Portal:Politik
Satu pilihan raya kecil telah diadakan bagi bagi bahagian pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Ia merupakan pilihan raya kecil ke-9 di Malaysia selepas pilihan raya umum 2008. Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor akibat jangkitan di dalam darah. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan bahawa tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober 2009 manakala 11 Oktober 2009 sebagai tarikh pilihan raya kecil ini. Pada 3 Oktober 2009, setelah ditutup pencalonan, didapati bahawa pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara Barisan Nasional yang diwakili oleh calon UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dengan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Zulkefly Mohamad Omar. Setelah dibuat pengiraan pada 11 Oktober 2009, didapati bahawa calon BN, Tan Sri Isa Samad secara rasmi menang besar di dalam pilihan raya kecil kali ini dengan majoriti yang lebih besar berbanding sebelumnya iaitu sebanyak 5,435 undi. (Rencana penuh...)
Dewan Besar Rakyat (人民大会堂 Rénmín Dàhuìtáng) merupakan bangunan persidangan bagi Kongres Rakyat Kebangsaan iaitu badan perundangan untuk Republik Rakyat China. Bangunan ini terletak di pinggir barat Dataran Tiananmen di Beijing. (Kredit gambar: Thomas.fanghaenel) |