Pergi ke kandungan

Penyakit Whipple

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penyakit Whipple
Pengelasan dan sumber luaran
Mikroskopi cahaya usus kecil; Penyakit Whipple: vilus yang dibesarkan dengan banyak makrofaj
ICD-10K90.8
ICD-9040.2
P. Data Penyakit14124
MedlinePlus000209
eMedicinemed/2409 neuro/397
MeSHD008061
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Penyakit Whipple adalah penyakit jangkitan sistemik, yang jarang berlaku dan disebabkan oleh bakteria Tropheryma whipplei.[1] Pertama kali digambarkan oleh George Hoyt Whipple pada tahun 1907[2][3] dan biasanya dianggap sebagai penyakit usus (gastrointestinal), penyakit Whipple biasanya disebabkan oleh kesulitan penyerapan (malabsorption) tetapi mampu memberi kesan kepada sebarang bahagian badan termasuk jantung, paru-paru, sendi, dan mata. Hilang berat badan, cirit-birit, sakit sendi, dan artritis merupakan simptom biasa, tetapi kemunculannya boleh pelbagai dan sekitar 15% pesakit tidak menunjukkan tanda atau gejala klasik awal ini.[4] Penyakit Whipple adalah jauh lebih biasa di kalangan lelaki, dengan jelas 87% pesakit merupakan kaum lelaki.[5] Apabila dikenal pasti dan dirawat, penyakit Whipple biasanya mampu diubati dengan rawatan antibiotik jangka panjang; penyakit yang tidak dirawat biasanya membawa maut.

Gejala penyakit Whipple adalah:

Diagnosis

[sunting | sunting sumber]

Tanda dan gejala klinikal biasa bagi penyakit Whipple termasuk kehilangan berat badan, cirit-birit, sakit sendi atau artritis, demam, dan adenopati. Diagnosis dilakukan melalui biopsi usus, yang menunjukkan kehadiran organisma seperti kemasukan makrofaj PAS-positif. Penanda Immunohistokimia bagi antibodi bagi T. whipplei telah digunakan bagi mengesan organisma dalam pelbagai tisu, dan pengesahan cerakin berasaskan-PCR juga boleh digunakan.

Endoskopi pada duodenum dan jejunum mampu membongkar mukosa gelebeh kuning air dengan tompokan hakisan eritema pada pesakit dengan penyakit usus Whipple, dan sinar-X pada usus besar mungkin menunjukkan penebalan pada lipatan.

Rawatan adalah dengan penisilin, ampisilin, tetrasiklina atau co-trimoxazole selama 1 - 2 tahun.[4] Sebarang rawatan kurang dari 1 tahun menunjukkan ulangan pada kadar 40%. Pada 4 Januari 2007 isu New England Journal of Medicine, Fenollar et al mencadangkan penggunaan doxycycline dengan hidroxychloroquine selama 12 hingga 18 bulan. Sulfonamida (sulfadiazine atau sulfamethoxazole) juga perlu ditambah bagi rawatan bagi gejala neurologi.[5]

  1. ^ Puéchal X (2002). "Whipple's disease". Joint Bone Spine. 69 (2): 133–40. doi:10.1016/S1297-319X(02)00359-7. PMID 12027303.
  2. ^ synd/3892 di Who Named It?
  3. ^ Whipple GH (1907). "A hitherto undescribed disease characterized anatomically by deposits of fat and fatty acid in the intestinal and mesenteric lymphatic tissues". Bull Johns Hopkins Hosp. 18: 382–93.
  4. ^ a b Bai J, Mazure R, Vazquez H, Niveloni S, Smecuol E, Pedreira S, Mauriño E (2004). "Whipple's disease". Clin Gastroenterol Hepatol. 2 (10): 849–60. doi:10.1016/S1542-3565(04)00387-8. PMID 15476147.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ a b Fenollar F, Puéchal X, Raoult D (2007). "Whipple's disease". N Engl J Med. 356 (1): 55–66. doi:10.1056/NEJMra062477. PMID 17202456.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ Schwartz MA, Selhorst JB, Ochs AL, et al. Oculomasticatory myorhythmia: a unique movement disorder occurring in Whipple's disease. Ann Neurol 1986;20:677–683.[Medline]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]