Perang Teluk
Perang Teluk Perang Teluk Parsi | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Ikut arah jam dari atas: Pesawat Tentera Udara A.S terbang di atas telaga minyak Kuwait yang terbakar; pasukan British di dalam Operasi Granby; pandangan kamera dari pesawat Lockheed AC-130; Lebuhraya Kematian; Kenderaan tempur jurutera M728 | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Kuwait | Iraq | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Jaber Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah Norman Schwarzkopf Colin Powell Khalid bin Sultan[1][2] Margaret Thatcher John Major Peter de la Billière |
Ali Hassan al-Majid | ||||||
Kekuatan | |||||||
- 959,600[3] - 1,820 pesawat pejuang dan penyerang (1,376 A.S, 175 Arab Saudi, 69 Britain, 42 Perancis, 24 Kanada, 8 Itali) - 3,318 kereta kebal (terutamanya M1 Abrams(A.S.),Challenger 1(UK), M60 Patton(A.S.) - 8 kapal pengangkut pesawat - 2 kapal tempur - 20 penjajap - 20 pembinasa - 5 kapal selam[4] |
- 1,000,000 - 649 pesawat pejuang 4,500 kereta kebal (Type-59, Type-69, & T-55 T-62 buatan Iraq, kira-kira 500 T-72 buatan Soviet) [4] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Tembakan musuh: 181 terbunuh 719 cedera 41 ditawan (mangsa rakyat Kuwait tidak diketahui). Tembakan sendiri: 44 maut, 57 cedera Letupan peluru: 11 maut Kemalangan: 145 maut |
20,000-200,000 maut, 80,000 ditawan,[5] 75,000 cedera |
Perang Teluk Parsi(tulisan Jawi : ڤراڠ تلوق ڤرسي) (2 Ogos 1990 – 28 Februari 1991), nama kod Operasi Ribut Padang Pasir (17 Januari, 1991– 28 Februari, 1991) atau ringkasnya dikenali sebagai Perang Teluk, adalah sebuah perang oleh Pasukan Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu menentang Iraq sebagai tindak balas ke atas serangan Iraq ke atas Kuwait. Pasukan Bersekutu telah ditugaskan untuk mengusir pasukan tentera Iraq daripada Kuwait selepas pencerobohan dan pendudukan Iraq ke atas Kuwait pada bulan Ogos 1990. Meskipun terdapat hampir tiga dozen negara-negara yang bergabung dalam tentera Pasukan Bersekutu, majoriti pasukan tentera disumbangkan oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Serangan ke atas Kuwait oleh pasukan tentera Iraq telah menyebabkan sekatan ekonomi dikenakan oleh beberapa anggota Majlis Keselamatan PBB, dengan Amerika Syarikat dan United Kingdom kemudian membuat persediaan untuk berperang. Pengusiran tentera Iraq dari Kuwait bermula pada Januari 1991 dengan kemenangan muktamad dicapai oleh Pasukan Bersekutu, yang telah berjaya mengambil alih Kuwait dan memasuki wilayah Iraq. Pertempuran udara dan darat telah berlaku dalam lingkungan wilayah Iraq, Kuwait dan kawasan sempadan Arab Saudi. Iraq juga telah melancarkan peluru berpandu ke Arab Saudi dan Israel sebagai pembalasan di atas sokongan mereka kepada Pasukan Bersekutu di Kuwait.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Gulf War, the Sandhurst-trained Prince Khaled bin Sultan al-Saud was co commander with General Norman Schwarzkopf www.casi.org.uk/discuss
- ^ General Khaled was Co-Commander, with U.S. General Norman Schwarzkopf, of the allied coalition that liberated Kuwait www.thefreelibrary.com
- ^ Pasukan Bersekutu dalam Perang Teluk (terkini) mengikut negara www.nationmaster.com
- ^ a b Geoffrey Regan, p.214
- ^ Crocker III, H. W. (2006). Don't Tread on Me. New York: Crown Forum. m/s. 386. ISBN 9781400053636.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- An intro to the Persian Gulf War Diarkibkan 2009-02-03 di Wayback Machine
- Gulf War Guide - Iraq, USA, UK Operation Desert storm Diarkibkan 2018-04-01 di Wayback Machine War site with special features on the Gulf War.
- Congressional Research Service (CRS) Reports regarding the Gulf War[pautan mati kekal]
- Saddam Hussein & the invasion of Kuwait.
- CBC Digital Archives - The 1991 Gulf War
- List of Desert Storm POWs Diarkibkan 2010-05-10 di Wayback Machine
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Perang Teluk |