Penyakit Graves
Penyakit Graves | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
ICD-10 | E05.0 |
ICD-9 | 242.0 |
OMIM | 275000 |
MedlinePlus | 000358 |
eMedicine | med/929 ped/899 |
MeSH | D006111 |
Penafian perubatan |
Penyakit Graves, juga dikenali sebagai goiter resap toksik dan penyakit Flajani-Basedow-Graves, ialah satu penyakit autoimun yang menjejaskan tiroid. Penyakit ini sering menyebabkan hipertiroidisme dan tiroid bengkak. Tanda-tanda dan gejala-gejala hipertiroidisme boleh termasuk kerengsaan, kelemahan otot, masalah tidur, degupan jantung pantas, toleransi teruk terhadap haba, cirit-birit, dan penyusutan berat. Gejala-gejala lain termasuklah penebalan kulit pada tulang kering, dikenali sebagai miksedema pratibia, dan masalah mata seperti pembonjolan, satu keadaan yang dikenali sebagai oftalmopati Graves.[1] Sekitar 25% hingga 80% orang menghidap masalah mata.[1][2]
Punca sebenar tidak jelas; Walau bagaimanapun, ia dipercayai melibatkan gabungan faktor genetik dan persekitaran.[3] Seseorang adalah lebih berkemungkinan terjejas jika mereka mempunyai ahli keluarga dengan penyakit ini.[1] Jika satu kembar mendapatnya terdapat 30% kembar yang lain juga turut akan mendapat penyakit ini.[4] Pencetus penyakit ini mungkin disebabkan oleh tekanan, jangkitan, atau melahirkan anak .[2] Mereka yang mempunyai penyakit autoimun yang lain seperti diabetes jenis 1 dan artritis reumatoid lebih berkemungkinan terjejas.[1] Merokok meningkatkan risiko penyakit dan boleh membuat masalah mata lebih buruk.[1][1] Hasil gangguan dari antibodi, yang dipanggil perangsangan imunoglobulin tiroid (TSI), mempunyai kesan yang sama bagi merangsang hormon tiroid (TSH) . Antibodi ini menyebabkan kelenjar tiroid menghasilkan lebih banyak hormon tiroid .[1] Diagnosis mungkin disyaki berdasarkan gejala dengan ujian darah dan radioiodine pengambilan yang digunakan untuk mengesahkan penyakit ini.[1][2] Biasanya ujian darah menunjukkan peningkatan T3 dan T4, TSH rendah, peningkatan pemgambilan radioiodine semua di kesemua bahagian tiroid, dan antibodi TSI.[2]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h "Graves' Disease". www.niddk.nih.gov. 10 Ogos 2012. Dicapai pada 2 April 2015.
- ^ a b c d Brent, Gregory A. (Jun 12, 2008). "Clinical practice. Graves' disease". The New England Journal of Medicine. 358 (24): 2863–2605. doi:10.1056/NEJMcp0801880. ISSN 1533-4406. PMID 18550875.
- ^ Menconi, F; Marcocci, C; Marinò, M (2014). "Diagnosis and classification of Graves' disease". Autoimmunity reviews. 13 (4–5): 398–402. doi:10.1016/j.autrev.2014.01.013. PMID 24424182.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaNik2012