Pergi ke kandungan

Portal:Bahasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Selamat Datang ke Portal Bahasa
سلامت داتڠ کڤورتل بهاس

Sistem tulisan Rumpun bahasa Kategori Semua portal
Bahasa ialah suatu sistem lambang bunyi suara yang arbitrari yang digunakan oleh anggota sesuatu kelompok manusia untuk berhubung. Bahasa juga merupakan suatu sistem berasaskan simbol atau secara amnya dikenali sebagai leksem dan peraturan bagaimana bahasa itu dimanipulasikan. Perkataan "bahasa" ini juga digunakan untuk merujuk kepada keseluruhan fenomena bahasa itu sendiri iaitu ciri-ciri umum bahasa. Walaupun bahasa bersinonim sebagai alat perhubungan atau komunikasi, ia sebenarnya bukanlah sinonim dengannya. Kajian saintifik mengenai bahasa, perkembangan sejarah, ciri-ciri dan penggunaan bahasa dalam masyarakat dikenali sebagai linguistik. Selain itu, terdapat beberapa bahasa buatan seperti bahasa Esperanto yang telah dicipta oleh Ludwig Lazarus Zamenhof dan bahasa Klingon.

Rencana pilihan
رنچان ڤيلهن

Salah satu penerbitan awal bagi mempelajari bahasa Melayu di Jepun.
Salah satu penerbitan awal bagi mempelajari bahasa Melayu di Jepun.

Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan. Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/Urdu.

Kongsikan: Kongsikan melalui Facebook Kongsikan melalui Twitter Kongsikan melalui Google

Senarai
سناراي

Rencana berkualiti


Bahasa di dunia


Jenis bahasa

Bahasa aglutinatifBahasa fleksiBahasa isolatifBahasa istanaBahasa isyaratBahasa kebangsaanBahasa kreolBahasa matiBahasa pencilanBahasa pertuturanBahasa pijinBahasa polisintetikBahasa purbaBahasa sejadiKepelbagaian bahasaKepupusan bahasaLoghat


Sistem tulisan

Gambar pilihan
ݢامبر ڤيليهن

Bahasa Perancis
Bahasa Perancis
Taburan loghat bahasa Perancis

Bahasa Perancis (le français, la langue française) merupakan satu bahasa yang berasal dari Perancis, Belgium, Luxembourg dan Switzerland. Pada hari ini, bahasa Perancis dituturkan oleh lebih 300 juta orang di seluruh dunia sebagai bahasa ibunda atau bahasa kedua.

Kongsikan: Kongsikan melalui Facebook Kongsikan melalui Twitter Kongsikan melalui Google

Kategori
کاتݢوري

Portal saudara
ڤورتل ساودارا

Projek Wikimedia
ڤروجيک ويکيميديا