Pergi ke kandungan

Parti Pembebasan Kebangsaan Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Pembebasan Kebangsaan Islam
حزب الخلاص الوطني الإسلامي
SingkatanKhalas (Pembebasan)
الخلاص
PemimpinIsmail Abu Shanab (Presiden pengasas)
Yahya Musa (Setiausaha agung)
DitubuhkanDisember 1995
Dibubarkan2000
AkhbarAl-Risalah
Sayap wanitaJabatan Tindakan Wanita
IdeologiIslamisme
Penggabungan kebangsaanGerakan Perjuangan Islam (Hamas)
Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO)
SloganKebenaran, Kesatuan, Pembebasan
Politik Palestin
Parti politik
Pilihan raya

Parti Pembebasan Kebangsaan Islam (Arab: حزب الخلاص الوطني الإسلامي) ialah bekas sebuah parti politik di Palestin. Ia diluluskan penubuhan pada 18 November 1995 di bawah Pihak Berkuasa Palestin[1] dan diumumkan penubuhannya pada Disember 1995 oleh Gerakan Perjuangan Islam (Hamas).[2] Ia ditubuhkan secara rasmi pada Mac 1996[3] dan menjadi parti pembangkang dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang tidak bersetuju dengan Perjanjian Oslo.[4] Ia diketuai oleh pemimpin kanan Hamas, Ismail Abu Shanab[5] dan Yahya Musa sebagai setiausaha agung.[6] Ia dibubarkan secara tidak langsung pada 2000, berikutan Intifada kedua.[7]

Parti ini membawa pendekatan berbeza daripada pendekatan biasa Hamas yang lebih menonjol dalam ketenteraan.[5] Parti ini mempunyai akhbar rasmi berjudul Al-Risalah.[8]

  1. ^ "Hamas and the Peace Process" (PDF). Dicapai pada 9 November 2023.
  2. ^ "Islamist Women of Hamas: Between Feminism and Nationalism". Dicapai pada 9 November 2023.
  3. ^ "مستشار هنية الأسبق يدعو حماس إلى تأسيس حزب سياسي جديد". وكالة وطن للأنباء (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 2023-11-09.
  4. ^ "Party define". web.archive.org. 2007-11-01. Dicapai pada 2023-11-09.
  5. ^ a b "Ex-Hamas Group Forms Nonviolent Party With Arafat Backing". NYTimes. 22 Mac 1996. Dicapai pada 9 November 2023.
  6. ^ "حوارات القاهرة ".. هل تُشكل مدخلاً لإعادة تفعيل منظمة التحرير؟". فلسطين أون لاين (dalam bahasa Arab). 2017-11-22. Dicapai pada 2023-11-09.
  7. ^ "مستشار هنية الأسبق يدعو "حماس" إلى تأسيس حزب سياسي جديد". Dicapai pada 9 November 2023.
  8. ^ "From the Mosque to Satellite Broadcasting: A Historical Perspective of Hamas Media Strategy" (PDF). Dicapai pada 9 November 2023.