Pergi ke kandungan

Pili bomba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah pili bomba di Charlottesville, Virginia, Amerika Syarikat

Pili bomba ialah titik sambungan di mana pasukan bomba boleh membuka bekalan air yang tersedia untuk memadam kebakaran. Ia adalah komponen perlindungan kebakaran aktif.

Pengendalian

[sunting | sunting sumber]

Pengguna menghubungkan hos ke pili bomba seterusnya membuka suatu injap padanya untuk mengalirkan air dengan kuatnya pada 350 kPa (tekanan ini berbeza menurut kawasan dan tergantung pada berbagai faktor termasuk saiz dan lokasi bekalan air yang terhubung). Pengguna boleh menghubungkan hos ini kepada sebuah kereta bomba yang menggunakan pam kuat untuk meningkatkan tekanan air dan mungkin membahagikan alirannya. Hos boleh disambungkan dengan sambungan berulir, "penyambung cepat" segera atau penyambung Storz. Pengguna harus berwaspada agar tidak membuka atau menutup pili kebakaran dengan terlalu cepat kerana perbuatan ini boleh menyebabkan "tukul air" (water hammer) yang boleh merosakkan paip dan peralatan berdekatan . Air di dalam barisan hos yang diketatkan menyebabkan ia menjadi sangat berat dan tekanannya yang tinggi menyebabkan ia mengkaku lalu tidak dapat membelok apabila aliran tersebut menjadi bertekanan. Halangan yang ada di sekitar pili bomba tidak akan mengganggu fungsi pili kerana ruang untuk meletakkan dan menghubungkan hos masih mencukupi.

Ahli bomba yang mengendalikan pili bomba biasanya memakai kelengkapan perlindungan yang bersesuaian seperti sarung tangan dan topi keledar berperisai muka. Hal ini kerana air bertekanan tinggi yang mengalir melalui sesebuah pili yang usang dan terhakis boleh menyebabkan lalu mencederakan ahli bomba yang mengendalikannya mahupun orang awam yang berdekatan.