Pentarikhan radiokarbon
Pentarikhan radiokarbon (atau juga dikenali sebagai pentarikhan karbon) merupakan kaedah pentarikhan radiometrik yang menggunakan radioisotop semulajadi, karbon-14 C14 untuk tujuan penganggaran umur sesuatu bahan yang mengandungi karbon dari 58,000 hingga 62,000 tahun.[1] Pentarikhan radiokarbon dibentangkan Willard Libby pada 1949.[2] Pentarikhan radiokarbon telah digunakan untuk pentarikhan pelbagai benda seperti sampel skroll Laut Mati, kain Kafan dari Turin dan termasuklah artifak Mesir.
Pentarikhan radiokarbon ialah berdasarkan sifat karbon yang dijumpai dalam pelbagai bentuk, termasuklah isotop stabil utama (12C) dan isotop tidak stabil (14C). Melalui fotosintesis, tumbuhan menyerap kedua-dua bentuk karbon dioksida dalam atmosphera. Apabila sesuatu organisma mati, pereputannya mengandungi nisbah kandungan 14C kepada 12C, akan tetapi, apabila 14C mula reput, nisbah ini mula berkurang pada kadar yang rata (separuh hayat 14C). Kadar pereputan 14C digunakan sebagai petunjuk hayat sesuatu objek berasaskan karbon (hayat radiokarbon mentah).[3] Akan tetapi, dari masa ke masa terdapat perubahan kecil nisbah 14C) berbanding 12C) di atmosfera dan perubahan ini direkodkan secara semula jadi yang boleh dilihat melalui urutan cincin pokok dan deposit gua. Rekod ini membolehkan penalaan halus atau kaliberasi dalam mengukur nisbah karbon. Tarikh radiokarbon mentah yang dikaliberasi akan menghasilkan tarikh kalender.
Salah satu kegunaan pentarikhan radiokarbon utama adalah untuk menganggarkan umur sesuatu bahan organik tapak arkeologi.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Plastino, W. (2001). "Cosmic Background Reduction In The Radiocarbon Measurement By Scintillation Spectrometry At The Underground Laboratory Of Gran Sasso" (PDF). Radiocarbon. 43 (2A): 157–161. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Doug McDougall (2008). Nature's Clocks: How Scientists Measure the Age of Almost Everything. Berkey & Los Angeles, California: University of California Press. m/s. 45.
- ^ Thomas Higham. "The 14C Method". Dicapai pada Feb 12, 2013.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.