Pergi ke kandungan

Perang Uhud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Peperangan Uhud)
Perang Uhud
Sebahagian daripada Perang Muslim-Quraisy
Gambaran daripada Siyer-i Nebi
Gambaran daripada Siyer-i Nebi

Gambaran daripada Siyer-i Nebi
TarikhSyawal 3 Hijrah (Mac 625 Masihi)
Lokasi
Keputusan Kemenangan Quraisy
Pihak yang terlibat
Orang Islam Quraisy dan sekutunya
Komandan dan pemimpin
Nabi Muhammad s.a.w. Abu Sufyan ibni Harb
Kekuatan
700
(50 pemanah)
3000
(200 tentera berkenderaan pelik )
Kerugian dan korban
70 terkorban 22-37 terkorban[1]

Perang Uhud (Arab: غزوة أحد Ġazwat ‘Uḥud) berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal[1] atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah (dua puluh enam mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy.[2] Perang Uhud adalah pelantar untuk orang quraisya membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.[3]

Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy seramai 3

orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.[1]

Strategi Nabi Muhammad

[sunting | sunting sumber]

Nabi Muhammad s.a.w. telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh. Manakala pasukan pemanah seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit Ainain. Semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang.

Peperangan uhud

[sunting | sunting sumber]

Pertempuran bermula dengan perang tanding antara kedua pihak yang dimenangi pihak Muslim. Kedua-dua pasukan tentera kemudian mula bertempur, dengan tentera Muslim berjaya menggoyahkan tentera musyrik Quraisy. Pasukan pemanah Muslim lalu turun dari Bukit Uhud apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang. Mereka berebut-rebut mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan sehingga mereka lupa larangan Nabi Muhammad supaya tidak meninggalkan Uhud walau apapun yang berlaku.Namun hanya 14 orang pemanah yang beriman sahaja yang tinggal.

Apabila melihat tentera Islam turun dari Bukit Uhud, Khalid bin al-Walid ketua tentera berkuda Quraisy bertindak balas mengelilingi bukit dan melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam serangan tersebut, tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah terbunuh. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir.

Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. masih selamat dengan dilindungi beberapa orang sahabat. Dalam keadaan yang sangat genting itu, Ubai bin Khalaf menghampiri Nabi Muhammad untuk membunuh baginda. Nabi Muhammad sendiri mengambil sebatang tombak dan terus merejam leher Ubai bin Khalaf lalu membunuhnya. Beliau adalah satu-satunya orang yang dibunuh oleh Nabi Muhammad s.a.w. sepanjang hayatnya. [perlu rujukan] Beberapa orang sahabat telah terbunuh ketika bertindak melindungi Nabi Muhammad s.a.w. dengan membuat perisai, namun baginda mengalami luka pada muka, bibir , kedua-dua lutut , pipi dan patah giginya ketika terjatuh ke dalam perangkap yang digali oleh Abu Amar Al Rahab.

Tentera yang terbunuh

[sunting | sunting sumber]
  • Bilangan tentera Islam yang terbunuh
  • dalam peperangan ini kira-kira 70 orang manakala jumlah tentera Quraisy seramai 32 orang.[4]
  • Bapa saudara nabi, Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib telah mati terbunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi. Wahsyi telah membaling lembing lalu terkena tulang rusuk Saidina Hamzah. [5]
  • Nabi Muhammad berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang.

Penghayatan

[sunting | sunting sumber]

Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya kepentingan taat kepada Allah dan Rasul-Nya, selain ketua yang dilantik.

  1. ^ a b c Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "The Battle of Uhud". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras) |format= requires |url= (bantuan) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. m/s. 254–288.
  2. ^ Perang Uhud.
  3. ^ aWatt (1974) m/s. 136
  4. ^ Berundur ke Bukit Uhud Utusan Online. 8 Jun 2011.
  5. ^ Ibn Ishaq (1955) 380—388, dalam Peters (1994) m/s. 218
Buku
  • Abdul Latip bin Talib (2010). Perang Uhud: catatan duka tentera Islam. Malaysia: PTS Litera Sdn Bhd. ISBN 978-983-3892-89-1.
  • Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras) |format= requires |url= (bantuan) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. m/s. 503 m/s. Unknown parameter |nopp= ignored (bantuan)

Koordinat: 24°30′37″N 039°36′50″E / 24.51028°N 39.61389°E / 24.51028; 39.61389buku (ditampal)dalam rahsia/dapat tahu.