Penanda koreisha
Penanda koreisha (高齢者マーク) merupakan simbol jingga-kuning berbentuk air mata yang tertakluk kepada Undang-undang Jalan Raya Jepun bagi menandakan "pemandu berusia yang memandu di jalan raya". Nama rasminya ialah Penanda Pemandu Berusia (高齢運転者標識, kōrei untensha hyōshiki).
Peraturan menetapkan bahawa apabila seseorang berusia 70 ke atas memandu kereta dan sekiranya usia tuanya boleh menjejaskan pemanduannya, dia perlu memohon untuk mempamerkan pelekat koreisha pada bahagian hadapan dan belakang kereta. Pemandu perusia 75 ke atas diwajibkan untuk mempamerkan pelekat ini.
Sebaliknya, pelekat penanda shoshinsha berwarna hijau kuning pula menandakan pemandu baru. Kedua-dua penanda ini direka bagi memberi amaran kepada pemandu lain bahawa pemandu yang ditandakan tersebut tidak berapa mahir, sama ada kerana kurang pengalaman ataupun kerana lanjut usia.
Bentuk lama
[sunting | sunting sumber]Sistem ini mula dikuatkuasakan pada tahun 1997; sehingga Januari 2011, ia berbentuk air mata berwarna jingga dan kuning, serta turut dikenali sebagai "penanda momiji" (紅葉マーク, penanda daun luruh). Ada juga yang menggelarnya sebagai penanda kareha (枯れ葉マーク, penanda daun kering) atau penanda ochiba (落葉マーク, penanda daun gugur), tetapi gelaran tersebut kurang manis didengar.
Mulai 1 Februari 2011, bentuknya ditukar ke bentuk 4 daun baharu.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.