalam bahasa Yunani Purba yang dipakai kepada spesies Mentha × piperita.[8]

Setakat Disember 2020, Plants of the World Online telah menerima spesies-spesies berikut:[1]

Pokok spesies-spesies dalam genus pudina jenis tumbuhan saka herba. Ia mempunyai batang rayap yang muncul di atas dan bawah tanah[9] dan batang berdahan yang tegak dan bersegi.[10] Pokok pudina boleh tumbuh setinggi 10–120 sentimeter.

Bulir bunga Mentha × piperita.

Daun-daunnya disusun bertentangan. Helai daunnya berbentuk bujur atau mata lembing, berbulu halus dan bertepi gerigi. Daun pokok boleh datang dalam warna hijau gelap dan hijau kekelabuan ke ungu, biru dan kadang-kadang kuning.[4]

Bunganya berwarna putih atau ungu dan muncul daripada bulir tinggi di ketiak daun.[11] Buahnya seperti kekeras yang mengandungi satu hingga empat biji benih.

Terdapat pelbagai jenis pudina di seluruh dunia, antaranya:

  • Mentha spicata "moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot,
  • Mentha aquatica untuk merawat cirit-birit
  • Mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya.

Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.

  1. ^ a b c d "Mentha L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 1 Disember 2022.
  2. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "asa". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 47-48 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  3. ^ Bunsawat, Jiranan; Elliott, Natalina E.; Hertweck, Kate L.; Sproles, Elizabeth; Alice, Lawrence A. (2004). "Phylogenetics of Mentha (Lamiaceae): Evidence from Chloroplast DNA Sequences". Systematic Botany. 29 (4): 959–964. doi:10.1600/0363644042450973. JSTOR 25064024. S2CID 86816849.
  4. ^ a b Brickell, Christopher; Zuk, Judith D. (1997). The American Horticultural Society: A-Z Encyclopedia of Garden Plants. New York, Amerika Syarikat: DK Publishing. m/s. 668. ISBN 978-0-7894-1943-9.
  5. ^ Eccles, R. (1994). "Menthol and Related Cooling Compounds". Journal of Pharmacy and Pharmacology. 46 (8): 618–630. doi:10.1111/j.2042-7158.1994.tb03871.x. PMID 7529306. S2CID 20568911.
  6. ^ Mohammadifar, Shamameh (2022) [1 Januari 2000]. "Mint". Encyclopaedia Iranica (ed. online). Encyclopaedia Iranica Foundation. Dicapai pada 1 Disember 2022.
  7. ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "menta (mentha)". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
  8. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "μίνθα and μίνθη". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  9. ^ Aflatuni, Abbas; Uusitalo, J.; Ek, S.; Hohtola, A. (Januari–Februari 2005). "Variation in the Amount of Yield and in the Extract Composition Between Conventionally Produced and Micropropagated Peppermint and Spearmint". Journal of Essential Oil Research. 17 (1): 66–70. doi:10.1080/10412905.2005.9698833. S2CID 97042181. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2007. Dicapai pada 10 Mei 2005.
  10. ^ Rose, Francis (1981). The Wild Flower Key. Frederick Warne & Co. m/s. 310. ISBN 978-0-7232-2419-8.
  11. ^ Mohlenbrock, Robert H. (2014). Vascular Flora of Illinois: A Field Guide (ed. 4th). Southern Illnois University Press. m/s. 256. ISBN 978-0-8093-3208-3.