Pensuisan litar
Pensuisan litar (bahasa Inggeris: circuit switching) merupakan salah satu cara penghantaran data menggunakan WAN. Teknologi lama sesuai untuk penghantaran data masa-nyata iaitu seperti perbualan/percakapan melalui telefon.
Pensuisan litar ialah kaedah yang digunakan untuk membuat sambungan telefon (litar fizikal dikhaskan). Sambungan fizikal perlu dibina antara dua stesen sebelum penghantaran data dapat dilakukan.
Suis ini juga berjenis sambungan berorientasi kerana wujud satu sambungan dibina sebelum penghantaran dimulakan. Maka, teknologi suis litar diperkenalkan iaitu:-
- Litar suwa
- ISDN
- ADSL
Litar suwa
[sunting | sunting sumber]Terdapat 2 cara yang digunakan iaitu dailan (dial-up) dan talian pajak (leased line). Modem perlu digunakan pada talian telefon untuk sambungan dailan. Untuk talian pajak, sambungan tetap berkelajuan tinggi (tanpa perlu mendail khas) disediakan iaitu dari satu titik kepada titik yang lain (contoh dari pejabat ke ISP).
Yuran penggunaannya juga adalah tetap. Caj yuran yang dikenakan bergantung kepada faktor jarak diantara 2 lokasi dan kelajuan litar. Pengguna yang menggunakan litar ini adalah dijamin kualiti kelajuannya. Sebagai contoh, Litar E-1 merupakan salah satu ciri-ciri yang ada pada litar suwa yang boleh membekalkan kelajuan sehingga 2.048 Mbps.
ISDN
[sunting | sunting sumber]ISDN atau Rangkaian Digital Perkhidmatan Bersepadu (Integrated Services Digital Network) adalah talian telefon berdigital yang membolehkan perkhidmatan data, suara dan video dihantar serentak di dalam satu talian. Ia adalah gabungan teknik pensuisan litar dan paket.
Terdapat dua jenis perkhidmatan ISDN:
- Kadar Asas Antaramuka (Basic Rate Interface, BRI) – 2B 1D iaitu setiap saluran B adalah 64Kbps, oleh itu 2B = 128Kbps. D adalah 16Kbps yang berfungsi sebagai pengawal data.
Keseluruhan data= 144Kbps.
- Kadar Perdana Antaramuka (Primary Rate Interface, PRI) – 30B 1D, setiap saluran B adalah 64Kbps, oleh itu 30B = 1920Kbps. D adalah 64Kbps yang berfungsi sebagai pengawal data. Maka, keseluruhan data = 1984Kbps.
Jarak maksima dari telefon adalah 5.5 km. Kalau lebih penggunaan, pengulang (repeater) yang mahal perlu digunakan.
Talian PSTN menggunakan modem untuk membuat capaian Internet, tetapi bagi talian ISDN hanya perlu menggunakan ISDN Terminal Adapter. Istilah ISDN modem adalah salah kerana talian ISDN adalah talian digital maka tidak perlu modem untuk menukarkan isyarat digital kepada isyarat analog dan sebaliknya.
ADSL
[sunting | sunting sumber]Teknologi ADSL membenarkan lebih banyak data dihantar melalui talian PSTN yang menggunakan wayar tembaga dan ADSL menyokong kelajuan dari 1.5Mbs sehingga 9Mbps dan apabila menerima data dan dari 16Kbps sehingga 640Kbps apabila menghantar data.
Teknologi terkini yang menggunakan rangkaian telekomunikasi seperti talian telefon untuk penghantaran data, suara, video dan multimedia yang berkelajuan tinggi.
Terdapat 5 jenis teknologi dalam DSL (talian pelanggan digital) iaitu:
- Asymmetric Digital Subscriber Line (ADSL)
- Rate Adapative Asymmetrical Digital Subcsriber Line (RADSL)
- High Bit Rate Digital Subscriber Line (HDSL)
- Symmetric Digital Subsriber Line (SDSL)
- Very High Bit Rate Digital Subscriber Line (VDSL)
xDSL – Digital Subscriber Line ialah koleksi teknologi untuk menghantar data pada kelajuan tinggi melalui talian biasa.
Contoh:
- ASDL: mengoptimumkan pengguna yang menerima banyak maklumat berbanding dengan yang dihantar (high-bit downstream dan low-bit upstream) dengan kelajuan antara 16 – 640 kbps (upstream) dan 1.544 Mbps hingga 6 Mbps (downstream)
- SDSL: Kadar bit tetap pada kedua-dua hala
- HDSL: Kadar bit 1.544 Mbps kedua-dua arah
- VDSL: Kadar bit dari 12.96 Mbps hingga 55.2 Mbps