Pon no Michi
Pon no Michi | |
Fail:Pon no Michi anime key visual.jpg | |
ぽんのみち | |
---|---|
Genre | Sukan (mahjong) |
Diciptakan oleh | IIS-P |
Manga | |
Pengarang | IIS-P |
Ilustrasi | Tsukasa Unohana |
Penerbit | Kodansha |
Demografik | Shōjo |
Majalah Asal | Nakayoshi |
Tarikh Pengeluaran | 1 September 2023 – 1 Mac 2024 |
Jilid | 1 |
Anime | |
Pengarah | Tatsuma Minamikawa |
Skrip/Penulis | Tatsuma Minamikawa |
Lagu/Muzik |
|
Studio | OLM Team Inoue |
Dilesenkan oleh | Mediatoon Distribution |
Penyiaran Asal | MBS, TBS, BS-TBS, RCC, AT-X |
Dikeluarkan pada | 6 Januari 2024 – 23 Mac 2024 |
Manga | |
Pon no Michi: Ryūkyoku Shānyū-hen | |
Pengarang | Jun Endo |
Penerbit | Kodansha |
Demografik | Seinen |
Majalah Asal | YanMaga Web |
Tarikh Pengeluaran | 8 Januari 2024 – kini |
Pon no Michi (ぽんのみち , harafiah. "Jalan ke atas Pon") ialah tajuk televisyen anime original yang diasas oleh IIS-P. Ilustrasi frame anime dibuat oleh OLM. Pon no Michi tayang dari bulan Januari sehingga March 2024. Versi manga telah terbit di majalah shojo Kodansha Nakayoshi yang dilukis oleh Tsukasa Unohana dari September 2023 sehingga Mac 2024.
Manga seinen siri ini yang bertajuk Pon no Michi: Ryūkyoku Shanyū-hen telah terbit pada 8 Januari 2024 yang ditulis dan dilukis oleh Jun Endo.
Ikhtisar
[sunting | sunting sumber]Seorang gadis pelajar darjah satu Sekolah Menengah Atas Onomichi yang bernama Nashiko Jippensha, dipaksa angkat kaki dari rumahnya sebab sering membuat kecoh di dalam rumah. Nashiko yang merasa sedih kemudian mendapat panggilan telefon dari ayahnya, Ayah Nashiko menawarkan tempat bermastautin sampai kemarahan Ibu Nashiko surut. Bersama sahabatnya yaitu Pai Kawashima, mereka berdua membersihkan tempat yang dipenuhi sarang labah-labah itu. Keduanya menyadari bahawa tempat itu dahulu ialah salah satu kiosk yang ramai di Hiroshima. Nashiko berlatih mahjong setiap hari di pangkalan bermain baharunya.
Watak
[sunting | sunting sumber]- Nashiko Jippensha (十返舎 なしこ , Jippensha Nashiko)
- Disuarakan oleh: Kaori Maeda[1]
- Nashiko merupakan puteri kepada sang pemilik kiosk mahjong yang kini telah tutup, selepas angkat kaki dari rumah ia bermastautin dan mengajak teman-temannya untuk bermain di sana. Rakan sedarjahnya banyak yang melihatnya sebagai "orang kuno" kerana bercakap sehari-hari mengguna dialek Hiroshima dan tidak tahu cara bermain pelbagai jenis sukan atau permain, salah satunya ialah mahjong meskipun pada akhirnya ia mulai pandai bermain.
- Pai Kawahigashi (河東 ぱい , Kawahigashi Pai)
- Disuarakan oleh: Iori Saeki
- Pai ialah sahabat Nashiko yang mengajarinya teknik permulaan bermain mahjong. Dia sering bermain ke rumah gadis itu. Mempunyai sifat yang setia dan penyabar.
- Izumi Tokutomi (徳富 泉 , Tokutomi Izumi)
- Disuarakan oleh: Shion Wakayama
- Izumi ialah salah satu teman sedarjah Nashiko yang lebih handal dalam bermain mahjong. Semasa acara keluarga, ia sering mencabar sepupu atau saudaranya bermain permainan di atas papan itu.
- Riche Hayashi (林 リーチェ , Hayashi Rīche)
- Disuarakan oleh: Yui Kondo
- Riche ialah gadis yang sering berjalan lewat kiosk yang telah tutup. Saat kiosk itu kembali buka, ia mengatakan keinginannya untuk bermain mahjong. Riche dengan cepat akrab bersama Nashiko dan teman-temannya.
- Chonbo (チョンボ )
- Disuarakan oleh: Akio Ohtsuka
- Chonbo ialah jin di dalam mahjong berbentuk seperti burung ciak. Dia hanya tampak kalau dilihat oleh Nachiko.
- Haneru Emi (江見 跳 , Emi Haneru)
- Disuarakan oleh: Hibiku Yamamura
- Emi ialah gadis yang menyukai permainan mahjong dari Hiroshima. Dia datang ke kiosk Nachiko selepas perlawanan mahjong online dan persahabatannya bersama gadis itu bermula.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hazra, Adriana (September 1, 2023). "Pon no Michi Original Anime Reveals New Cast Member, Visual". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada September 1, 2023. Dicapai pada September 1, 2023.