Paul Scholes
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Paul Scholes (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Paul Aaron Scholes | ||
Ketinggian | 1.70 m (5 ka 6 7⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Kerjaya remaja | |||
1991–1993 | Manchester United | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1993–2013 | Manchester United | 720 | (155) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
1997–2004 | England | 66 | (14) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18:50, 19 Mei 2013 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22:02, 30 Januari 2008 (UTC) |
Paul Aaron Scholes (lahir 16 November 1974) merupakan seorang pemain bola sepak England yang menghabiskan kerjayanya di Manchester United. Scholes yang sudah bersara dari Manchester United sebanyak dua kali digelar salah satu daripada pemain tengah terbaik dalam generasi beliau,[1] dan telah kerap kali menerima pujian untuk kesederhanaan dan sikapnya untuk permainan itu.[2]
Awal Kehidupan
[sunting | sunting sumber]Paul Scholes dilahirkan Hospital Hope, Salford, United Kingdom. Beliau ialah anak kepada Martha dan Stewart Scholes. Ketika Scholes berumur 18 bulan, keluarga Scholes berpindah ke Kawasan Langley, Middleton, Manchester Raya di mana mereka tinggal di Bowness Road sebelum berpindah ke Talkin Drive.[3] Dia memulakan alam persekolahan di St. Mary's RC Primary School di Langley. Pasukan pertama yang diwakilinya ialah Langley Furrows. Beliau juga pemain kriket yang cemerlang. Pada usia 14 tahun, dia mula berlatih bersama Manchester United. Kemudian beliau menjadi pelatih dalam akademi setelah meninggalkan Sekolah Tinggi Roman Katolik Cardinal Langley. Sebelum beliau menamatkan persekolahan, beliau mewakili Sekolah-sekolah United Kingdom dalam bola sepak.
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Manchester United (1994 – kini)
[sunting | sunting sumber]- Liga Perdana Inggeris (7) - 1995-96, 1996-97, 1998-99, 1999-00, 2000-01, 2002-03, 2006-07, 2007-08, 2008-09, 2010-11, 2012-13
- Piala F.A. (3) - 1996, 1999, 2004
- Piala Liga (1) - 2006
- Liga Juara-Juara Eropah (2) - 1999, 2008
- Piala Antara Benua (1) - 1999
- Piala Perisai Komuniti (5) - 1994, 1996, 1997, 2003, 2007
- Piala Dunia Kelab FIFA (1) - 2008
Gelaran Peribadi
[sunting | sunting sumber]- Barclays Pemain Terbaik Bulanan untuk bulan Oktober 2006.
- Pasukan Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris: 2006-07
Trivia
[sunting | sunting sumber]- Paul Scholes merupakan peminat pasukan Oldham Athletic dan kelibatnya dapat dilihat ketika kelab tersebut bermain di laman sendiri sekiranya masanya tidak bertembung dengan komitmennya kepada Manchester United. Kadangkala dia menyebut mahu menamatkan kariernya di Oldham Athletic[4]
- Paul juga merupakan ahli Trust Oldham[5], sebuah yayasan peminat yang ditubuhkan oleh peminat Oldham Athletic.
- Paul ada menyatakan bahawa beliau gemar memasak, terutamanya lasagna. [perlu rujukan]
- Paul tidak mempunyai ejen dan menguruskan sendiri urusannya dengan Manchester United F.C. [perlu rujukan]
- Paul Scholes merupakan penghidap asma. ref
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mathieson, Stuart (21 October 2006). "Scholes sticks to his guns". Manchester Evening News. Dicapai pada 2007-02-04.
- ^ Ladyman, Ian (2 January 2007). "Scholes has proved that you don't have to be flash to be a legend in the Premiership". The Daily Mail. Dicapai pada 2007-02-04.
- ^ "Manchester - BBC Radio Manchester - Paul Scholes on Langley". BBC. Dicapai pada 8 April 2012.
- ^ http://www.carling.com/football/manchester-united-football-club/paul-scholes.html
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2007-12-26.