Pergi ke kandungan

Penyentuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peyentuh

Penyentuh ialah sejenis peranti elektrik yang berfungsi sebagai suis untuk membuka atau menutup litar elektrik kuasa menggunakan arus elektrik. Ia mungkin beroperasi secara elektromagnet, elektropneumatik atau mekanik.[1]

Penyentuh mempunyai banyak bentuk dengan kapasiti dan ciri-ciri yang perbagai. Tidak seperti pemutus arus, penyentuh tidak digunakan untuk memutuskan arus litar pintas kerana ia hanya digunakan untuk menyambungkan tenaga elektrik kepada beban. Julat arus pemutusnya ialah daripada beberapa ampere sehinggalah beribu-ribu ampere dan 24 V DC sehinggalah banyak kilovolt. Besarnya pula ialah daripada sekecil genggaman tangan sehinggalah sebesar lebih kurang se-meter pada satu bahagiannya.

Penyentuh ada tiga komponen iaitu sesentuh, elektromagnet atau gegelung, dan kurungan. Sesentuh, sama ada ia sesentuh kuasa, sesentuh bantu, atau spring sesentuh ialah bahagian penyentuh yang mengalirkan arus. Gegelung pula membekalkan daya untuk membolehkan sesentuh ditutup. Kurungan ialah rumah bagi sesentuh dan gegelung. Ia diperbuat daripada bahan penebas seperti Bakelite, Nylon 6, dan plastik termoset untuk melindung dan menebat sesentuh di samping mencegah seseorang daripada menyetuh atau tersentuh sesentuh. Penyentuh berangka terbuka mungkin mempunyai pengurung tambahan bagi mencegah debu, minyak, letupan dan cuaca.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.